CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1933|Reply: 19

Lelaki Mengamuk Acu Parang Ke Arah Adik Sebab Usahakan Kebun Kelapa Arwah Ibu

[Copy link]
Post time 1-2-2023 08:58 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki yang mengamuk dan mengacu parang ke arah adik kandungnya selepas tidak berpuas hati tindakan wanita itu mengusahakan kebun kelapa milik arwah ibu mereka di Kampung Hj Matahir, dekat sini, sudah ditahan semalam.


Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek berusia 61 tahun, ditahan jam 1.45 tengah hari, susulan laporan dibuat pengadu yang juga adik kandung kepada suspek.




SUSPEK ditahan polis semalam. FOTO Ihsan PDRM





Beliau berkata, mangsa (pengadu) wanita berusia 59 tahun, didatangi abangnya yang memarahi sambil mengacukan parang panjang ke arahnya.


"Mangsa mendakwa suspek mengancam akan menebang semua pokok kelapa yang sudah berusia sembilan bulan ditanam dan diusahakan oleh pengadu dan suaminya di tanah lot milik mereka.


"Siasatan awal mendapati, motif suspek bertindak demikian kerana tidak berpuas hati terhadap pengadu yang mengusahakan sebahagian tanah milik arwah ibu mereka," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.


Jasmin berkata, pengadu yang berasa bimbang akan keselamatan dirinya bagaimanapun membuat laporan polis kerana suspek mengancam menggunakan parang selain mahu memusnahkan tanaman yang diusahakan di kebun milik mereka.


"Turut dirampas parang panjang disyaki digunakan suspek dalam kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2023 09:15 PM | Show all posts
ni la org2 kita... asal ada tanah pesaka je bergadoh

asal bergadoh je sbb tanah pesaka

baik la mak pak tapayah tinggal kan apa2 reta.. pandai2 la kome cari sendiri

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz: ni la org2 kita... asal ada ta ...


Iols setuju… rumah duit xseberapa pun bole jadi punca bala. Sampai anak cucu cicit dia ajak membenci kalau pasal harta
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 09:44 PM | Show all posts
x faham.. drp tanah tu terbiar je.. apa salah adik dia tu usaha kan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
TabletSusu replied at 1-2-2023 09:44 PM
x faham.. drp tanah tu terbiar je.. apa salah adik dia tu usaha kan?

Tu lah nama ya dengki.. Dah pemalas nak usaha kan tanah. Bila org usaha kan tanah, dengki pulak bila tgok org tu maju je.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 09:54 PM | Show all posts
felinecat replied at 1-2-2023 01:47 PM
Tu lah nama ya dengki.. Dah pemalas nak usaha kan tanah. Bila org usaha kan tanah, dengki pulak bi ...

tu yg aku x faham apa ada dlm kepala otak abg dia. biar je lah adik tu usahakan tanah tu dah kau tu pemalas kan.. esok2 adik dah dpt hasil, ko boleh numpang sama sikit. buat2 sakit ke.. bolehlah adik kau tu jaga kau yg biawak tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2023 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelapa durian brp lama mau membesar dan berbuah, dgn umur 59 tahun, kalau ada 2x4meter buat tanam2 makan sayur hari2
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 10:31 PM | Show all posts
jadi macam sedara jauh kami

dia hidup pun tengok keluarga berantakan. ada je masalah nak digaduhkan

last2, sebelum dia terlantar sakit, habis semua tanah dia jual, duit semua dia salurkan sedekah sana-sini. tinggal berapa je dalam bank untuk emergency. selebihnya, harap duit pencen masuk bulan-bulan

of course la anak dia bising. tapi lantak kome ler.. dia kata, "Nanti aku mati, pandai2 ler korang.", atuk tu kalau dia berambut, mesti dah flip hair sambil minum kopi O, pastu PAP PAP PAP, dam haji dia makan semua. checkmate
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2023 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku setuju cara atok tu
Baik jual semua lepastu sedekah
Yang pasti amal jariah dia menolong masa kat alam sana
Dari terbiar buat gaduh anak beranak dia jugak tak aman kat kubur
Itulah orang2 kita ni nak kaya cepat senang je jual tanah pusaka. Tak sedar diri semiskin pemalas tapi gaya nak lebih. Last tanah tergadai.
Ko masuk group "peguam kebajikan" kat FB tu. Hari2 ada masalah perbutan hak pusaka. Haishh
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Org kita kalau ada harta peninggalan berbentuk tanah je, semua kena possessed mata juling ke kanan ke kiri tak tentu arah.
Semua nak berebut mcm anjing kurap berebut tulang.
Ikatan adik beradik terlerai mcm tu je, sbb tanah.
Yg si gila ni, umur dah 61 tahun pun tak ingat mampos lagi, siap berparang2. Hamba duit betul
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 11:49 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 1-2-2023 11:54 PM
Adrif replied at 1-2-2023 10:31 PM
jadi macam sedara jauh kami

dia hidup pun tengok keluarga berantakan. ada je masalah nak digaduhkan ...

jenis anak2 atuk ni mgkn jugak depa ada perangai nak makan mewah tp merungut harga mahal

jenis kedekut, tamak nak bergaye tp sengkek
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 02:22 PM | Show all posts
Adrif replied at 1-2-2023 10:31 PM
jadi macam sedara jauh kami

dia hidup pun tengok keluarga berantakan. ada je masalah nak digaduhkan ...

Just like my parents, tanah dijual tapi kami adik beradik lah yang beli.

