Pelakon Betty Rahmad berkongsi cara didikan buat ibu bapa untuk mengajar anak-anak untuk memiliki sifat yang baik. Menerusi perkongsiannya di TikTok, terdapat pengikut yang bertanya kepada Betty tentang didikan yang menjadikan anaknya, Ardy Wira seorang kanak-kanak yang bijak.
“Betty hantar anak belajar dekat mana? Bijak dia,” tanya individu tersebut. Menurut Betty, dia sudah menerima banyak soalan seperti itu dan memberitahu ibu bapa yang memainkan peranan penting di rumah. “Saya nak kongsi apa yang saya buat dan nak ibu bapa dekat luar sana tahu yang mana semuanya bermula dari rumah. “Lebih-lebih lagi daripada mak dan ayah. Awak nak anak yang soft spoken, nak anak pandai, nak anak cepat bercakap dan macam-macam lagi, awak sebagai ibu bapa perlu buat. “Tak kira awak hantar sekolah paling mahal, paling bagus sekali pun tapi kalau kita sendiri sebagai ibu bapa gagal dan tidak ada komunikasi dan mengajar, susah untuk anak buat percaya cakap saya.
“Saya percaya benda tu sebab tu saya terapkan. Saya dan suami banyak komunikasi dan ajar anak kami,” ujarnya. Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tip dan cara yang digunakan oleh Betty dalam mendidik anak. Sumber: Xtra
|
Shayang replied at 3-2-2023 10:27 AM
Baru je sorang anak dia netizen dah minta mcm2 tips dan pendapat.
Anak pun kecik lg jauh lagi perja ...
Myhappyending replied at 3-2-2023 05:38 PM
Kenapa dengan marie kondo nok
ADVERTISEMENT