CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kesian Tengok Pelajar U Terpaksa Duduk Berhimpit Macam Sardin, Melarat Macam Pekerja Asing

2-2-2023 10:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3301| Komen: 36

SAUDARA PENGARANG,

Saya ingin mengulas laporan khas Utusan Malaysia pada 27 Januari lalu mengenai kadar sewa kediaman yang mahal dan kos sara hidup tinggi yang dialami pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di bandar.


Ini menyebabkan mereka terpaksa berhimpit-himpit dalam satu rumah sehingga 20 orang selain ada yang bekerja sambilan untuk menampung perbelanjaan harian.

Bagi pelajar yang ibu bapa berkemampuan tiada masalah tetapi yang miskin sudah tentu harus mengikat perut dan perlu banyak berkorban masa dan tenaga untuk mengharungi kehidupan sebagai pelajar dalam suasana yang serba-serbi mahal sekarang ini.


Gambar Hiasan

Bagi saya situasi yang dialami pelajar terbabit tidak jauh bezanya dengan pekerja warga asing yang duduk berhimpit-himpit di dalam sebuah rumah sehingga berpuluh-puluh orang.

Siapakah yang patut dipersalahkan dalam hal ini, pemilik rumah, pihak universiti atau Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)?


Di rumah sama yang padat, mereka membaca, membuat tugasan sehinggalah memasak dan keadaan sudah tentu memberi kesan kepada keselesaan untuk mengulang kaji pelajaran.

Keadaan tanpa privasi begini bolehkah menjamin pelajar dapat belajar dengan baik, berehat tanpa gangguan dan dapat menghasilkan tugasan bermutu dan keputusan peperiksaan cemerlang? Jawapannya sudah tentu tidak dan perkara ini sewajarnya mendapat reaksi segera dari pihak universiti dan KPT.

Di pihak kerajaan, carilah jalan penyelesaian agar masalah perumahan pelajar ini dapat diatasi supaya mereka tidak ditindas dan dieksploitasi oleh pemilik rumah.

Janganlah dibiarkan masalah tempat tinggal pelajar ini berlarutan tanpa ada jalan penyelesaian kerana pengambilan mahasiswa tetap dibuat setiap tahun dan masalah sama akan terus berlaku.

Akhir sekali, peluang melanjutkan pelajaran ke menara gading adalah masa untuk pelajar mencari seberapa banyak ilmu dan bukannya hidup melarat seperti gelandangan. 

IKAN SARDIN, Temerloh, Pahang

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 2-2-2023 11:03 AM
Edited by Mulotkoyak at 2-2-2023 03:06 AM

University ni salah satu scammer paling besar utk anak muda. Kekdg kos pun xbrape nk laku kat pasaran. Cuma kalo bljr kat U ni korg bole asah skill communication dan berdisiplin je. Selain itu dpt belajar organize sesuatu dgn bijak. Tu je. Ramai graduan menganggur skg xdpt diatasi. Untong kalo ko tu cina SPM pun org byr gaji lg tgi dr Melayu yg ade degree ( kerja swasta).
Kalo kje kompeni melayu plak, kne plak tindas psl gaji. Mane ade kompeni melayu nk hired gaji bangsa sendiri mahal2. Kenaikan pun susah. Nk hrp kan kje gomen mmnjg mmg xla. Gomen pun ciput je lahai… Kalo abis U pk nk kje gomen mmg cmtu la skill ko smp mati.
Quote Orix 2-2-2023 11:14 AM
ada yang bekerja sambilan untuk menampung perbelanjaan harian.


eh, bagus lah ni... iols dlu pun buat part time ms study... oke jah...
Quote esbok 2-2-2023 11:19 AM
Dalam U tu pun sendiri, zaman aku belajar, satu bilik tu dia letak 3 orang, yang aku tahu, dorm tu direka untuk 2 orang. Bayaran sama, tapi sorang dapat ruangan sendiri.

Patut yang 2 orang share satu bahagian tu bayaran lagi murah.

