CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 981|Reply: 14

CCTV Rosak Sejak 2017, Lelaki Kesal RM3,200 Lesap Di Bilik Hotel. Dah Tu Kenapa Simpan Duit Dalam Bagasi?

[Copy link]
Post time 3-2-2023 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Pengalaman menginap di sebuah hotel baru-baru ini meninggalkan kenangan tidak dapat dilupakan seorang lelaki.








Mana tidaknya, wang tunai berjumlah RM3,200 yang disimpan di dalam salah satu beg miliknya lesap tanpa dapat dikesan.


Lelaki tersebut yang berkongsi kisah berkenaan di media sosial berkata, 'insiden' berlaku pada 26 Januari lalu, di mana ia hanya disedari selepas kesemua beg miliknya dihantar ke bilik hotel oleh pekerja hotel atau 'bellboy'.








Dia tanpa berlengah terus membuat aduan kepada pihak hotel dan meminta kebenaran untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV).


"Malangnya mereka meminta untuk membuat laporan polis dahulu," katanya.


Pada malam tersebut, pihak polis tiba dan mereka membuat pemeriksaan CCTV bersama dengan pihak hotel.


"Kemudian polis maklum pada saya yang CCTV hotel di bahagian lobi dan keseluruhan tidak berfungsi sejak 2017 dan satu lagi bilik locker tempat penyimpanan barang tiada CCTV," kongsinya.


Ikhtiarnya bertemu dengan pengurus hotel pada keesokan harinya juga tidak membuahkan hasil malah diberitahu bahawa pihak hotel tidak boleh mencampuri siasatan polis.


"Sudahlah tiada permohonan maaf daripada pihak hotel atas kecuaian mereka berkenaan CCTV, dalam website mereka claim CCTV 24 jam, bermaksud keselamatan terjamin tetapi sebaliknya CCTV tidak berfungsi sejak 2017," katanya.


Tidak berputus asa, lelaki berkenaan berkata dia kemudian membuat laporan kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (Motac).


"egawai Motac tersebut telah menghubungi pihak hotel dan pihak hotel maklumkan kepadanya, mereka kata CCTV semua berfungsi sedangkan pada malam 26 Januari tersebut pihak hotel serta di hadapan polis claim CCTV rosak. Saya rasa tertipu dan dianaiya.


"egawai Motac pun ada beritahu saya, mereka juga ada call polis untuk bertanya berkenaan dengan kes ini. Dalam perbualan tersebut mengatakan bahawa saya gagal mengesahkan amaun yang hilang.


"Sedangkan dalam report polis saya dah nyatakan amaun yang hilang serta saya tunjukkan bukti transaksi saya keluakan duit tersebut," kongsinya lagi.








Buntu dengan apa yang berlaku, lelaki tersebut meminta pandangan warga maya mengenai cara untuknya mendapatkan semula wang tunainya yang sudah 'lesap'.


"ersoalan saya macam mana nak claim balik kehilangan wang tersebut kepada pihak hotel dan jika bawa ke mahkamah, macam mana caranya?








Kisah lelaki tersebut yang dikongikan di akaun Twitter @norazambudin sehingga kini meraih lebih 270 ulang kicau.









Menerusi ruangan komen, difahamkan kejadian berkenaan berlaku di sebuah hotel di Melaka.




Gambar hiasan




Sementara itu rata-rata netizen menyifatkan apa yang berlaku adalah disebabkan oleh kecuaian lelaki tersebut sendiri.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2023 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut tak pernah berminat nak duduk Hatten ni
Semoga melingkup
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada kwn duk kt hotel everly hotel, shaver pun hilang..rupanye he said mmg ada je org komplen if brg bag unattended if nk check out.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
5 star ke hotel ni?
Tak pernab duduk hotel ni lagi
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 03:47 PM | Show all posts
pelik bethull, dah tahu bwk duit byk dlm beg tu knape sruh bellboy angkat, patut duit tu msukkan dlm beg kecil & angkat sendiri la
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 04:07 PM | Show all posts
Yang jahat tu memang dah jahat. Yang bodoh dan cuai tu melengkapkan ramuan. Betul la kot Tuhan jadikan makhluk ini berpasangan supaya ecosystem bumi ini seimbang.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2023 04:10 PM | Show all posts
sendiri bingai salahkan org.. padanlah muka
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 04:18 PM | Show all posts
she replied at 3-2-2023 07:36 AM
5 star ke hotel ni?
Tak pernab duduk hotel ni lagi

tak sampai 5 bintang rasanyah.. probably between 3 or 4. weols pergi pun sebab integrated dengan shopping mall. satu-satunya mall yang ada H&M kat melaka.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2023 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 3-2-2023 04:18 PM
tak sampai 5 bintang rasanyah.. probably between 3 or 4. weols pergi pun sebab integrated dengan s ...

Mekasih tolong jawab
Nah macik belanja cendol virtual
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Zmn skang sume cashless
Ko nak tuntut pun apa bukti ko mmg bwk cash 3200 tu??
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 07:01 PM | Show all posts
kecuaian sendiri la ni
barang2 berharga, duit mana blh percaya kat org
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni Hatten kt tgh Bandar or Hatten yg kt melakarayya sebelah doubletree tu?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak paham nape cctv Hotel tak berfungsi. Kan tu part of security untuk clients hotel
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 10:24 PM | Show all posts
Entah tipu aje.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitaorg kalau brg berharga cth laptop, ipad..carry sendiri masuk bilik.
Beg baju je pass kt bellboy.
Hatten tu dulu ada la 2-3 kali gak kitaorg checked in kt sana..
So far takde lak barang hilang.

Skrg ni suka lepak Mudzaffar je bila nak lawat anak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.240483 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list