Pencipta video kelahiran Singapura, Donjany mencuri perhatian netizen apabila berjaya membuatkan penyanyi Datuk M Nasir untuk bercakap lebih banyak. Menerusi ciapan Twitter @harith_zazman, dia memberitahu M Nasir merupakan penyanyi yang dikenali dengan menjawab soalan dengan sangat ringkas dan pendek.
“Ramai broadcast journalist yang cakap paling susah nak interview Datuk M Nasir sebab dia reply sikit, tapi brother ni buat dia cakap banyak best dengar maybe kena soalan dengan jiwa beliau,” ujarnya. Di dalam video tersebut, M Nasir menceritakan tentang maksud lagunya dan latar belakang keluarganya. Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyangka bahawa M Nasir mahukan topik perbincangan yang lebih berilmiah.
“M Nasir ni lebih kepada sufi, kalau sembang dia pasal-pasal makrifat memang masuklah. Lagu-lagu dia semua menusuk kalbu, yang faham tu fahamlah. “Mungkin Datuk M Nasir ni hanya layan broadcast journalist ada isi. Dan Donjany orangnya yang ada isi padu,” komen netizen. -CARI Sumber: XTRA
|
Sazreena replied at 1-2-2023 02:05 PM
Soklan budak ni pun menangkap. Bak kata hero mersal masa scene interview...jawapan yang baik adalah ...
Sazreena replied at 1-2-2023 02:05 PM
Soklan budak ni pun menangkap. Bak kata hero mersal masa scene interview...jawapan yang baik adalah ...
stingergrumpy replied at 1-2-2023 02:29 PM
Promo utk konsert mendatang this july dispore kheunz?
Besa ler bukak mulutnya...bersebab
Nham22 replied at 1-2-2023 11:31 AM
Betol la.. M nasir ni kalau tgk interview die.. Jawapan die pendek2x ja... Tak meleret2x...
Sampai n ...
hotmak replied at 1-2-2023 02:37 PM
thank you share, takde panjang sangat pun dia jawab, ramai kata dia jenis tak ckp byk kan, tapi bi ...
Sazreena replied at 1-2-2023 02:58 PM
Hak ah..tapi dia ni mmg genius pun kalau buat lagu..geng Loloq opkoz la. At least dia bukak mulut ...
beta_carotene replied at 1-2-2023 03:11 PM
cuba korg bayangkan janna nick interbiu m nasir..
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
26-4-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.049190 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.