CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bakar Salinan Al Quran, OIC Tuntut Tindakan Tegas Terhadap Sweden

1-2-2023 07:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 486| Komen: 6

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Selasa menuntut "tindak balas yang tegas" terhadap kejadian membakar salinan al-Quran di Sweden, Belanda dan Denmark baru-baru ini.

Blok Islam itu menyuarakan pendirian bersama terhadap penodaan al-Quran baru-baru ini dalam satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan di Jeddah, Arab Saudi.



SEORANG penunjuk perasaan memegang al-Quran di hadapan Konsulat Jeneral Sweden di Istanbul pada 22 Januari lalu. FOTO AFP

Mereka membincangkan kemungkinan tindakan yang boleh diambil oleh OIC terhadap pelaku serangan Islamofobia itu, lapor Agensi Anadolu.

Setiausaha Agung OIC Hissein Brahim Taha "mengulangi kekecewaannya terhadap tindakan provokasi yang dilakukan oleh aktivis sayap kanan, menekankan bahawa tindakan berkenaan adalah perbuatan jenayah yang dilakukan dengan niat utama menyasarkan umat Islam, menghina agama, nilai suci mereka," menurut kenyataan itu.


Setiausaha Agung itu menambah bahawa tindakan sengaja mencemarkan Al-Quran dan menghina Nabi Muhammad tidak boleh dilihat sebagai insiden kebiasaan Islamofobia.

Tindakan demikian merupakan penghinaan langsung kepada keseluruhan 1.6 bilion penduduk Islam, justeru Taha meminta semua pihak berkepentingan mengambil tindakan tegas, agar provokasi serupa tidak berulang pada masa hadapan.

Minggu lalu, pelampau Denmark-Sweden Rasmus Paludan dan Edwin Wagensveld, ahli politik Belanda dan ketua kumpulan Islamofobia Pegida, secara berasingan bertindak membakar kitab suci Islam di Sweden, Belanda dan Denmark.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 1-2-2023 07:09 PM
IKEA tersenyum sinis
Quote izwan_izi 1-2-2023 08:43 PM
apa susah...cer test bakar pulak bible depan kedutaan sweden atas alasan kebebasan bersuara..?

Quote stingergrumpy 1-2-2023 08:49 PM
kakikuDibibirmu replied at 1-2-2023 07:09 PM
IKEA tersenyum sinis {:mlwa2: ...

Penuh ikea hari ini.....swedish meatballs laris.....
Quote kakikuDibibirmu 1-2-2023 08:53 PM
izwan_izi replied at 1-2-2023 08:43 PM
apa susah...cer test bakar pulak bible depan kedutaan sweden atas alasan kebebasan bersuara..?

LAKUM DINUKUM WALIYA DIN!!!
Quote eyansss 1-2-2023 10:07 PM
izwan_izi: apa susah...cer test bakar pulak bible depan kedutaan sweden atas alasan kebebasan bersuara..?

kalau tak silap ada yang bakar bible jews (torah ke torat kenamanya) n terus meroyan jews community dan ahli2 gomen sana…
Quote Zazama 2-2-2023 12:41 AM
Sila bersedia. Lambat laun kau akan kena jugak.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-11-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.041129 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top