CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Menyanyi Menari Di Crosswalk Lampu Isyarat Bersama Diva AA, Meer Nash Dituduh Tiru James Cordan

1-2-2023 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1795| Komen: 7

Meer Nash, 27, menafikan dia meniru idea artis antarabangsa, James Corden apabila membuat persembahan di ‘crosswalk’ lampu isyarat di Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) untuk memperkenalkan single terbarunya, Kajima.


Sebaliknya, Meer Nash atau nama sebenarnya, Muhamad Shahmeer Mohd. Nashrul berkata, dia hanya mengambil sedikit inspirasi daripada persembahan James tersebut bagi menyuntik kelainan untuk memperkenalkan lagu tersebut.

Foto: IG

“Bagi saya, tidak salah jika kita jadikan konsep persembahan artis lain sebagai inspirasi. Ia tidak bermaksud meniru. Tidak dinafikan, konsep persembahan Kajima itu diinspirasikan daripada James.

“Saya cuba mempelbagaikan idea dari segi mempromosikan lagu, selain menunjukkan kepada industri banyak lagi cara boleh dibuat untuk membuat khalayak sedar kemunculan sesuatu produk seni.

“Saya tampilkan idea di luar kotak dengan membuat persembahan di ‘crosswalk’ lampu isyarat. Secara tidak langsung, saya dapat menghiburkan mereka yang sedang menunggu lampu hijau. Bagi saya, idea ini sesuatu yang segar kerana belum pernah dibuat penyanyi tempatan lain,” katanya.




Meer Nash berkata, dia juga tidak menyangka persembahan yang dilakukan bersama personaliti terkenal, Azwan Ali itu tular di media sosial.

“Saya buat persembahan Kajima ‘crosswalk’ sebagai satu bentuk promosi lagu, pada masa sama mengharapkan ia akan tular. Disebabkan itu, pasukan memilih Azwan Ali dan tidak sangka, usaha kami itu betul-betul menjadi.

“Persembahan ini tidak lama kerana saya hanya menyanyi bahagian korus disebabkan ia lebih ‘catchy’. Biar ia mudah menangkap hati pendengar,” katanya.

Mengenai lagu Kajima, Meer Nash berkata, ia ditujukan kepada bekas kekasihnya yangpernah membuatkan dia susah untuk ‘move on’ selama dua tahun.


“Ini lagu ‘paling gelap’ yang saya tulis dan rakamkan setakat ini. Untuk lagu ini, saya tampilkan sedikit elemen daripada filem seram Indonesia, KKN Di Desa Penari, rap dan puisi kanak-kanak.

“Turut diketengahkan elemen tarian Korea seolah-olah saya melepaskan kemarahan. Apabila lagu ini siap ditulis, ia bermaksud saya sudah berjaya ‘move on’,” katanya.

Sementara itu, untuk video muzik (MV) lagu tersebut yang disiarkan menerusi saluran YouTube Universal Music Malaysia, Meer Nash berkata, dia memainkan beberapa watak untuk menggambarkan jalan cerita yang telah disusun.



“Saya muncul dengan beberapa watak yang memerlukan saya menukar lima persalinan dan penggambaran mengambil masa 18 jam. Saya juga berdepan kecederaan, tetapi penggambaran tetap diteruskan.

“Produksi ini mempunyai set dan ‘mood’ yang berbeza. Bahagian yang paling saya suka dalam MV ini adalah ketika babak bomoh yang menggambarkan simbolik pergerakan saya seperti dikawal,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote takkizawa 1-2-2023 01:10 PM
Ex uolls yg jadi inspirasi lgu tu cik ki ke jejantz? Sbb aura rogayah kuat sgt.
Quote Sazreena 1-2-2023 01:23 PM
Kajima ka bugimaaa..jadaaah...
Quote shernazz 1-2-2023 01:47 PM
Iols suka yang bts tu
Siap dgn retis2 bawak props skali
Quote Burong_Hantuk 1-2-2023 02:00 PM
si diba aa mcm dah terdesak ..main sapu apa2 job yg ada
Quote rosedemon 2-2-2023 08:31 AM
sangkaknyaa. puih
Quote laksmanabentan 2-2-2023 09:38 AM
takkizawa replied at 1-2-2023 01:10 PM
Ex uolls yg jadi inspirasi lgu tu cik ki ke jejantz? Sbb aura rogayah kuat sgt.

hahahahhahahaa.......... tak baik tau uoollsssss....
Quote lasagna 2-2-2023 09:54 AM
alaaa kaka tak kenal dgn ko laa dik..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.055514 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top