CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bomba Hantar Bekalan Air Bagi Urusan Mandi Jenazah

1-2-2023 06:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 577| Komen: 2

Susulan gangguan bekalan air yang berlaku di daerah ini sejak semalam, Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dekat sini membuat perkhidmatan khas kemanusiaan penghantaran air kepada Masjid Taman Rasah Jaya bagi urusan memandikan jenazah.


Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Zamhuri Zainnordin memaklumkan, pihaknya menerima panggilan berkaitan perkara itu pada pukul 9.34 pagi tadi.


ANGGOTA bomba menghantar bantuan bekalan air ke Masjid Taman Rasa Jaya bagi urusan memandikan jenazah selepas beberapa kawasan di daerah Seremban mengalami gangguan bekalan air sejak semalam.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.

“Sejurus menerima panggilan berkaitan khidmat khas tersebut kami menghantar sebuah tangki air yang berjumlah 20,000 liter bagi urusan memandikan jenazah di masjid berkenaan pagi ini.


“Kami telah mengisi lebih 800 liter air di tangki simpanan air bagi kegunaan mandi jenazah. Ini bukan kali pertama kami menerima panggilan seperti ini dan kami bersedia pada bila-bila masa sekiranya diperlukan,” katanya hari ini.

Menurutnya lagi, pihak bomba akan mengikut keperluan dan panggilan bagi perkhidmatan khas kemanusiaan seperti ini.

Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains) dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan akan membuat penutupan sementara bekalan air di sebahagian kawasan Seremban dan Kuala Pilah pada 31 Januari sehingga 2 Februari.

Ia berikutan kerja-kerja penyambungan dan pengalihan paip serta kerja-kerja servis peralatan bervoltan tinggi di Kolam Imbangan Batu 5, Seremban dan Loji Rawatan Air Sungai Terip, Seremban.


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 1-2-2023 06:31 PM
images_copy_1024x1019.jpg
Quote shark0175 15-9-2023 09:56 AM
This decision to provide water for funeral bathing during the water supply disruption was absolutely necessary to honor build now gg cultural and religious traditions respectfully.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-11-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.087255 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top