CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakar Syor Konsep 'Blue Lane' Di Jalan Utama, Asing Laluan Kereta & Motosikal

1-2-2023 06:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 709| Komen: 7

Pakar keselamatan jalan raya mengesyorkan laluan khas untuk penunggang motosikal dibina di jalan-jalan utama di negara ini dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan dan kematian dalam kalangan penunggang motosikal.


Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Law Teik Hua berkata, laluan khas dipanggil ‘blue lane’ itu terbukti berkesan mengatasi kadar kemalangan dalam kalangan penunggang motosikal di Sao Paulo, Brazil.

“Konsep laluan khas atau blue lane untuk mengasingkan motosikal dengan kenderaan lain di atas jalan raya kerana percampuran motosikal dan kenderaan lain di atas jalan raya antara punca kemalangan.


Jumlah motosikal yang semakin banyak atas jalan raya selain sikap segelintir penungggang yang menunggang secara melulu mengakibatkan kemalangan melibatkan kenderaan itu semakin meningkat setiap hari. – Gambar hiasan


“Pendekatan ini hanya melibatkan pengurusan ruang dan tidak melibatkan kos yang tinggi seperti di Lebuh Raya Persekutuan yang bersifat eksklusif. Laluan khas itu tidak boleh digunakan oleh kenderaan lain dan motosikal hanya dibenarkan menggunakan laluan itu.

“Ia telah dilaksanakan di Brazil dan berjaya mengurangkan kadar kematian. Memandangkan ia memberi hasil yang baik maka kita harus pertimbangkan dan kaji,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Semalam Kosmo! melaporkan ramai penunggang motosikal maut atas jalan raya kerana sikap penunggang yang melanggar lampu merah, mencelah-celah, tunggang secara melulu dan cuai.

Teik Hua berkata, blue lane berbeza dengan laluan khas motosikal bersifat inklusif di negara ini yang dibina di laluan kecemasan berbanding blue lane yang mengambil sedikit ruang laluan sebenar untuk digunakan khusus oleh penunggang motosikal.

Jelas beliau, kewujudan blue lane tidak akan menyebabkan kesesakan pada kenderaan lain kerana laluan yang diguna pakai masih memiliki ruang untuk dilalui oleh kenderaan lain seperti yang dilaksanakan di Sao Paulo.

Menurut beliau, langkah itu signifikan kerana ‘fenomena hantu’ iaitu motosikal tiba-tiba muncul tanpa disedari oleh pemandu kenderaan lain.

“Keadaan itu berlaku disebabkan saiznya yang kecil di atas jalan raya, manakala pemandu kenderaan lain hanya fokus pada objek yang besar,” jelasnya.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 1-2-2023 06:44 PM
Bahahhahahaha aku tertawa.
Dkt susur Federal Highway tu, bukan ke dah ada laluan khas moto? Ada diorang ikut?? Alasan :kena rompak, or jalan gelap,bahaya.
Jgn nak salahkan driver kereta je. Sikap motorcyclists negara kita cemana??
Quote Thunderclouds 1-2-2023 07:24 PM
Kalo bangsa ada sivik mmg voley ler implement.
Lane biru kt umah lama aku dulu utk beskal, haram beskal xvoley lalu.
Keta moto pakat taram dok lalu smacam.
Quote kakikuDibibirmu 1-2-2023 07:28 PM
Akak cuma amalkan konsep Blueboy jah, aman-aman adja konsepnya
Quote botol_tritan 1-2-2023 07:47 PM
Carcosa replied at 1-2-2023 06:44 PM
Bahahhahahaha aku tertawa.
Dkt susur Federal Highway tu, bukan ke dah ada laluan khas moto? Ada dior ...

Paling btl.. kat federal highway tu, i dah puas menyumpah dalam kereta. Susah btl nak tukar lane, lagi2 time jem. Lane sebelah dah clear, tetiba ada moto pulak. Siap honk2 n buat muka x puas hati kalau org x perasan dia tu. Dah tentu2 ada lane motor kat federal highway tu. Tetappp juga nak ikut jalan kereta.

Kalau malam, faham la lagi. Ni masalahnya, pukul 4-5 petang, time jem org balik kerja kat federal tu. Alasan takut kena rompak langsung x valid, since lane motor time tu punya la ramai org. Eh, geram btl bila fikir.
Quote Piramida 1-2-2023 08:08 PM
Baru nak puji bagus... Tp iyalah mentaliti rakyat masih ramai yg bengap.
Quote ninja boy 1-2-2023 08:37 PM
Motor sini 80% langgar lampu merah,  ramai melawan arus,
Quote Kitty_catz 1-2-2023 09:21 PM
ldp takkde lane muto.. pepagi kena bagi set2 mutojalanbapakdemepunya lalu.. kalo tak siap toleh and jeling2

aku ram sekali makan tayar 20 inci baru ada akai!

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.220300 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top