CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Tidak Semua Penyondol Itu Bersalah", Jujur Dengan Isteri, Fazley Yaakob Tidak Berahsia Kalau Ada Perempuan Ajak Keluar

2-2-2023 08:36 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 4738| Komen: 70

Description: Kebelakangan ini semakin kerap pula kita dengar tentang kisah kecurangan dan kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga lebih-lebih lagi apabila ia berlaku di kalangan selebriti terkenal.


Kebelakangan ini semakin kerap pula kita dengar tentang kisah kecurangan dan kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga lebih-lebih lagi apabila ia berlaku di kalangan selebriti terkenal.

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob terpanggil untuk berkongsi pandangannya mengenai kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga yang sentiasa menjadi topik hangat.

Memetik mStar, Kata Fazley atau Ahmad Fadzli Yaakob, 45, isu berkenaan terlalu subjektif untuk diulas namun ia boleh menjadi penyebab menganggu keharmonian sesebuah ikatan perkahwinan.

“Kalau kita nak diganggu dan benarkan gangguan, itu adalah pilihan. Tapi, jangan kita letak tepi isu ini... memang ada rumah tangga yang bermasalah.

“Tidak semua penyondol itu bersalah, dan tidak semua yang disondol itu bersalah kerana kadangkala, ada elemen-elemen yang kita tidak boleh ceritakan kepada orang luar.


“Jadi, apabila kita memilih untuk mencari insan ketiga untuk kebahagiaan, adalah penting untuk kita faham situasi tersebut secara menyeluruh sebelum menyalahkan penyondol yang disondol ataupun isteri dan suami dalam keterlibatan dalam masalah rumah tangga,” katanya kepada mStar.


Dalam perkembangan lain, Fazley berkolaborasi dengan kedai serbaneka CU menjual menu istimewa edisi terhad berilhamkan masakan tradisional Malaysia.

Antara makanan ready-to-eat hasil ciptaannya iaitu Laksa Negeri Sembilan, Roti Bandung Strawberi, Sambal Oren Nasi Lemak Ikan Gimbap, Sandwic Telur Mayonis Pulled Beef Lemak Cili Api dan Nasi Goreng Yuan Yang Sejahtera dengan Ayam Tumis Rumpai Laut.




Untuk info, Yang Hormat Dato' Dr. Ahmad Fadzli bin Yaakob dan isterinya Datin Azrene Soraya Abdul Aziz telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 7 November 2007.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz, Ahmad Fieradz, Ahmad Fierudz dan Alayna Selma. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 2-2-2023 05:03 AM
Yang Hormat?

"Tidak semua penyondol itu bersalah, dan tidak semua yang disondol itu bersalah kerana kadangkala, ada elemen-elemen yang kita tidak boleh ceritakan kepada orang luar."

Banyak kali iols ckp benda sama.
Quote melinda_kerr 2-2-2023 06:29 AM
Setuju. Kecuali kes sol dan PS.
Quote pocongkiutss 2-2-2023 06:32 AM
Ira kazar menyondol - Sol kalau tak melayan, tak jd juga
Sophie barkoba menyondol - Alip ajis tak melayan tak jd juga
Ku Mail menyondol - Nad jenal ni mesti ex laki dia biawak, jahat..bla3
Quote teen_angelJB 2-2-2023 06:35 AM
Ada ke yg sudi sondol tok li ni..tgk misai je turn offff..hahaha
Quote Shayang 2-2-2023 06:43 AM
teen_angelJB replied at 2-2-2023 06:35 AM
Ada ke yg sudi sondol tok li ni..tgk misai je turn offff..hahaha

Jangan sampai dia kuarkan bukti
Tah2 bersusun DM yg ajak dia kapel

Quote bulalof 2-2-2023 06:55 AM
nak jugaakkkkkkkkkkkk...............
Quote becir 2-2-2023 06:59 AM
Shayang replied at 2-2-2023 06:43 AM
Jangan sampai dia kuarkan bukti
Tah2 bersusun DM yg ajak dia kapel

Tu scammer je tu...takpun tranny.

Punyala I menyampah ngan dia ni..
Quote jasmeen 2-2-2023 07:00 AM
misai dia tu kurang sesuai la #ni kira bodyshaming tak?..
Quote hzln 2-2-2023 07:00 AM
Shayang replied at 2-2-2023 06:43 AM
Jangan sampai dia kuarkan bukti
Tah2 bersusun DM yg ajak dia kapel

DM dari pompuan ker jantan uols? #ehhhhh
Quote jasmeen 2-2-2023 07:02 AM
yelah yg menyondol dan disondol memang sedap lah bercinta kan..tapi pasangan yg disondol tu kasihan dengan anak anak lagi.So,tengoklah pasangan yg disondol tu sanggup tak nak hidup dengan pasangan yg curang.Pilihan masing masing.
Quote teen_angelJB 2-2-2023 07:17 AM
hzln replied at 2-2-2023 07:00 AM
DM dari pompuan ker jantan uols? #ehhhhh

Rare... hahaha
Quote alieyrina 2-2-2023 07:26 AM
Mungkin ramai yg dm bila tgk senyum senget dia tu misai lagi perhhhh

Tggu kak dud komen lak satgi
Quote Samerosie 2-2-2023 07:32 AM
MiL dia pun penyondol gak.
Quote mohabbatein 2-2-2023 07:44 AM
hzln replied at 2-2-2023 07:00 AM
DM dari pompuan ker jantan uols? #ehhhhh

I terfikir pulak kalau ada kes penyondol jantan memang pecah rekod.maksudnya orang ketiga tu jantan
Quote sayangselamah 2-2-2023 07:48 AM
Smgt2 badan anaknya.dulu pernah baca wife dia gugur 13 kali tak silap
Quote Burong_Hantuk 2-2-2023 07:49 AM
nak tanya..yang nak goda kau tu lelaki ke prmpn????
Quote lee_sakura 2-2-2023 07:53 AM
sinbuk je dia nk meyelit kes2 hangat
Quote dani-rox 2-2-2023 07:55 AM
Geli tengok misai dan contact lens kaler2 jantan nih

Anyhooo... Kalau tak bahagia, lepaskanlah pasangan tu dulu. Tak kesahlah apa masalah dalam kain ngko. Bukannya ko tambah lg masalah dgn ajak org ketiga masuk dlm rumahtangga ngko. Belum lg kira anak2 yg jadi mangsa. Boleh kan turunkan sikit ego dan jgn jd selfish. Pakailah otak sekali sekala.
Quote lemak_masin 2-2-2023 08:01 AM
Kalau ko dah ada org lain, ko kene bgtau pasangan ko.. bagi hak pada pasangan buat keputusan rela dimadu atau tak rela.. ini pi dating, kawin senyap2.. mmg mengamuk laa bila tau..

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.057335 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top