CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Siasat Pengguna TikTok Keluar Kenyataan Berbaur Perkauman

2-2-2023 12:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 638| Komen: 1

Satu siasatan dilakukan polis berhubung pengguna TikTok yang disyaki mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman mengenai sebuah konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil, dekat sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Halim Jamaluddin berkata, siasatan itu dilakukan selepas polis menerima laporan berhubung video tular yang dimuat naik oleh pihak terbabit.


Gambar hiasan

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sehingga kini percakapan saksi dirakam dan siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian ini.

“Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan ketenteraman awam,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, kata beliau, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan. 



Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rogayahtop 2-2-2023 02:48 PM
kat reddit r/malaysia tu kalau tangkap yg hina melayu hina islam mau sunyi sepi cheras [em:3:]

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.036346 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top