CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Selaras Dengan Islam Katanya, Lelaki 18 Tahun Nak Letupkan Kubur

2-2-2023 09:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2287| Komen: 30

Singapura: Seorang pelajar warga Singapura berusia 18 tahun ditahan pada Disember 2022 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika dia merancang dan membuat persediaan melakukan keganasan bersenjata di Singapura dan luar negara.


Menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) republik itu, warga Singapura itu menjadi radikal setelah menonton propaganda militan Daish di Iraq dan Syria menerusi laman sesawang atas talian.

Remaja itu turut merancang melakukan serangan bom ke atas tapak perkuburan Habib Noh di Masjid Haji Muhammad Salleh, yang dipercayainya sebagai "tidak selaras dengan Islam".


Gambar Hiasan

"Dia turut memuat turun manual pembuatan bom C4 dalam talian, berhasrat untuk membina bahan letupan buatan sendiri untuk meratakan kubur itu," menurut jabatan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman sesawang Kementerian Dalam Negeri pada Rabu.


Remaja itu mula bersikap radikal pada 2020 selepas menonton video ceramah dua pendakwah asing ekstrem di YouTube.

Pada akhir 2021, remaja itu juga menyatakan hasrat untuk hidup di bawah pemerintahan khalifah Islam yang ditadbir oleh syariah (undang-undang Islam).

Untuk tujuan ini, ISD mendedahkan bahawa dia mahu menubuhkan khalifahnya sendiri di Singapura dan merekrut orang Islam untuk menyertainya.

Hasil siasatan setakat ini menunjukkan bahawa remaja itu bertindak bersendirian dan tidak ada petunjuk bahawa dia berjaya merekrut orang lain, manakala ahli keluarganya tidak mengetahui rancangan atau niatnya untuk melakukan keganasan bersenjata di luar negara, menurut ISD.

Dalam kes ini, ISD memaklumkan remaja berkenaan sangat radikal sehingga ke tahap bersedia untuk melakukan keganasan bersenjata di Singapura dan di luar negara dan sanggup membunuh dan mati untuk Daish.

"Penilaian kami bahawa dia sudah menjadi ancaman keselamatan dan dia ditahan di bawah ISA," menurut ISD.

Jabatan itu menjelaskan bahawa kesnya menonjolkan daya tarikan berterusan terhadap ideologi ganas Daish.

"Kes ini juga menggariskan bahawa terdapat trend radikalisasi dalam kalangan belia sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan ancaman serangan oleh penyerang persendirian dengan menggunakan senjata yang mudah diakses," menurut kenyataan itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zonan4 2-2-2023 09:20 AM
mak oi orang mati pun ko nak bom dik? ajaran mana ko ikut ni dik...
Quote sarahmirza 2-2-2023 09:34 AM
Edited by sarahmirza at 2-2-2023 09:35 AM
zonan4 replied at 2-2-2023 09:20 AM
mak oi orang mati pun ko nak bom dik? ajaran mana ko ikut ni dik...


Ikutkan kubur Islam yg merata kat tanah melayu ni mmg tak ikut cara islam....

Pacak kayu/nesan dgn meletak nama si mati hukumnya sunat jika niatnya supaya mudah org menziarahi.

Buat kotak kurungan hatta kepuk kayu/simen atau tembok siap tiles bagai hukumnya haram kalau kubur tu kat tanah wakaf/tanah rezab kubur tapi makruh kalau kubur tu kat belakang depan tepi rumah atas tanah sendiri kalau si mati tu pendosa biasa yang bukan ahli ulama sebenar atau wali....

So balik kampung tengok la kubur kerabat korang macam mana rupanya....

Kalau kita tgk movie omputih ada scene kat kubur, ada tanda nama simati dan tanah kubur rata... Itulah sepatutnya rupa kubur org islam..  

Satu lagi, patutnya tanah kawasan perkuburan tu boleh diwartakan sekali sebagai kawasan hijau, boleh riadah, picnic, jogging... Takde la nampak kubur takut nampak kubur ada hantu je....
Quote uda 2-2-2023 12:23 PM
zonan4 replied at 2-2-2023 09:20 AM
mak oi orang mati pun ko nak bom dik? ajaran mana ko ikut ni dik...

Dia bukan nak bom orang mati tetapi nak bom structure kubur tu.

Kubur habib Noh tu dalam bangunan, macam mesjid gitu. Siap ada penjaga. Ramai orang datang situ minta hajat/bernazar dan bayar hajat.
Dia nak hapuskan budaya khurafat tu. Itu yang dia nak letupkan/,usnahkan bangunan tu.

Quote supernaturalee 2-2-2023 12:28 PM
sarahmirza replied at 2-2-2023 09:34 AM
Ikutkan kubur Islam yg merata kat tanah melayu ni mmg tak ikut cara islam....

Pacak kayu/nesan dg ...

pahtu jogging area kubur pakai sendat2 nmpk lekuk2





cantiknya deepika padukone ni
Quote plywood 2-2-2023 12:33 PM
sarahmirza replied at 2-2-2023 09:34 AM
Ikutkan kubur Islam yg merata kat tanah melayu ni mmg tak ikut cara islam....

Pacak kayu/nesan dg ...

biar betul kawasan kubur jadi tempat joging...   jadi seramlah tempat tu tak ada orang nak datang
Quote white_musk 2-2-2023 12:36 PM
plywood replied at 2-2-2023 12:33 PM
biar betul kawasan kubur jadi tempat joging...   jadi seramlah tempat tu tak ada orang nak datang  ...

Di padang polo ipoh sudah lama buat begini dik, orang jogging tepi kubur saja
Quote _blackbird 2-2-2023 01:37 PM
sarahmirza replied at 2-2-2023 01:34 AM
Ikutkan kubur Islam yg merata kat tanah melayu ni mmg tak ikut cara islam....