Masih ada beberapa lot kebun & tanah rumah sekarang yang masih my parents belum jual.  Masing-masing kumpul duit aje tunggu parents bunyi. Ada masanya tanah orang lain yang patah kandar pun my parent bunyi suruh kita orang beli.

Begitulah my parents didik anak-anak cari harta, tak adanya merasa pusaka secara percuma.

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 06:39 PM | Show all posts
NekNgah replied at 2-2-2023 02:22 PM
Just like my parents, tanah dijual tapi kami adik beradik lah yang beli.

Masih ada beberapa lot k ...

yezza. arwah atok dengan bapak aku pun camtu. dia ada banyak tanah, anak2 dia pun ramai. dusun buah macam2, tapi kalau anak nak, kena beli. tanah mana yang diorang tak beli, jadi tanah pusaka. kena share adik-beradik, tak boleh monopoli.
macam bapak aku, dia beli tanah kat atok. then tukar nama geran. settle.
adik-beradik dia, iaitu pakcik-makcik aku, ada yang tak beli tanah, sebab tak cukup duit dulu. sekarang diorang bising, semua tanah atok adalah tanah pusaka. walhal bapak aku dah beli secara legal. cuma takdak hitam putih la masa dulu, arwah atok aku dulu pun mostly tulis jawi jerr.
kami lelaki dalam family tunggang-terbalik-terlentang usahakan tanah terbiar tu, sampai la ada hasil walaupun tak banyak, tanah sekangkang kera ja. sekarang, pakcik-makcik datang serang mintak duit hasil macam jatuh dari langit. jilake bukan? dengan anak-anak, sepupu-sepapat semua termakan hasutan mak bapak, join berjemaah serang family kami, dok meratib bagi duit, bagi duit, korang makan duit haram, duit pusaka. habis orang kampung sekitar tanah tu diorang sebar cerita, bapak aku bolot tanah pusaka. bapak aku dah berbuit mulut bagitau, dia beli kat arwah tok.

tapi tu la, hal tak selesai, berpusing gitu tak sudah
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 07:11 PM | Show all posts
Edited by Lagubestbest at 2-2-2023 07:13 PM
TabletSusu replied at 1-2-2023 09:54 PM
tu yg aku x faham apa ada dlm kepala otak abg dia. biar je lah adik tu usahakan tanah tu dah kau t ...

masalahnya biasa tak gitu. kalau si abang tu tak kacau nanti keluar cerita adik flex duit hasil kelapa tu sesambil kutuk abang pemalas n niat tersembunyi slow2 nak takeover tanah, ujung-ujung end up sama je si abang keluar parang jugak. Orang tak berduit nak share duit sesama diorang? jgn harap.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama la mcm mak aii..tanah pusaka 1relung tu dapat katanya sebab kesian kat ank pmpuan yg lelaki dapat banyak relung tanah habis dijual..mak aii usahakan tanah tu dari tapak bendang p tanam kelapa..ya la tanah pertanian kn xboleh tukar.
Nk pulak tanah kat Penang ni mmg mahai..lagi2 tanah tepi jln..boleh la mak aii kata buat tambah2 duit beli makanan bulus2 kat rumah tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 10:22 AM | Show all posts
Adrif replied at 2-2-2023 06:39 PM
yezza. arwah atok dengan bapak aku pun camtu. dia ada banyak tanah, anak2 dia pun ramai. dusun bua ...

Kalau dah tukar geran, boleh aje tunjuk sebagai bukti.

Semoga Allah permudahkan urusan korang tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2023 12:00 PM | Show all posts
NekNgah replied at 3-2-2023 10:22 AM
Kalau dah tukar geran, boleh aje tunjuk sebagai bukti.

Semoga Allah permudahkan urusan korang tu. ...

itu la. geran semua ada

pakcik makcik semua siap cakap, tunggu bapak kami mati, nanti diorang tuntut tanah, duit semua tu kat kami.
diorang nak faraidkan tanah tu, atas nama tok. supaya tanah tu jatuh kat tangan diorang balik.
tanah bapak kami ni, tak boleh diwariskan kat kami, anak-beranak. padahal tanah tu nama ayah kami, bukan nama arwah tok lagi.

serius kitorang memang dah tawar hati pasal tanah tu. rasa nak letgo je sebab dah bergaduh macam ni
tapi bapak la sayang. dia dari kecik ikut arwah tok usahakan tanah tu. dah besar, dia beli. hasil tanah tu jugak yang bagi kitorang makan berpuluh tahun. diorang berkomplot ramai-ramai, kitorang satu family je. duit pun tak banyak kalau diorang nak bawa ke mahkamah bagai
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
NekNgah replied at 3-2-2023 10:22 AM
Kalau dah tukar geran, boleh aje tunjuk sebagai bukti.

Semoga Allah permudahkan urusan korang tu. ...

Seeloknya macam tulah. Tukar nama geran tu siap-siap masa hidup lagi. Sekarang ni ada pulak yang takut nak tukar nama, sebab taknak adik beradik rasa janggal nak balik kampung. Akibatnya, lepas dah meninggal gaduh adik beradik
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Adik usaha xkn xbg sikit duit kt abg kena la bg tu kn tanah pusaka ntah2 main tanam suka2 ko je bebal pnya org hrta pusaka bt mcm hrta ko plk
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Adrif replied at 3-2-2023 12:00 PM
itu la. geran semua ada

pakcik makcik semua siap cakap, tunggu bapak kami mati, nanti diorang tun ...


Klau nk suruh mereka beli la nnt jwpnya geran tnh dh ada kot mn blh suka2 nk teruk berbenor perangai mak pak sedara awk ye geran dh ada pon bodoh xfhm lg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.062447 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list