CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Mengamuk Pegang Kayu Di Sekolah Adalah Latihan Demonstrasi Keselamatan

1-2-2023 11:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1176| Komen: 12

Rakaman video yang tular memaparkan seorang lelaki mengamuk memegang kayu di pekarangan sekolah hanyalah lakonan keselamatan semata-mata.

Menerusi hantaran di akaun Facebook Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Warisan Puteri, kehadiran lelaki dalam keadaan mengamuk di tengah-tengah tapak perhimpunan sekolah adalah latihan demonstrasi keselamatan.



FB

“Objektif latihan tersebut adalah sebagai persediaan dan latihan kepada pelajar dan guru sekiranya kejadian tersebut berlaku di sekolah.

“Persediaan tersebut meliputi sudut menyelamatkan diri sekiranya kejadian tersebut benar-benar berlaku,” katanya dalam hantaran tersebut.


Loading FB Post...


Terdahulu Kosmo! melaporkan, seorang lelaki dipercayai bapa kepada salah seorang murid di sebuah sekolah mengamuk bersenjatakan kayu selepas mendakwa anaknya dipukul oleh seorang guru di sekolah tersebut.

Rakaman video tersebut tular di Tiktok yang dimuat naik @Epinmusa merakamkan lelaki yang memakai topi dan berbaju ungu dilihat memaki hamun dua orang guru yang berada di tapak perhimpunan. 




Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote becir 1-2-2023 11:58 PM
Err nak jadi cam USA ke shooting drill kat setiap sekolah..
Quote dua_chzy 2-2-2023 07:41 AM
becir replied at 1-2-2023 03:58 PM
Err nak jadi cam USA ke shooting drill kat setiap sekolah..


Mak pak mengamuk bawa senjata pi sekolah ni memang kerap terjadi di sekolah2 dalam tanahair. Cuma tak masuk berita saja. Sekolah aiols dulu orang kampung dalam 10 orang pegi serang pelajar asrama lelaki semasa mereka tidur tengah malam bawak kayu pegi belasah mereka kerana kes tak puas hati/gaduh mulot. Tapi plot twist bila semua pelajar asrama terbangun, meka pula beramai2 belasah intruders tu sampai lunyai. Syukur cikgu setopkan kalau tidak memang mati. Security paling bodoh dalam hal ini sebab dia kenal intruders tu dan takut dipukul dia biar meka masuk.
Quote supernaturalee 2-2-2023 07:44 AM
elok la buat drill mcm ni
u never know kan


Quote s@s@ 2-2-2023 08:59 AM
kosmo x check dulu ka sebelum lapor?
Quote renko 2-2-2023 09:22 AM
s@s@ replied at 2-2-2023 08:59 AM
kosmo x check dulu ka sebelum lapor?

paper nyamuk
nak harap apa
Quote ally9970 2-2-2023 09:28 AM
Wartawan bongok, editor pun bongok... menyebar berita palsu dan mengakibatkan keresahan dikalangan ibu bapa dan netizen2 seMalaysia
Quote kechikchomel 2-2-2023 09:38 AM
supernaturalee replied at 2-2-2023 07:44 AM
elok la buat drill mcm ni
u never know kan

kann?? iolss pun rasa macamni.
Quote Burong_Hantuk 2-2-2023 10:30 AM
sumbat jer org gila tu dlm penjara..over btl
Quote TomyamPuteh 2-2-2023 11:01 AM
Riba tiba teringat fire drill kt sekolah dulu dulu.
Quote s@s@ 2-2-2023 11:08 AM
renko replied at 2-2-2023 09:22 AM
paper nyamuk
nak harap apa

betoi gak..

Quote intan244 2-2-2023 11:11 AM
wow belakon betul2x ek. brp dia dpt buat extra job ni.
Quote awanearisu 2-2-2023 11:30 AM
becir replied at 1-2-2023 11:58 PM
Err nak jadi cam USA ke shooting drill kat setiap sekolah..

Di Thailand tahun lepas dah terjadi. Kita masih tidak dapat lupakan

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.072517 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top