Lelaki yang mengamuk dan mengacu parang ke arah adik kandungnya selepas tidak berpuas hati tindakan wanita itu mengusahakan kebun kelapa milik arwah ibu mereka di Kampung Hj Matahir, dekat sini, sudah ditahan semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek berusia 61 tahun, ditahan jam 1.45 tengah hari, susulan laporan dibuat pengadu yang juga adik kandung kepada suspek. Beliau berkata, mangsa (pengadu) wanita berusia 59 tahun, didatangi abangnya yang memarahi sambil mengacukan parang panjang ke arahnya. "Mangsa mendakwa suspek mengancam akan menebang semua pokok kelapa yang sudah berusia sembilan bulan ditanam dan diusahakan oleh pengadu dan suaminya di tanah lot milik mereka. "Siasatan awal mendapati, motif suspek bertindak demikian kerana tidak berpuas hati terhadap pengadu yang mengusahakan sebahagian tanah milik arwah ibu mereka," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Jasmin berkata, pengadu yang berasa bimbang akan keselamatan dirinya bagaimanapun membuat laporan polis kerana suspek mengancam menggunakan parang selain mahu memusnahkan tanaman yang diusahakan di kebun milik mereka. "Turut dirampas parang panjang disyaki digunakan suspek dalam kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah," katanya. Sumber: Harian Metro |
Kitty_catz: ni la org2 kita... asal ada ta ...
TabletSusu replied at 1-2-2023 09:44 PM
x faham.. drp tanah tu terbiar je.. apa salah adik dia tu usaha kan?
felinecat replied at 1-2-2023 01:47 PM
Tu lah nama ya dengki.. Dah pemalas nak usaha kan tanah. Bila org usaha kan tanah, dengki pulak bi ...
Adrif replied at 1-2-2023 10:31 PM
jadi macam sedara jauh kami
dia hidup pun tengok keluarga berantakan. ada je masalah nak digaduhkan ...
Adrif replied at 1-2-2023 10:31 PM
jadi macam sedara jauh kami
dia hidup pun tengok keluarga berantakan. ada je masalah nak digaduhkan ...
NekNgah replied at 2-2-2023 02:22 PM
Just like my parents, tanah dijual tapi kami adik beradik lah yang beli.
Masih ada beberapa lot k ...
TabletSusu replied at 1-2-2023 09:54 PM
tu yg aku x faham apa ada dlm kepala otak abg dia. biar je lah adik tu usahakan tanah tu dah kau t ...
Adrif replied at 2-2-2023 06:39 PM
yezza. arwah atok dengan bapak aku pun camtu. dia ada banyak tanah, anak2 dia pun ramai. dusun bua ...
NekNgah replied at 3-2-2023 10:22 AM
Kalau dah tukar geran, boleh aje tunjuk sebagai bukti.
Semoga Allah permudahkan urusan korang tu. ...
NekNgah replied at 3-2-2023 10:22 AM
Kalau dah tukar geran, boleh aje tunjuk sebagai bukti.
Semoga Allah permudahkan urusan korang tu. ...
Adrif replied at 3-2-2023 12:00 PM
itu la. geran semua ada
pakcik makcik semua siap cakap, tunggu bapak kami mati, nanti diorang tun ...
ADVERTISEMENT