View: 960|Reply: 12
|
[Jenayah]
Terjah Peniaga Warga Asing Keldai Lesen, "Dua Tahun Dulu Kata PBT Suruh Tutup Kedai Tapi Masih Berniaga Sampai Hari Ini"
[Copy link]
|
|
JURU, Pulau Pinang - Masalah lambakan pendatang asing di negara ini bukan saja boleh menyebabkan peningkatan kadar jenayah secara drastik terutama sekali disaat ekonomi seperti ini malah turut mengganggu peniaga tempatan apabila dengan senang lenang dapat membuka perniagaan.
BACA JUGA : Video Tular PATI Rancak Buat Parti Di Kawasan Perumahan, Bising Memekak Tak Hormat Jiran-Jiran Rakyat Tempatan
Di TikTok, satu kedai runcit milik pendatang asing telah diterjah oleh Sekumpulan NGO Islam Pulau Pinang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang, Mohd Sophian Mohd Zain bagi membongkar perniagaan yang dijalankan oleh warga asing itu.
Difahamkan, lelaki warga Bangladesh tersebut telah bernikah dengan wanita warga tempatan dan menjalankan perniagaan di sebuah lot rumah sejak dua tahun lalu.
"Dulu saya mai dua tahun dulu, dia beritahu MBSP bagi amaran suruh dia pindah. Dia kata encik jangan kacau saya mahu pindah, satu minggu lagi MBSP bagi saya akan pindah."
"Sekarang dua tahun! MBSP makan duit kat dia ke. Kenapa tak bagi dia pindah?"
"Apa ni MBSP apa kerja makan duit ke, dia kahwin warga asing dia boleh niaga suka-suka. Lagi sembang kari sama kita" kata Sofian.
Dalam satu video terbaru bertarikh 29 Januari 2023, Sofian menunjukkan kedai warga asing tersebut telah disita oleh Majlis Bandaraya Seberang Prai (MBSP) setelah aduan dan video-video yang tular sebelum ini.
Sofian turut menyeru orang ramai yang menghadapi masalah lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berniaga di dalam kawasan-kawasan perumahan, menjajah ekonomi dan merompak subsidi rakyat agar membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana pihak berkuasa pasti akan mengambil tindakan.
"Kita perlu terus bangkit dan buat laporan, ini bukti yang saya nak tunjuk. Kita mesti ada semangat pertahankan hak kita, pertahankan negara kita. Ini bukti, laporan oleh rakyat telah didengari oleh pihak berkuasa" tegasnya. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
kat kawasan aku ni pun bersepah warga asing buka kedai runcit.pelik mana dapat modal...orang tempatan nak berniaga tepi jalan pun mau kena ada seribu dua juga buat modal |
|
|
|
|
|
|
|
korang pernah nampak penguatkuasa makan kt 'gerai tepi jalan' warga asing??? |
|
|
|
|
|
|
|
Kat tempat kaka, ada pakcik2 dok jual makanan ringan depan bank kena rush dan dilarang berniaga. Pdhal, dlm kwasan yg sama, pendtg siap ada 2 lot kedai, bukak kedai runcit niaga barangan dapur dan harian, tak ada siapa pun kesah!? |
|
|
|
|
|
|
|
sama dengan tempat aku. bangla kawin dengan perempuan indo. bukak kedai runcit. depan kedai dia, kawasan parkir, letak canopy biru, jual bahan basah
customer semua foreign workers kawasan sekitar. pekerja2 kilang dan buruh. takda customer local. anak dia daripada 1, sekarang dah ada 3. semua mandi sebelah kedai dalam tong hitam, buat kolam. asal ada baby, dia letak atas cashier counter
3 KALI BERANAK dah, masih kebal dek PBT
orang Melayu jual pisang goreng, 2 minggu ja, lepas tu terbang kena hembus
|
|
|
|
|
|
|
|
Cina dgn india la dok bagi.
Pendatang asing org kepercayaan tauke.
|
|
|
|
|
|
|
|
Zazama replied at 2-2-2023 06:41 PM
Kat tempat kaka, ada pakcik2 dok jual makanan ringan depan bank kena rush dan dilarang berniaga. Pdh ...
Entah² guna lesen bini locals...kt sskjp pun ada gak..buka kedai runcit, punya la org duk kecam, rupanya bini sskjp laki bangla ka pakistan. Lupa lak.
Tgk sampai ke sskjp pun diorg dah tembus. Tgk la tak lama lg, tanah² yg diorg tak bg org negeri lain beli, akn jd hakmilik warga asing+bini sskjp.
|
|
|
|
|
|
|
|
jiwarasa replied at 2-2-2023 05:16 PM
kat kawasan aku ni pun bersepah warga asing buka kedai runcit.pelik mana dapat modal...orang tempata ...
Kalau kedai aceh ni..depa.ada persatuan kan yang dulukan duit depa utk.tolong aceh2.lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aduan buat kat sispaa imigresen. Daftar details. Pastu kalau ada gambar attach gambar. Kalau kes imi ni lambat sikitla feedback sbb dorg kne siasat dulu spy dlu baru rush. Ingat ok SISPAA IMIGRESEN |
|
|
|
|
|
|
|
JURU, Pulau Pinang - Kebanjiran warga asing atau juga pendatang asing tanpa izin (PATI) di bumi Malaysia ini bukanlah isu baru dan sentiasa menjadi bualan masyarakat setempat. |
|
|
|
|
|
|
|
Mudahnya berniaga macam tu je |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 2-2-2023 06:58 PM
Entah² guna lesen bini locals...kt sskjp pun ada gak..buka kedai runcit, punya la org duk kecam, ...
Ini kaka setuju. Tanah kita boleh jadi akan terjadi jadi tanah diorg! |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai masa akan ada Sekolah Jenis Kebangsaan Bangla, Sekolah Jenis Kebangsaan Acheh, Sekolah Jenis Kebangsaan Rohingya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|