Seorang lelaki berdepan nasib malang apabila barangan berharga miliknya yang ditinggalkan di dalam kereta dilarikan oleh pencuri. Menerusi perkongsian di Facebook, Arvin Tharan berkata ia berlaku selepas dia berkunjung ke sebuah restoran di SS14, Subang Jaya pada Jumaat malam.
Selepas keluar dari restoran, dia mendapati tingkap keretanya diceroboh sebelum menyedari peranti berharga seperti Macbook Pro, iPad dan jam pintar dalam beg miliknya juga hilang. Menurut Arvin, dia cuba mencari kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan itu namun malangnya, tiada satu pun yang dihalakan ke arah keretanya. Tanpa melengahkan masa, Arvin terus mengaktifkan fungsi 'Find My Device' untuk menjejaki kesemua peranti miliknya yang telah dilarikan. Tambahnya, kesemua peranti Apple itu dikesan berada di kawasan Sri Petaling sebelum dia bergegas ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan.
"Memandu ke balai berhampiran dan membuat laporan serta meminta bantuan segera kerana saya masih berupaya menjejaki kedudukan peranti itu. "Ketika tiba ke lokasi, polis nasihatkan saya untuk cari pelaku kerana mereka mungkin dapat melihat polis. Saya berpura-pura beli makanan. Kemudian saya bergerak ke arah yang ditunjukkan aplikasi. "Akhirnya saya jumpa lelaki yang memakai jam saya. Untuk memastikannya, saya pergi lebih rapat dekat tempat mereka duduk sambil berpura-pura sedang pesan makanan. "Selepas sah itu barang saya, saya terus keluar dan panggil polis," imbas Arvin. Dalam satu posting video, kelihatan pelaku sedang duduk berbual dengan rakannya dalam sebuah kopitiam sebelum dia diberkas oleh polis. Tambah Arvin dalam posting di Facebook, pelaku yang didakwa mempunyai 16 rekod jenayah lampau berjaya diberkas dalam masa sejam. -CARI Sumber: mStar Online
|
plywood replied at 1-2-2023 02:32 PM
VespaSilbe replied at 1-2-2023 03:25 PM
Cepat ye.. anak somebody ni
ADVERTISEMENT