Legenda sukan gusti, Kurt Angle mendedahkan menerusi program podcast kendaliannya bahawa Hulk Hogan tidak lagi dapat merasakan pergerakan kakinya, lapor akhbar New York Post semalam.
Bekas juara Olimpik itu berkata, Hogan atau nama sebenarnya adalah Terry Gene Bollea memberitahunya di belakang pentas pada pertunjukan pada minggu lalu bahawa dia telah kehilangan rasa ‘pergerakan’ di bahagian bawah badannya.
Hogan membuat penampilan mengejut pada program televisyen gusti popular, RAW XXX di Philadelphia pada minggu lalu. - WWE/YouTube
Angle berkata, bekas ahli gusti terkenal tersebut kini memerlukan tongkat untuk dia berjalan-jalan.
Pendedahan itu mengejutkan dunia gusti selepas Hogan yang berusia 69 tahun membuat penampilan mengejut pada program televisyen gusti popular, RAW XXX di Philadelphia pada minggu lalu.
Hogan muncul bersama bekas pengurus, Jimmy Hart, sambil berjalan dengan teruja dan memberi isyarat ke arah orang ramai semasa penampilan dalam program tersebut. Dia bagaimanapun tidak menggunakan tongkat.
Bagaimanapun, Angle berkata, dia bercakap dengan Hogan selama setengah jam di belakang pentas tetapi sehingga kini, Hogan masih belum memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.
Post time 1-2-2023 11:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dulu masa kecik2, meols minat betul dia ni. Dgn Macho Man, dan Ultimate Warrior. Masa tu mcm berbelah bahagi nak sokong Macho Man ke, Hulk Hogan, masa diorang berebut Elizabeth.
Tapi aku dah tua2 ni, tau psl case anak lelaki Hulk Hogan ni jahat, then sekongkol dgn Hulk Hogan sekali, terus aku benci yach. No takziah and semoga cepat sembuh to you, Hulk Hogan! Huh.
kannnn...i dulu pun menggilai ultimate warrior..tapi xtau kenapa tetiba dia menghilang dari arena gusti..dia bersara ke? ke meninggal..rasanya muda lagi dia tu..xkan kencing manis kot..
Post time 2-2-2023 08:42 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Carcosa at 2-2-2023 08:45 AM
imanamsyar replied at 2-2-2023 08:01 AM
kannnn...i dulu pun menggilai ultimate warrior..tapi xtau kenapa tetiba dia menghilang dari arena ...
Dia mati dah chuolllzzahhh.
Meols teringat masa dia mati tu, kecoh husband meols kasitau. Bahahha. Meols pun mcm, kesedihan laaa, acah2 sedara mara nih! Bahahha poyo nya.
Dia mati 2014. Heart attack
bukan..masa zaman kegemilangan dia tu..time tu ultimate warrior pegang WWF Championship belt..xlama tu dia terus xmasuk gelanggang..senyap gitu je..gi mana dia ek...