CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Aliff Manusia Bukan Malaikat, Dia Ada Niat Nak Berubah' - Bella Astillah

1-2-2023 11:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4675| Komen: 70

Teguh berdiri sekali lagi mempertahankan rumah tangga dengan suami tersayang, pelakon Bella Astillah yakin Aliff Aziz ingin berubah daripada ‘penyakit’ lama.

Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah menjawab kenyataan sebilangan netizen yang menuduh, kalau bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi susulan diganggu pelakon Sophia AlBarakbah.



IG

“Sebab Aliff risaulah dia suruh saya datang set penggambaran (drama rantaian Ku Akad Kau Dengan Bismillah).

“Aliff manusia bukan malaikat. Dia ada niat nak berubah,” jelasnya menerusi satu balasan dalam ruangan komen hantaran status terbaharu Instagram.

Terdahulu, Bella, 29, mendedahkan menerusi platform media sosial tersebut perbualan antaranya dengan wanita yang mengurat Aliff iaitu pelakon, Sophia AlBarakbah.

Peserta program nyanyian, Famili Duo itu berkata, pendedahan tersebut terpaksa dilakukan selepas terdapat pihak yang mendakwa dia memfitnah Sophia mengganggu suaminya.


“Kenapa lari dan tidak datang sidang akhbar tadi? Kepada yang cakap saya fitnah, saya maafkan awak,” katanya.

Hari ini, Aliff, 32, mengesahkan aktres yang dimaksudkan isterinya sememangnya Sophia yang merupakan heroin bagi drama lakonan mereka iaitu Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Namun, Sophia bagaimanapun tidak muncul pada sidang akhbar hari ini dengan alasan terikat dengan urusan kerja iaitu penggambaran drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Isnin lalu, Bella mendedahkan heroin sebuah drama mengakui menyukai Aliff selepas mereka bergandingan dalam sebuah naskhah. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akuHavocczz 1-2-2023 11:52 PM
Okayyy kau orang dua boleh masuk list couple terperasan terpaling baik
Quote anggeriklatifah 2-2-2023 12:06 AM
Begitulah jugak dgn sofea surah al baqarah...dia pun bukan malaikat
Quote soy_beans 2-2-2023 12:07 AM
Edited by soy_beans at 2-2-2023 12:09 AM
anggeriklatifah replied at 2-2-2023 12:06 AM
Begitulah jugak dgn sofea surah al baqarah...dia pun bukan malaikat
heheheheeheh.
Quote soy_beans 2-2-2023 12:08 AM
soy_beans replied at 2-2-2023 12:07 AM
Tu la. Funny. Org tu mtk2 maaf pn x maafkan.


Heheheheehhe
Quote dudaberhias 2-2-2023 12:19 AM
ye ye je laki kau nak berubah... haritu somi kau tu kata dah nak berubah... hujung2 duk senaman putik jagung main angkat2 latih otot dalam tandas...

macam budak tadika punya... entah2 kalau di bandingkan sebelah2 dengan baby carrot... baby carrot yang menang...
Quote MisXoXo 2-2-2023 12:23 AM
Jangan tagune .salahkan org lain..berlindung disebalik bini utk cover ko pun sama ngada.nk coverline sbnrnya
Quote Ex-Squeeze-Me 2-2-2023 12:38 AM
Kenapa eh iols rasa macam bella nak cakap sophia yang nak sangat kat aliff?
Quote kakasotong2 2-2-2023 01:07 AM
Edited by kakasotong2 at 2-2-2023 01:08 AM

Kalau nak suami tu berubah xpayah berlakon la. Baik jd penyanyi je kalau dah susah sangat nak cari makan sara family. Pergi menyanyi sorang2 atas pentas xpayah la nak bergaul rapat dgn ummah lain yg berbeza jantina.

Nak suruh laki berubah tp still masuk dunia lagha mcm dunia lakonan tu yg sememangnya ko tahu bab lakonan ni la paling susah nak jaga batasan sesama laki perempuan. Ko bebal ke apa Bella?
Quote zie_indah 2-2-2023 01:13 AM
Yela bukan malaikat bellah ..tp jgn la salahkan satu pihak jerrr
Quote seripahzeripah 2-2-2023 01:50 AM
Wah kalau tang laki kau selamba badak cakap laki kau bukan malaikat..habih si peah tu apo..avatar ke? Alien workshop? Mo dari dulu smpai skrang sama je..moga melingkup..

Eh si jonggos..kau igt kau up cerita dikala musim penyondol tengah panas ni..nurtizen akan backup kau sebagaimana ps n bini 1st zah dapat ke??  Sila simpan angan²..
Quote winky1 2-2-2023 01:55 AM
akuHavocczz replied at 1-2-2023 11:52 PM
Okayyy kau orang dua boleh masuk list couple terperasan terpaling baik

Hahaha quite interesting dunia artis melayu.
Quote jlocute 2-2-2023 02:00 AM
Nak tgk juga dia tunjuk wa sophia ngn alip.. org kata kalau bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.. sophia ada juga berlakon ngn halim radzi xde pun isu kene kacau.. macam alip tu sesuci embun pagi pulekk
Quote chilly 2-2-2023 02:02 AM
seripahzeripah: Wah kalau tang laki kau selamb ...


Ahahaha alien workshop
Quote she 2-2-2023 02:41 AM
Jenis isteri acah suami rebutan
Suami dia tak salah
Orang lain yang salahhhhh
Quote tikusmontok 2-2-2023 04:55 AM
anggeriklatifah replied at 2-2-2023 12:06 AM
Begitulah jugak dgn sofea surah al baqarah...dia pun bukan malaikat

Apa ko main2 surah alquran ni syaitonnnn??
Quote LadyCarefree 2-2-2023 05:06 AM
Ex-Squeeze-Me replied at 1-2-2023 11:38 PM
Kenapa eh iols rasa macam bella nak cakap sophia yang nak sangat kat aliff?

memang pun dia dok cakap piah yg gilakan alep tp alep xlayan tu sbb xmenjadi episod curang. alep takut kena ganggu je so ajak nabelah teman ke set.
Quote LadyCarefree 2-2-2023 05:07 AM
kakasotong2 replied at 2-2-2023 12:07 AM
Kalau nak suami tu berubah xpayah berlakon la. Baik jd penyanyi je kalau dah susah sangat nak cari m ...

dia lagilah tergedik membatak jadi pelakon tiktoker segala semua
Quote lyshafull 2-2-2023 06:09 AM
Kesian ko peah dikambing hitamkan pasangan islamik ni
Quote Cookingholic 2-2-2023 08:17 AM
Sophie pernah berlakon dgn aaron aziz jugak. Takde pulek dia nak try bang aron walhal itu lagi berbaloi Part lakinya kemain ehh bukan malaikat bagai. So utk peah tu wajarlah guna argument yang sama.

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.143668 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top