CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Macam Cari Jarum, Kapsul Radioaktif Hilang Minggu Lepas Ditemui Di Australia Barat

2-2-2023 12:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 806| Komen: 6

Pihak berkuasa Australia pada Rabu menemui kapsul radioaktif yang hilang selepas pencarian selama hampir seminggu di sepanjang 1,400 kilometer lebuh raya.

Kapsul itu kini sedang dalam perjalanan ke sebuah fasiliti di Perth pada Khamis, kata Menteri Perkhidmatan Kecemasan, Stephen Dawson dalam sidang akhbar.



Kapsul itu hilang ketika dalam transit untuk dibawa ke sebuah fasiliti di pinggir bandar Perth, dengan jarak perjalanan dianggarkan kira-kira 2,000 kilometer. - Foto REUTERS

"Jika anda mempertimbangkan skop kawasan pencarian, mencari kapsul ini adalah satu cabaran, seperti mencari jarum dalam timbunan jerami," kata Dawson.

Kapsul radioaktif itu adalah sebahagian daripada alat yang digunakan untuk mengukur ketumpatan bijih besi dari lombong Gudai-Darri Rio Tinto (RIO.AX) di wilayah terpencil Kimberley.

Ia hilang ketika dalam transit untuk dibawa ke sebuah fasiliti di pinggir bandar Perth, dengan jarak perjalanan dianggarkan kira-kira 2,000 kilometer.


Pencarian dilakukan oleh pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Kecemasan Australia Barat, jabatan pertahanan dan pakar radiasi di sepanjang lebuh raya.

Kapsul berukuran diameter 6 milimeter dan panjang 8 milimeter, mengandungi Caesium-137 yang memancarkan sinaran menyamai 10 sinar-X sejam.

Orang ramai dinasihatkan berada lima meter dari kapsul itu jika menemuinya kerana pendedahan boleh menyebabkan luka terbakar atau penyakit akibat radiasi, namun memandu melepasinya dipercayai berisiko rendah.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote plywood 2-2-2023 03:32 PM

















Quote sharlenetexas 2-2-2023 03:34 PM
Buat pembersihan kat kawasan ditenukan dan sepanjang trail?

Quote acik79 2-2-2023 03:35 PM
Keciknya mmg la payah nak jumpa…. Boleh terbakar kalau kena gile bahaya laaa…
Quote acik79 2-2-2023 03:37 PM
Macam mana diaorg bawa dlm trak kecik mcm tu boleh tercicir? Letak la dalam bekas khas yg besar… adoi diaorg ni pun cuai la… 8 mm panjang dgn 6 mm diameter mmg jenuh la nak cari sepanjang jalan tu…
Quote batmana 2-2-2023 03:41 PM
Sib baik xjuoe kt sni..silap2 ada yg jual kt shoppe sudah
Quote kucingitam 2-2-2023 04:02 PM
letak dlm poket je ke caner ni boleh tercicir..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.391947 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top