CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pertikai Kos Pembinaan Stadium Shah Alam- TMJ Dituduh Cemburu "Saya Hanya Musykil, Tak Suka Rakyat Diperbodohkan"

1-2-2023 10:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1205| Komen: 14

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberitahu beliau langsung tidak cemburu ketika mempertikaikan kos pembinaan Stadium Shah Alam baru-baru ini.

Sebaliknya, pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam satu hantaran di Instagram Story memberitahu niatnya untuk memastikan rakyat tidak diperbodohkan dengan kos yang dianggap tidak logik.


Dalam hantaran itu, beliau turut membandingkan kos pembinaan Stadium Shah Alam dengan Singapore Sport Hub yang keluasan lebih kecil daripada venue bakal dibina kelak.


Foto: IG

Berdasarkan hantaran dikongsikan TMJ, kos pembinaan Singapore Sport Hub menelan belanja, SGD1.3 billion (RM4.2 billion), SGD68 juta (RM219 juta) bagi kos penyelenggaraan setahun dan dianggarkan sekitar SGD2.3 billion (RM7.4 billion) untuk kerajaan Singapura menamatkan perkongsian awam swasta (PPP) pada ogos 2022.

"Kalau Singapore Sports Hub pun pembinaan dan maintenance setinggi itu, bagaimana stadium mempunyai teknologi yang lebih canggih lagi murah.


"Ini adalah kos Singapore Sport Hub untuk saiz 35 hektar bayangkan kos untuk projek bersaiz 76 hektar.

"Kalau SNBJ (Stadium Nasional Bukit Jalil) terkial-kial nak maintain (selenggara), apatah lagi kerajaan negeri.

"Dengan nama ALLAH SWT, saya tak cemburu. Saya hanya musykil dan juga tak suka rakyat diperbodohkan,"tulisnya.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan sebanyak RM787 juta diperuntukkan untuk membina stadium baharu menggantikan Stadium Shah Alam.

Konsep Stadium baharu Shah Alam itu diperkenalkan kepada umum yang dijangka mampu menampung kapasiti 35,000 hingga 45,000 tempat duduk dalam sesuatu masa.

Stadium itu yang dijangka siap pada 2026 dilengkapi papan skor elektronik, ruang legar mesra orang kelainan upaya (OKU), ruang korporat dan bilik persalinan.

Selain itu, stadium itu dilengkapi kawalan kelembapan dalaman, 'ETFE ceramic coating' dan sistem penyejukan tempat duduk selain mempunyai teknologi 'retractable pitch' iaitu bertukar daripada mod sukan kepada acara dalaman. -CARI

Sumber

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 1-2-2023 12:06 PM
Biarla.
Pandai2 la kerajaan negeri manage.
Quote wirazam 1-2-2023 12:14 PM
Mohon masuk bertanding next prn or Pru..
Nak tgk apa yg tun M ulas nanti
Quote Burong_Hantuk 1-2-2023 12:17 PM
meluat aku
Quote Sazreena 1-2-2023 02:45 PM
Jaga je la negeri bangsa ko tu...masa ko bina SSI tu pada ko dah terpaling grand la...relakkksss...sekali Selangor up, haaa terus bunyi. Selangor kaya so pepandai la those appointed manage. Kalau ada ketirisan atau unsur rasuah ke, mesti akan bukak kes. Chillaa..Selangor bukan seksek kito.
Quote rosedemon 2-2-2023 08:16 AM
diamlah ko menyebok je
Quote kasibiman 2-2-2023 09:16 AM
Ha jawab la.

It's all numbers.

Apa kau nak buat stadium gah bakal roboh Dan bocor merata mcm skandal makmal kompiter sekolah satu masa dulu?
Quote sarahmirza 2-2-2023 09:21 AM
Kawan I qs consultant pernah cakap kalau tender projek gomen sebutharga mesti lebih tinggi berbanding sebutharga tender swasta...

Kawan i cakap la... Skrg dia dah resign qs buat takaful insurance pulak. Tenang hati, dia kata juga..
Quote mdhelmi 2-2-2023 12:20 PM
bagi aku kalau tak tau baik senyap je
melainkan memang dia pun terlibat sama buat costing semua tu
ntahla
Quote bulalof 2-2-2023 12:24 PM
kalau ada baiknya kenyataan beliau, kita sokong je.

yg penting ketelusan dlm projek2 besar ni memang menarik utk diketahui.
Quote pekanwoohoo 2-2-2023 12:28 PM
Dia macam kawan kau dekat sekolah lah. Ada budak gemuk mak bapak banyak duit, manja, boleh belikan macam-macam. Tiba-tiba ada budak bawak mainan lagi gempak dari budak gemuk tadi, budak gemuk tu jadi marah-marah lah pasal ada budak lagi lebih dari dia. Mulalah gunakan pengaruh yang ada untuk memburukkan member tadi.

Quote kucingitam 2-2-2023 12:45 PM
sayang je stadium tu tak dijaga dengan baik sebelum ni.. kalau properly maintained tak perlu roboh buat baru...
Quote stingerpressor 2-2-2023 01:06 PM
sarahmirza replied at 2-2-2023 09:21 AM
Kawan I qs consultant pernah cakap kalau tender projek gomen sebutharga mesti lebih tinggi berbandin ...

No wonder dia dah resign....

Sebar fake news....

Yg ko jadi tongong....telan bulat2...kendian muntahkhen bulat bulat....

Kawan ko ,adik ko, koliq ko....never ko.....aku perhatikheun...

Quote stingerpressor 2-2-2023 01:09 PM
wirazam replied at 1-2-2023 12:14 PM
Mohon masuk bertanding next prn or Pru..
Nak tgk apa yg tun M ulas nanti

Pegang top post FAM tak sampai dua tahun ...dah white flag....

Tak payah ler aniaya rakyat dgn bertanding.....
Quote stingerpressor 2-2-2023 01:14 PM
akies replied at 1-2-2023 12:06 PM
Biarla.
Pandai2 la kerajaan negeri manage.

Exactly....kalau musykil, dia tahu saluran yg betul utk disalurkheun kemusyilannya dan dgn dia sendiri akan stature standingnya tidak akan ada masalah mendapatkheun clarification dari pihak yg berkait...

Tapi as usual...nak nampak hero sedangkheun lebih menyemarakkheun api bertelagahan....

Itewwler pentingnya english education....kata anak jiran aku...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.057236 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top