CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cair Lagi Bila Putera Mateen Tunjuk ‘Skill’ Menari

2-2-2023 10:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6307| Komen: 16

Nama anakanda Sultan Brunei, Putera Mateen sering menjadi sebutan gadis dan pengguna media sosial lantaran kekacakannya lengkap bertubuh sasa sebagai seorang Prince Charming.

Terbaru, peminatnya sekali lagi cair setelah menonton video pendek Mateen menari poco-poco di dalam sebuah acara tertutup.




Di laman TikTok, video ini menjadi tular kerana tidak pernah sekali peminat dapat melihat Mateen menari di acara keramaian. Ada sumber mengatakan, Mateen bersama ahli keluarga meraikan perkahwinan kakaknya iaitu Puteri Sultan Brunei Darussalam Hassanal Bolkiah, Puteri Azemah Bolkiah.

Perkahwinan mewah ini telah diadakan selama sembilan hari bermula 8-16 Januari 2023 di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

Dalam beberapa video yang tular menunjukkan Mateen bersama beberapa tetamu kerabat diraja menari poco-poco. Tarian Poco-poco merupakan sejenis tarian beramai-ramai yang berbentuk aerobik dan popular sebagai aktiviti riadah di Malaysia & Indonesia.


Dalam video itu, juga terlihat Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Malik ibni Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, putera ketiga Sultan Brunei.



Di ruangan komen di laman TikTok, rata-rata peminat Mateen meluahkan rasa teruja menyaksikan telatah putera raja ini menari.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuriey 2-2-2023 11:52 PM
Poco2 [em:24:]
Quote Zazama 3-2-2023 12:02 AM
Perkahwinan mewah 9haris 9malams. Hamek kau! Jenuh nk pikir baju apa nk pakai 9haris cemtu!
Quote chilly 3-2-2023 06:18 AM
Nari macam budak step pon cair. Kalau dah helok kau nari keras kejung pon org puja.
Quote yusryimran 3-2-2023 07:33 AM
chilly replied at 3-2-2023 06:18 AM
Nari macam budak step pon cair. Kalau dah helok kau nari keras kejung pon org puja.

kan.. nasib uols dah wakilkan Iols
Quote hareeeesah 3-2-2023 07:59 AM
Tu kira menari ke? Hahaaha
Quote makton 3-2-2023 08:02 AM
aku igt menari ala2 BTS tu
Quote DayangKirana 3-2-2023 08:02 AM
bet he looks good on the dance floor but not to poco2 beat la kan...
Quote mamajawie 3-2-2023 10:14 AM
muka dia ni biasa je tapi sebab pewaris sultan terkaya dunia semua mewangi..
Quote lightheaded67 3-2-2023 10:54 AM
tu lah tu, kalau dh laki kaya million mango stroberi.. dia tgah korek hidong pon deme kata sheksi
Quote ayukpingu 3-2-2023 11:46 AM
kerasa nya badan ...tu pun cair ke?
Quote Cuppy 3-2-2023 01:10 PM
chilly replied at 3-2-2023 06:18 AM
Nari macam budak step pon cair. Kalau dah helok kau nari keras kejung pon org puja.

I pon terfikir benda yg sama. tq uols sbb ckp benda yg sama. Hahahaha
Quote bulalof 28-3-2023 07:16 AM
hallahh hallahhh.... kesiannya yg memuja muji tu.

get a life!
Quote ihtisyam1 2-4-2023 03:04 PM
alaaa..... anak aku lg pandai menari, lagi encem tapi tu la duit tak banyak
Quote chikumanis 14-4-2023 04:07 PM
poco2 je kot? alaaaaa...dia tak mana ensemnya pun tak tahu. biasa2 je (pandangan mata me)

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.054126 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top