JURU, Pulau Pinang - Masalah lambakan pendatang asing di negara ini bukan saja boleh menyebabkan peningkatan kadar jenayah secara drastik terutama sekali disaat ekonomi seperti ini malah turut mengganggu peniaga tempatan apabila dengan senang lenang dapat membuka perniagaan. Di TikTok, satu kedai runcit milik pendatang asing telah diterjah oleh Sekumpulan NGO Islam Pulau Pinang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang, Mohd Sophian Mohd Zain bagi membongkar perniagaan yang dijalankan oleh warga asing itu. Difahamkan, lelaki warga Bangladesh tersebut telah bernikah dengan wanita warga tempatan dan menjalankan perniagaan di sebuah lot rumah sejak dua tahun lalu.
"Dulu saya mai dua tahun dulu, dia beritahu MBSP bagi amaran suruh dia pindah. Dia kata encik jangan kacau saya mahu pindah, satu minggu lagi MBSP bagi saya akan pindah." "Sekarang dua tahun! MBSP makan duit kat dia ke. Kenapa tak bagi dia pindah?" "Apa ni MBSP apa kerja makan duit ke, dia kahwin warga asing dia boleh niaga suka-suka. Lagi sembang kari sama kita" kata Sofian. Dalam satu video terbaru bertarikh 29 Januari 2023, Sofian menunjukkan kedai warga asing tersebut telah disita oleh Majlis Bandaraya Seberang Prai (MBSP) setelah aduan dan video-video yang tular sebelum ini. Sofian turut menyeru orang ramai yang menghadapi masalah lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berniaga di dalam kawasan-kawasan perumahan, menjajah ekonomi dan merompak subsidi rakyat agar membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana pihak berkuasa pasti akan mengambil tindakan. "Kita perlu terus bangkit dan buat laporan, ini bukti yang saya nak tunjuk. Kita mesti ada semangat pertahankan hak kita, pertahankan negara kita. Ini bukti, laporan oleh rakyat telah didengari oleh pihak berkuasa" tegasnya. - CARI |
jiwarasa replied at 2-2-2023 09:16 AM
kat kawasan aku ni pun bersepah warga asing buka kedai runcit.pelik mana dapat modal...orang tempata ...
Zazama replied at 2-2-2023 06:41 PM
Kat tempat kaka, ada pakcik2 dok jual makanan ringan depan bank kena rush dan dilarang berniaga. Pdh ...
jiwarasa replied at 2-2-2023 05:16 PM
kat kawasan aku ni pun bersepah warga asing buka kedai runcit.pelik mana dapat modal...orang tempata ...
krustykrab replied at 2-2-2023 06:58 PM
Entah² guna lesen bini locals...kt sskjp pun ada gak..buka kedai runcit, punya la org duk kecam, ...
ADVERTISEMENT