CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hanya Lelaki Pengecut, Takut Bini Je Yang Nikah Kali Kedua Di Siam

2-2-2023 10:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 725| Komen: 1

Kisah rakyat Malaysia yang memilih bernikah di Selatan Thailand bukanlah satu isu baharu dalam sesebuah perkahwinan.

Pilihan itu kebiasaannya dibuat apabila mendapat tentangan daripada keluarga, malah ada juga lelaki yang mahu berbini dua, tetapi takut untuk meminta izin isteri pertama.


Tinjauan di media sosial mendapati, pelbagai ‘Pakej Nikah Siam’ dipromosikan kepada orang ramai secara terbuka.


Gambar Hiasan

Ada yang menawarkan pakej serendah RM2,500 sahaja termasuk bayaran ejen, tok kadi serta dokumen pernikahan di negara seberang itu.

Jika dibandingkan dengan prosedur yang perlu dilalui oleh si lelaki untuk berkahwin dua, pastinya lokasi di Selatan Thailand menjadi pilihan berbanding di Malaysia disebabkan perkara tersebut perlu mendapat kei­zinan isteri pertama.

Mengulas lanjut, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata, ramai lelaki atau suami tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri untuk membuat permohonan berpo­ligami menurut undang-undang dalam negara.


Katanya, mereka tidak yakin dan tidak berani memanggil isteri pertama ke mahkamah sya­riah untuk menyampaikan hasrat bahawa ingin berpoligami.

“Sebahagian juga tidak berani dan tidak bersedia menghadapi tentangan daripada isteri pertama sebelum berpoligami.

“Mereka lebih berani dan bersedia menghadapi tentangannya isteri pertama selepas sudah berpoligami,” katanya.

Disoal mengenai mengapa ramai pasangan memilih bernikah di Siam, Musa beranggapan golongan tersebut telah terpedaya dengan stigma bahawa pernikahan di negara seberang itu lebih mudah dan senang berbanding mendapatkan kebenaran poligami di Malaysia.

“Nikah dulu, mohon daftar dan bayar penalti kemudian. Jika dalam negara kena mohon dulu, belum tentu lulus (jika tak dapat buktikan kemampuan), kemu­dian baru nikah.

“Denda, hukuman yang ringan dalam negara antara punca ramai pasangan nikah di Siam. Mereka beranggapan tidak muflis dengan denda RM1,000 yang dikenakan, selain berdepan hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali,” jelasnya.

Sementara itu, peguam Syarie, Nurul Atikah Abd. Rashid berkata, hampir setiap bulan ada pasangan yang hadir bagi mendapatkan khidmat nasihat berkaitan perkahwinan di luar negara tanpa kebenaran.

“Kalau di mahkamah, memang hari-hari ada kes untuk mengesahkan pernikahan di luar negara,” ujarnnya.

Dalam pada itu, Nurul Atikah turut mengingatkan kepada pasangan yang berhasrat bernikah di Siam, sekiranya mereka tersalah memilih ejen atau melalui sindiket tidak diiktiraf, proses pernikahan tersebut boleh menjadi tidak sah.

Terdahulu Kosmo! melaporkan ramai pasangan menunggu giliran untuk bernikah di Siam selepas pintu sempadan negara itu dibuka sehingga ada ejen-ejen nikah disana tidak menang tangan melayan panggilan daripada pasangan kekasih dari Malaysia. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 3-2-2023 08:28 AM
ko kwen kelantan jela. sng lepas. xyah smpi ke siam

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.027993 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top