Pengalaman menginap di sebuah hotel baru-baru ini meninggalkan kenangan tidak dapat dilupakan seorang lelaki. Mana tidaknya, wang tunai berjumlah RM3,200 yang disimpan di dalam salah satu beg miliknya lesap tanpa dapat dikesan. Lelaki tersebut yang berkongsi kisah berkenaan di media sosial berkata, 'insiden' berlaku pada 26 Januari lalu, di mana ia hanya disedari selepas kesemua beg miliknya dihantar ke bilik hotel oleh pekerja hotel atau 'bellboy'. Dia tanpa berlengah terus membuat aduan kepada pihak hotel dan meminta kebenaran untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV). "Malangnya mereka meminta untuk membuat laporan polis dahulu," katanya.
Pada malam tersebut, pihak polis tiba dan mereka membuat pemeriksaan CCTV bersama dengan pihak hotel. "Kemudian polis maklum pada saya yang CCTV hotel di bahagian lobi dan keseluruhan tidak berfungsi sejak 2017 dan satu lagi bilik locker tempat penyimpanan barang tiada CCTV," kongsinya. Ikhtiarnya bertemu dengan pengurus hotel pada keesokan harinya juga tidak membuahkan hasil malah diberitahu bahawa pihak hotel tidak boleh mencampuri siasatan polis. "Sudahlah tiada permohonan maaf daripada pihak hotel atas kecuaian mereka berkenaan CCTV, dalam website mereka claim CCTV 24 jam, bermaksud keselamatan terjamin tetapi sebaliknya CCTV tidak berfungsi sejak 2017," katanya. Tidak berputus asa, lelaki berkenaan berkata dia kemudian membuat laporan kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (Motac). "Pegawai Motac tersebut telah menghubungi pihak hotel dan pihak hotel maklumkan kepadanya, mereka kata CCTV semua berfungsi sedangkan pada malam 26 Januari tersebut pihak hotel serta di hadapan polis claim CCTV rosak. Saya rasa tertipu dan dianaiya. "Pegawai Motac pun ada beritahu saya, mereka juga ada call polis untuk bertanya berkenaan dengan kes ini. Dalam perbualan tersebut mengatakan bahawa saya gagal mengesahkan amaun yang hilang. "Sedangkan dalam report polis saya dah nyatakan amaun yang hilang serta saya tunjukkan bukti transaksi saya keluakan duit tersebut," kongsinya lagi. Buntu dengan apa yang berlaku, lelaki tersebut meminta pandangan warga maya mengenai cara untuknya mendapatkan semula wang tunainya yang sudah 'lesap'. "Persoalan saya macam mana nak claim balik kehilangan wang tersebut kepada pihak hotel dan jika bawa ke mahkamah, macam mana caranya? Kisah lelaki tersebut yang dikongikan di akaun Twitter @norazambudin sehingga kini meraih lebih 270 ulang kicau. Menerusi ruangan komen, difahamkan kejadian berkenaan berlaku di sebuah hotel di Melaka. Sementara itu rata-rata netizen menyifatkan apa yang berlaku adalah disebabkan oleh kecuaian lelaki tersebut sendiri. Sumber: mStar
|
she replied at 3-2-2023 07:36 AM
5 star ke hotel ni?
Tak pernab duduk hotel ni lagi
Themilo replied at 3-2-2023 04:18 PM
tak sampai 5 bintang rasanyah.. probably between 3 or 4. weols pergi pun sebab integrated dengan s ...
ADVERTISEMENT