Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau lebih mesra dipanggil TMJ di akaun IG stories menulis bahwa beliau mengharapkan agar lebih banyak stadium canggih dapat dibina di negara ini. Menurut pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), beliau berpendapat, menjadi suatu kebanggaaan sekiranya lebih banyak staidum canggih dibangunankan dalam negara. TMJ yang sebelum ini mempertikaikan kos pembinaan stadium baharu Shah Alam turut mendoakan agar stadium itu siap dibina dan menjadi satu kenyataan. TMJ sebelum ini menafikan beliau cemburu dengan pembinaan Stadium Shah Alam yang baharu selepas mempersoalkan kos pembinaan stadium itu yang dianggap tidak logik. Beliau berkata, kos lebih RM700 juta terlalu murah apatah lagi membabitkan fasiliti dan kelengkapan berteknologi canggih.
Beliau menambah, sepatutnya kos yang diperuntukkan dalam sekitar RM2 bilion kerana dilengkapi teknologi serba moden termasuk padang yang boleh diubah. Menurut laporan, stadium tersebut dijangka siap pada 2026 dan pasukan Gergasi Merah iaitu Selangor FC mungkin boleh menggunakannya pada 2027 sebagai lokasi tetap. Sumber: Murai
|
ADVERTISEMENT