Pacak kayu/nesan dg ...

kat area aku ni siap ada jual sate & bakso kat tanah perkuburan lagi, siap ada karaoke lagi kat cafe tu nok. . kubur kat kawasan backyard rumah, sesiapa duduk situ buka pintu dapur nak siram pokok celery boleh siram kubur skali. ada sampai dah kempis2 kubur nya. kubur zaman medieval
Quote mojarean_X 2-2-2023 02:50 PM
Bila malaysia nk kembalikan ISA?
Quote batmana 2-2-2023 03:31 PM
Kubur sahabat nabi rata aja..siap xde batu nisan..
Bdk ni xknal Tor browser ka?ni msti pung Pang dlm socmed smpai kantul
Quote capiloton 2-2-2023 04:50 PM
Edited by capiloton at 2-2-2023 05:02 PM
batmana replied at 2-2-2023 03:31 PM
Kubur sahabat nabi rata aja..siap xde batu nisan..
Bdk ni xknal Tor browser ka?ni msti pung Pang dlm ...

ko mesti tak pernah tengok gambar makam2 isteri dan sahabat di Nabi,
masa uthmaniyah jaga mekah dan madinah,
banyak jer binaan makam atas perkuburan Baqi

tapi di hancurkan oleh bani saud dan wahabi,
lepas dapat kuasa dari british.

hilang semua site bersejarah di mekah dan madinah.

kubur Nabi pun mereka ada plan untuk ratakan,
dan pindahkan jasad Nabi ke Baqi,
untuk jadi macam kubur lain yang tak bertanda,
tapi di tentang oleh muslim sedonia.


[tiktok]7144366452697533722[/tiktok]

Quote capiloton 2-2-2023 04:55 PM
kisah bangunan2 sejarah di musnahkan oleh wahabi

termasuklah kubur2 isteri dan sahabat Nabi di hancurkan.


[tiktok]7120324912287354139[/tiktok]


Quote capiloton 2-2-2023 04:58 PM
Edited by capiloton at 2-2-2023 05:04 PM

kisah makam2 di Baqi yang di hancurkan oleh bani saud dan wahabi.

termasuk la semua makam keluarga Nabi, isteri2 Nabi dan Sahabat2 Nabi.

worang sekarang jer yang tak tahu

[tiktok]7192169406313647387[/tiktok]




Quote capiloton 2-2-2023 05:11 PM
google or youtube

Demolition of al-Baqi
Destruction of al Baqi
Quote sarahmirza 2-2-2023 05:14 PM
supernaturalee replied at 2-2-2023 12:28 PM
pahtu jogging area kubur pakai sendat2 nmpk lekuk2



Hahaha....tengok tempat kot..
Area i mujur la takde yg pakai ketat sendat masa berjogging...
Yang biasa macam tu geng zumba & aerobik..
Quote sarahmirza 2-2-2023 05:20 PM
plywood replied at 2-2-2023 12:33 PM
biar betul kawasan kubur jadi tempat joging...   jadi seramlah tempat tu tak ada orang nak datang  ...

Itulah org Msia takutkan kubur... Kalau kawasan kubur luas cantik, terjaga tak salah pun warta sbg kawasan hijau.... Tapi mcm i tulis la... Kubur tu bukan mcm kubur skrg..tak boleh buat kotak kurungan, tak boleh 2 nesan, tak boleh ditinggikan tanahnya....

Btw skrg pun dah ada la kawasan kubur cantik ala2 taman bunga... Cuma org belum nak masuk jogging je... Sbb takut hantu agaknya. Hahahaha
Quote sarahmirza 2-2-2023 05:26 PM
_blackbird replied at 2-2-2023 01:37 PM
kat area aku ni siap ada jual sate & bakso kat tanah perkuburan lagi, siap ada karaoke lagi kat ca ...

Hahaha.. Tak kena komplrn ke ada karaokr bagai bising menganggu ahli kubur pulak...

Tempat i pulak, buka pintu dapur ada kubur cina tepi pagar....
Quote _blackbird 2-2-2023 05:30 PM
sarahmirza replied at 2-2-2023 09:26 AM
Hahaha.. Tak kena komplrn ke ada karaokr bagai bising menganggu ahli kubur pulak...

Tempat i pula ...

meriah nok kat situ setiap malam bersama lampu lip lap lip lap sebelum covid. la ni post covid tak pasti la ada lagi ke takda kedai nya.
Quote stingerpressor 2-2-2023 05:37 PM
sarahmirza replied at 2-2-2023 05:20 PM
Itulah org Msia takutkan kubur... Kalau kawasan kubur luas cantik, terjaga tak salah pun warta sbg ...

Leave it to those yg masih hidup utk uruskheun ler baghal...kubur ko atasnya greenery keww atasnya nisan keww will not take away the hakikat that you are already on your way 'there'....bukan imbalan ko didalam alam baru ko bergantungan dgn apa yg diperlakukheun terhadap tempat persemadian ko kheunz?

Cuba jadi insan yg bijak sikit....jgn nak eksen macam nak kena terajang dgn aku...

Kahkahkahkah
Quote Decaffeinated 2-2-2023 09:25 PM
sarahmirza replied at 2-2-2023 09:34 AM
Ikutkan kubur Islam yg merata kat tanah melayu ni mmg tak ikut cara islam....

Pacak kayu/nesan dg ...

Ada garis panduan kepuk tak boleh dua tingkat. Tanah perkuburan sekarang yang aku pergi even di kampung2 pun dah sangat cantik dan organized sekarang. 5-6 lubang dah siap gali elok tersusun tidak lagi lintang pukang.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.056389 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top