CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Isteri Saya Pun Tak Sebut Nama, Jadi Lebih Baik Biarkan Begitu Saja' - Aliff Aziz

1-2-2023 06:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7164| Komen: 111

"Tanpa perlu menyebut nama, rasanya sudah tahu sebab saya sedang buat satu drama saja. Itu sajalah heroin saya. Rasanya orang pun sudah sedia maklum, isteri saya pun tak sebut nama. Jadi, lebih baik biarkan perkara itu begitu saja."


Itu kata pelakon, Aliff Aziz mengenai pelakon wanita yang didakwa cuba mengganggu rumah tangganya dengan Bella Astillah.

Walaupun tidak menyebut nama, kriteria yang dijelaskan Aliff itu jelas ditujukan buat Sophia AlBarakbah iaitu heroinnya dalam satu-satunya penggambaran drama membabitkan Aliff ketika ini iaitu Ku Akad Kau Dengan Bismillah.


IG

"Saya faham keadaan Bella yang sedang rapuh tetapi kami terbuka untuk berbincang dan menyelesaikan perkara ini dengan lebih matang. Kami duduk bersama, berbincang dengan rasional dan berkomunikasi mengenai isu ini.

"Saya pun tidak akan menafikan apa yang isteri saya sudah dedahkan. Saya kenal Bella, dia tidak akan keluarkan sebarang kenyataan tanpa usul periksa. Dia tak akan melenting kalau tidak betul," katanya ketika ditemui pada sidang media drama, Ku Akad Kau Dengan Bismillah, di sini, hari ini.


Menurut Aliff, dia tidak menafikan isu yang terjadi berpunca atas kekhilafan diri sendiri yang lalai untuk menjaga batas hubungan.

"Tiada siapa jangka kontroversi ini akan menjadi hangat. Saya anggap ini satu teguran daripada Tuhan apabila menjalani penggambaran supaya tidak lalai menjaga batas ikhtilat.

"Lagipun pada awal penggambaran, kami tidak ada sesi bacaan skrip jadi kami seolah terbawa-bawa perasaan ketika berlakon bersama," katanya.

Dalam pada itu, Aliff berharap kontroversi yang berlaku tidak berlarutan demi menghormati isteri selain akur dengan syarat untuk tidak lagi bergandingan dengan Sophia.

Terdahulu, Bella mendedahkan seorang pelakon wanita berkali-kali membuat panggilan telefon dan menghantar pesanan kepada suaminya sehingga mengganggu keharmonian rumah tangga mereka.


IG

Bella bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pelakon itu tetapi netizen mula menyerang akaun Instagram Sophia sehingga memaksa pelakon itu mengehadkan ruangan komen.

Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah bakal menemui penonton di slot Akasia TV3 bermula 6 Februari ini.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote soy_beans 1-2-2023 06:41 PM
Mcm takde hero lain kt malaysia ni. Mudah pulak dekni dpt job ye.
Quote jalfa 1-2-2023 06:51 PM
Sakai perangai ko lip..senang je lepas diri lepas tu sembunyi dalam kain bini
Quote TabletSusu 1-2-2023 06:54 PM
ok lah tu si alip ni dah mengaku salah.

cuma aku x faham si pompuan.. yg ko miss call dia berkali2 dah kenapa? apa yg penting sgt ko kena ckp smp kena call berkali2?
Quote airmineral 1-2-2023 06:56 PM
alip layan ke?
Quote she 1-2-2023 06:58 PM
MO deme laki bini ni sama aje dari dulu

Somi akan rapat2 dengan co star
Pastu bila ada bukti
Si bini akan merentan
Seolah2 semua co star tergila bayang kat somi dia

Pastu bila co star kena serang
Si somi akan acah2 tak tahu apa2
Maka co star akan tanggung sensorang

Gitulah cara deme dua ni nak releven
Quote PuanAbby 1-2-2023 06:58 PM
Mcm mana nak jaga ikhtilat berlakon bercinta mcm ni haa alip. Tenung sampai tembus tengkorak. Pegang2 tu nak jaga mcm mana.. nanti jwb ikut pengarah je
Quote primarikey 1-2-2023 06:59 PM
Lagipun pada awal penggambaran, kami tidak ada sesi bacaan skrip jadi kami seolah terbawa-bawa perasaan ketika berlakon bersama," katanya.

Last2 ko mengaku jgk terbawa2 perasaan kn alip....so bella...laki ko pn sama 2x5 jgk...jgn nk salahkn barkoba sorg...rebus dulu laki ko sblm nk salahkn barkoba
Quote Amelyn22 1-2-2023 07:01 PM
she replied at 1-2-2023 06:58 PM
MO deme laki bini ni sama aje dari dulu

Somi akan rapat2 dengan co star

Kannn. Aish geram la dgn dorang laki bini ni. Sis jadi kesian pula kat Sophia ni jadi mangsa keadaan.
Quote AWEKSAMURAI 1-2-2023 07:01 PM
Kambing hitam....kambing hitam ... Peah d kambing hitam kan hahahaha lpas ni sapa plak nk jd kambing hitam ... Last time dik Pipah n Oktovia dh berjaya d kambing hitam kan hahahaa
Quote AWEKSAMURAI 1-2-2023 07:02 PM
she replied at 1-2-2023 06:58 PM
MO deme laki bini ni sama aje dari dulu

Somi akan rapat2 dengan co star

Yup ...aku nmpak dari kes pipah lg tp masa tu sume tgh suci kn bella
Quote jalfa 1-2-2023 07:04 PM
Benda le setle dia diam.barkoba ngaku salah merayu rayu mintak.maaf...minah senget tu plak lapar perhatian dia nak netizen jugak masuk campur memuki barakbah dgn harapan kerier barakbah hancur..dia laki bini selamat sihat sejahter mendunia dilakangan tolower...ewww
Quote dudaberhias 1-2-2023 07:04 PM
#teampeah

fefeeling kau suci sangat dan orang terkejar sangat.. sama dengan bini rhoper amoi jual sayur atas sampan dekat vietnam tu pun... fefeeling macam laki kau baik sangat...

sama2 perasan kekdahnyaaa..
Quote kawahapi 1-2-2023 07:05 PM
Bella kena ketuk kepala laki sendiri tu dulu. Yakin ya kamu sis yang laki kamu suci tak melayan?
Quote bulanbulat 1-2-2023 07:06 PM
Simpanla toklaki hg bella. Hangla berlakon. Laki jadi househusband
Quote hanna88 1-2-2023 07:18 PM
terbuai jugak kate nye
hurmmm tu lah
jenoh la bella nak pantau laki je..
Quote TerataiMelur02 1-2-2023 07:20 PM
bulanbulat replied at 1-2-2023 07:06 PM
Simpanla toklaki hg bella. Hangla berlakon. Laki jadi househusband

Setuju.
Toksah la alip keje
Quote zie_indah 1-2-2023 08:01 PM
Dah buat budget2 TK salah...kalau sorang ja tak jadi alipp oiii
Quote ohsoyaya 1-2-2023 08:45 PM
Dak bella berharap 1 malaya support dia mcm ps. Nan hado
Quote cm_vungtau 1-2-2023 09:08 PM
Hari tu meroyan laki buat hal, lepas tu baik balik. Ni meroyan balik, jap lagi baik balik. Asal ada artis perempuan aje ko meroyan. Suruh laki ko kerja jadi pak gad ke hapa ajelah. Penerbit drama pun, saman si Bella ni boleh tak?

Lihat semua komen(111)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.172322 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top