CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemindahan Saat Akhir Doktor Tak Munasabah, MMA Gesa Kerajaan Beri Pampasan

1-2-2023 07:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 645| Komen: 8

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan memberi pampasan kepada doktor yang terjejas akibat pemindahan saat akhir dengan mereka diminta melaporkan diri di negeri lain dalam masa yang singkat.


Presiden MMA Dr Muruga Raj Rajathurai berkata pemindahan pada saat-saat akhir memerlukan pegawai perubatan untuk segera ditempatkan semula dan menyusun keperluan mereka dalam masa singkat, menyebabkan kesulitan yang menjejaskan keupayaan kewangan dan fizikal mereka.


MalaysiaKini

Justeru, MMA berkata kerajaan harus bertanggungjawab terhadap perkara ini dan memberi pampasan secukupnya kepada pegawai yang terlibat.

“Adalah tidak munasabah untuk mengharapkan pegawai perubatan terbabit melaporkan diri untuk bertugas di negeri lain dalam notis yang begitu singkat.

“Pengaturan untuk berpindah ke negeri lain memerlukan notis awal untuk menguruskan komitmen kewangan seperti pembayaran sewa dan bil lain, mengatur perjalanan, mencari tempat tinggal, dan bagi sesetengah orang, juga membuat pengaturan untuk menjaga ahli keluarga.


"Jika mereka ibu bapa, mereka mungkin perlu membawa anak-anak mereka bersama mereka dan mencari pusat jagaan harian atau mendaftarkan mereka di sekolah baru," katanya.

MMA menggesa Kementerian Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memandang serius masalah itu dan menyiasat jabatan yang bertanggungjawab atas kelemahan perancangan.


Sumber: MalaysiaKini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 1-2-2023 07:07 PM
Ehh.. deme kena pindah sebab apa yachh??
Quote shernazz 1-2-2023 08:08 PM
Berapa lama notis singkat tu?
2 minggu ke?
Ye la..kekadsng mak ayah dah deposit tadika anak bagai..daftar sekolaj..
Nak naik turun pejabat pendidikan bukan mudah..huk3...
Quote airmineral 1-2-2023 08:41 PM
kalau short notis ni patut sume org gomen kena berbunyi sbb xkira profesion yg kena lapor diri dlm masa singkat. tp patut boleh minta tangguh kan utk uruskan logistik sume tu?
Quote kitaserupaaa 1-2-2023 08:49 PM
Bukan skim Doc / perubatan je yg selalu dpt last minit notice posting baru negeri lain. Skim2 lain pun ade je dpt last minute notis ni. Atas kepentingan perkhidmatan katanya.. tapi takde la sampai nak minta pampasan. Claim je elaun pindah & elaun2 yg layak ikut formal channel
Quote glump 1-2-2023 09:26 PM
Short notice tu berapa lama..tapi memang pun nk pindah location bukan senang. Nk cr rumah baru ,pindah barang ,anak & pasangan. Nak buat anak ,diri Dan pasangan dapat menyesuaikan tempat baru.. headache juga tau .ada tu nk fikir deposit hilang sebab kena notice keluar tiba2.
Ramai yg terpaksa resign ( terutama wanita)bila anak Tak dpt sesuaikan diri dengan persekitaran baru.
Quote addamnor 1-2-2023 10:00 PM
noks cerita pun tergantung sepi.. short notice mcm mana maksud itu? 48 hour? seminggu? dua minggu? or 24 hours????? cerita sila kasi jelas iya

kalau sebulan itu kau panggil short notice, kau pergi minum todi skarang
Quote addamnor 1-2-2023 10:03 PM
kitaserupaaa replied at 1-2-2023 08:49 PM
Bukan skim Doc / perubatan je yg selalu dpt last minit notice posting baru negeri lain. Skim2 lain p ...

sepanjang weols duk bekerja dengan KKM dahulu tidak pernah dapat short notice kurang dari sebulan.
selalunya nak pindah location kena apply and kalau kita nak tangguh just buat surat tangguh shj, normally sebulan lebih juga
Quote jari10 1-2-2023 10:33 PM
Eh bukan semua penjawat awam pun mmg hadap perkara ni ke terutama pegawai2 kanan? Penjawat awam lain tu takde hadap kesulitan ke?

Pergi je la lapor diri kendian mohon la penangguhan sekian2 tempoh yg dibenarkan..biasany dua minggu kot.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-11-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.037085 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top