Legenda sukan gusti, Kurt Angle mendedahkan menerusi program podcast kendaliannya bahawa Hulk Hogan tidak lagi dapat merasakan pergerakan kakinya, lapor akhbar New York Post semalam.
Bekas juara Olimpik itu berkata, Hogan atau nama sebenarnya adalah Terry Gene Bollea memberitahunya di belakang pentas pada pertunjukan pada minggu lalu bahawa dia telah kehilangan rasa ‘pergerakan’ di bahagian bawah badannya. Angle berkata, bekas ahli gusti terkenal tersebut kini memerlukan tongkat untuk dia berjalan-jalan.
Pendedahan itu mengejutkan dunia gusti selepas Hogan yang berusia 69 tahun membuat penampilan mengejut pada program televisyen gusti popular, RAW XXX di Philadelphia pada minggu lalu. Hogan muncul bersama bekas pengurus, Jimmy Hart, sambil berjalan dengan teruja dan memberi isyarat ke arah orang ramai semasa penampilan dalam program tersebut. Dia bagaimanapun tidak menggunakan tongkat. Bagaimanapun, Angle berkata, dia bercakap dengan Hogan selama setengah jam di belakang pentas tetapi sehingga kini, Hogan masih belum memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu. Sumber: Kosmo |
Carcosa replied at 1-2-2023 11:24 PM
Dulu masa kecik2, meols minat betul dia ni. Dgn Macho Man, dan Ultimate Warrior. Masa tu mcm berbela ...
imanamsyar replied at 2-2-2023 08:01 AM
kannnn...i dulu pun menggilai ultimate warrior..tapi xtau kenapa tetiba dia menghilang dari arena ...
Carcosa replied at 2-2-2023 08:42 AM
Dia mati dah chuolllzzahhh.
Meols teringat masa dia mati tu, kecoh husband meols kasitau. Bahahha. ...
nakkomenjugak replied at 2-2-2023 07:17 AM
i can't feel my legsssss
imanamsyar replied at 2-2-2023 08:49 AM
bukan..masa zaman kegemilangan dia tu..time tu ultimate warrior pegang WWF Championship belt..xlam ...
dani-rox replied at 2-2-2023 08:52 AM
gusti zaman 80an kelakar wehh, dia ni ke atau wrestler sorg lagi ada 'majlis kawen' bagai dlm ring. ...
Carcosa replied at 1-2-2023 11:24 PM
Dulu masa kecik2, meols minat betul dia ni. Dgn Macho Man, dan Ultimate Warrior. Masa tu mcm berbela ...
Jitu replied at 3-2-2023 08:03 PM
tu mendiang 'macho man' randy savage dgn miss elizabeth
gay kekonon kawin pun ada tahun 2002 chuc ...
ADVERTISEMENT