Ada bilik kecik sepatutnya ngam2 utk 2 orang, bantai masuk 3 orang. Yuran mahal tetap mahal.
Quote adeqbun 2-2-2023 11:23 AM
Ntahlah..ai dlu sewe rumah 9 org .3 bilik,3 org sebilik .ruang tamu bersusun utk study .bilik btol2 utk tdo dan kalau nak study scr privacy...dr dlu kot student berhimpit2 sbb nak jimat duit sewa..
Quote krustykrab 2-2-2023 11:27 AM
Bukan korg jgk ke yg dok kata " tgk pekerja asing, blh hidup je bulan² htr beribu² lemon balik kg". mcm ni lah situasi nya.
Quote pekanwoohoo 2-2-2023 11:29 AM
Entahlah, tak merasa duduk berhimpit macam bangla, pasal dulu masa study dapat scholarship, so mampu untuk sewa apartment 3 bilik, duduk luar dengan geng lain. 1 rumah kongsi 5 orang, okay lah. Internet pun ada, memasak pun boleh. Pandai-pandai lah urus kewangan dan cari jalan macamana nak hidup. Takde orang paksa pun kau orang masuk universiti.
Quote shernazz 2-2-2023 11:34 AM
Erm...iols dolu ada la sekejap dok sewa bilik dgn cikgu2 sskjp
Paatu jauh sgt dgn kolej..so sewa dkt.sikit dgn akak2 senior kolej iols...best je sebab weols semua bukan ada serentak satu masa..
Sebab mostly dalam rumah tu ada keje part time...ada yang suka clubbing...
Serumah ada 9 orang..3 bilik.
Quote JoyahSepoting 2-2-2023 11:35 AM
Mulotkoyak replied at 2-2-2023 11:03 AM
University ni salah satu scammer paling besar utk anak muda. Kekdg kos pun xbrape nk laku kat pasara ...

Setuju ni. Scammer utk kutip duit yuran pelajar hasil dari Loan PTPTN, JPA, duit mak bapa student etc.. boleh tgk Uni swasta tumbuh bagai cendawan lepas banjir.
#Salingan.. aku baru tau melaka ada Uni sendiri nama UNIMEL
Quote apam 2-2-2023 11:36 AM
pekanwoohoo replied at 2-2-2023 11:29 AM
Entahlah, tak merasa duduk berhimpit macam bangla, pasal dulu masa study dapat scholarship, so mampu ...

Wah, sombongnya bunyi.
Quote drivethru 2-2-2023 11:40 AM
Aku dulu menyewa teres 5 bilik. Total 15 orang. Bilik utk tidur jer. Study kat ruang tamu yg luas. Yg x best bab memasak. Kalau kena giliran bilik aku, memasing request menu sedap2. Bila kena bilik budak terengganu, lauk singgang. Mmg aku balik lambat. Makan luar dulu. Nak terasa terasa lah. Mmg lauk singgang x sedap.
Quote hareeeesah 2-2-2023 11:52 AM
drivethru replied at 2-2-2023 11:40 AM
Aku dulu menyewa teres 5 bilik. Total 15 orang. Bilik utk tidur jer. Study kat ruang tamu yg luas. Y ...

Kenapa xpegi drivethru hhahah..
mesti kalau igt blk gelak hangin pun ada kn. Dapat mknan yg mmg kt x suka bole spoil mood weh.
Quote kucingitam 2-2-2023 12:12 PM
dr dulu dah gitu la..baru bangun tido ke?
Quote isseliparjepun 2-2-2023 12:44 PM
Bukan bandar besar je. Tengok Uni pemes kat tanjung malim tu. Unit hostel tak cukup, berapa ramai yang menyewa luar. 1 rumah sampai 15 16 orang. Tuan rumah kutip rm150 depo, bebudak menyewa dpt tilam je. Luar rumah nampak macam rumah tinggal. Bayangkanlah survival budak budak uni sekarang yang mana tak dapat hostel tu.
Quote monreyes 2-2-2023 12:48 PM
anak aku tinggal 1 sem je lps cuti ni...lega rasanya..x yah pening2 pikir banjir...kalau dpt keje harapnya blh berulang dari rumah je
Quote harkktuih 2-2-2023 12:56 PM
Tp kan, dlm dok kata dok berhimpit, mkn bercatu bagai, bdk2 ni la yg saban hari memenuhkan stabak, mcd semua..
Quote MisXoXo 2-2-2023 01:34 PM
Betul ..jiran aku bdk kolej dpn umah.duduk penuh mcm sardin.ada buat part time smpai benti keje..sian jgk
Quote Thunderclouds 2-2-2023 02:39 PM
Halo,dok mcm sardin ni dr jaman aku study circa 2000 dulu lagiii...
Kalo bebudak lelaki ni umah teres 2 tingkat tu sumbat smpei 20org.
Sampai xkenal hosmet sendri!
Kasut selipar pn main sauk mana yg padan.
Lg ramai lg sikit kos sewa.
Menda ni takan ada solutions sampei bila².
Nak² kos sarahidup makin tggi.
Bertabah la yerrr..
Quote rogayahtop 2-2-2023 02:52 PM
dah ramai tuan rumah sewa semua nak masuk neraka. patutnta buat je rent control  tak boleh nak suka2 caj sorang 4000, duduk 10 org dah 4k rumah yg jiran sebelah sewa  1.2k mcm kat shah alam tu
Quote akies 2-2-2023 03:09 PM
Edited by akies at 2-2-2023 03:17 PM

Dok terpikir mana la anak2 iols bakal smbg study.
Dpt ukm ke uniten okla kan.. dekat dgn rumah
Andaikata dapat yang jauh2..kesian pula kes camni tkde rumah sewa atau duk beramai-ramai serumah

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 08:03 AM GMT+8 , Processed in 1.371385 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top