Pelakon Bront Palarae berpendapat sebagai sebuah negara, Malaysia boleh berbangga dengan kejayaan Tan Sri Michelle Yeoh menembusi senarai pencalonan anugerah berprestij dunia, Oscar.
Namun begitu, tiada sebab untuk industri hiburan dan lakon layar negara menumpang nama memandangkan dia bukanlah hasil daripada produk industri hiburan tempatan. Michelle memulakan karier lakonan di Hong Kong yang membuka jalan untuknya ke Hollywood. “Tiada apa-apa yang industri kita nak banggakan sebab dia bukanlah daripada industri kita. Memang betul dia lahir di Malaysia, tapi dia adalah pelakon Hong Kong. “Namun, pencalonan Michelle memberi inspirasi kepada kita khusus anak muda untuk pack your bag and leave kerana selalu ada peluang di tempat lain. Michelle sudah menunjukkan laluan dan jalan itu dengan lebih jelas.
“Tapi sekiranya anda mahu bertahan di dalam industri tempatan dan memperjuangkannya, juga tak mengapa. Hendry Golding bermula di Malaysia walaupun belum tercalon Oscar,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media filem Harum Malam. Menurut Bront, negara mempunyai bakat-bakat hebat dalam kalangan anak seni tempatan, namun sayangnya, tidak semua orang pandai menghargai dan memaksimumkan potensi bakat yang dimiliki. “Apa yang jelas, kita tidak ketandusan bakat. Tapi kita ketandusan orang yang pandai menghargai bakat-bakat ini. “Yang paling susah bukan nak cari perbezaan antara kaca dan permata. Tapi nak cari orang yang pandai menilai mana satu kaca dan permata. Kegagalan ini menjadi sesuatu yang menyedihkan untuk industri,” tambahnya. Dalam perkembangan lain, Bront merupakan antara pelakon yang menjayakan filem Harum Malam arahan Dain Said terbitan Apparat, D’Ayu Pictures and Skop Productions. Ia menceritakan bagaimana seorang lelaki bernama Iqbal mempunyai keistimewaan untuk melihat makhluk ghaib di sekitarnya. Iqbal berhadapan dengan banyak insiden seram dan menakutkan sehingga terpaksa merungkai sebuah misteri yang terjadi di kawasan perumahannya. Terdahulu, Harum Malam sudah ditayangkan Sitges Film Festival, Sepanyol dan Fantastic Fest, sebuah festival filem bercorak “genre” (horror, fantasi) yang terbesar di Amerika Utara. Turut sama menjayakan filem ini ialah Remy Ishak, Nadiya Nissa, Nabila Huda, Idan Aedan, Arnie Shasha dan Faizal Hussein. Sumber: Getaran
|
dudaberhias replied at 3-2-2023 12:30 AM
bangga untuk acik michelle tu jah bukan bangga untuk malaysia...
sebab dia dah kertu baru dapat anug ...
DianaSaksen replied at 2-2-2023 08:00 PM
Betul..setuju ngan bront
Cakap melayu pun tak reti
dua_chzy replied at 3-2-2023 04:57 AM
Tapi masa Hong Kong claim dia bebaru, dia subtly hint dia rakyat Malaysia dengan acknowledge queen ...
she replied at 3-2-2023 06:42 AM
Dengki?
So kalau retis asal Malaysia popular luar negara
capwayang replied at 3-2-2023 01:45 AM
..kategori filem 'Malaysia' tu macam belum wujud. Filem yang mewakili 'Malaysia' kita biasanya akan ...
ADVERTISEMENT