Bella Astillah menyindir Sophia AlBarakbah yang tidak kelihatan di sidang media drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah hari ini. Menerusi Instagram, isteri kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz itu turut berkongsi tangkap layar perbualannya dengan aktres berkenaan sebagai bukti dia di pihak yang benar. "Sayalah orang yang paling takut nak cakap benda tak betul," tegasnya. Dia yang berani kerana benar pada mulanya tiada perancangan untuk mengeluarkan sebarang kenyataan, namun berubah fikiran selepas melihat kenyataan dibuat Sophia yang didakwa mengganggu rumah tangganya.
Menerusi perbualan mereka, kelihatan Sophia merayu agar Bella tidak menyampaikan perkara itu kepada orang tuanya kerana bimbang dengan kesihatan bapanya. Tambah Bella, apa yang didedahkannya hanya 10 peratus daripada apa yang berlaku. Menerusi ruang komen, kelihatan ramai menyokong tindakan Bella dan memberi semangat kepadanya agar terus kuat berdepan dengan kemelut rumah tangga sekali lagi. - CARI
|
bulanbulat replied at 1-2-2023 07:07 PM
Mai i tolong u sophia. U kata u kena buatan orang. Orang calit minyak dagu bagi u mamai ke alif seba ...
bulanbulat replied at 1-2-2023 11:07 AM
Mai i tolong u sophia. U kata u kena buatan orang. Orang calit minyak dagu bagi u mamai ke alif seba ...
MissYouSayang replied at 1-2-2023 07:19 PM
Aliputik untung sbb ada bini dungu yg slalu bekap dia. Ko curang la mcm mana pon, mesti wife ko def ...
Pak.dolla replied at 1-2-2023 07:21 PM
Cuba lepas ni pakai tudung...mesti mujarab...netizen akan maafkan...
ADVERTISEMENT