Seorang ibu tergamak mencekik tiga orang anaknya sehingga mati, dipercayai berada di fasa meroyan atau Postpartum Depression. Wanita itu kemudiannya cuba membunuh diri dengan melompat dari tingkap tingkat kedua rumahnya di Duxbury, Massachusetts.
CBS News melaporkan, Lindsay Clancy mencekik ketiga-tiga anaknya iaitu Cora berusia 5 tahun, Dawson, 3 tahun dan Callan, 7 bulan dalam satu kejadian pada 24 Januari lepas. Suaminya, Patrick Clancy ketika itu keluar rumah selama 25 minit untuk mengambil tempahan makanan namun sebaik pulang ke rumah, dia melihat isterinya sudah terbaring di halaman rumah. Patrick menghubungi talian kecemasan dan bergegas masuk ke dalam rumah untuk melihat keadaan anak-anaknya namun kesemua mereka tak sedarkan diri. Cora dan Dawson yang dilihat mengalami kesan trauma akibat dicekik telah dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia.
Anak bongsu, Callan yang mengalami kecederaan parah turut menerima rawatan namun disahkan meninggal dunia beberapa hari kemudian. Difahamkan, suspek kini sedang mendapatkan rawatan di hospital. Susulan kejadian, suspek telah menerima kecaman hebat daripada netizen namun Patrick akui sudah memaafkan isterinya. Dalam masa yang sama, dia turut mengajak orang ramai memaafkan dan berhenti mengecam isterinya. -CARI
|
darkness replied at 1-2-2023 11:08 AM
Pesakit mental ni..tapi org malaysia ni tak boleh terima adanya pesakit mental. Dikatanya mengada
pekanwoohoo replied at 1-2-2023 11:54 AM
Sial punya perempuan, habis semua anak kena bunuh. Kau nak meroyan sakit jiwa ke apa ke, kau punya p ...
pekanwoohoo replied at 1-2-2023 03:54 AM
Sial punya perempuan, habis semua anak kena bunuh. Kau nak meroyan sakit jiwa ke apa ke, kau punya p ...
dua_chzy replied at 1-2-2023 01:50 PM
Dah sah2 anak2 tu antara punca dia stress sampai meroyan sis.
dua_chzy replied at 1-2-2023 01:50 PM
Dah sah2 anak2 tu antara punca dia stress sampai meroyan sis.
shernazz replied at 1-2-2023 12:00 PM
Kekadang benda ni tak disedari uols...iols dolu pung igt kita sedar benda kita buat..
Tp bila.jadi ...
vespa_oren replied at 1-2-2023 05:59 AM
hari tu masa org rumah aku pantang, dia meroyan nanges2 nk balik jumpa mak dia, nasib dia x hempas ...
stingergrumpy replied at 1-2-2023 02:15 PM
Yg laki ko bangun malam teriak...."safiah, pleaase i want you...isteri abg biorler dia meroyan...k ...
makadek replied at 1-2-2023 07:49 PM
Barua porem sejenis zakar mancut bersepah
Tak habis2 fitenah...makbapak ko kongkek dptkn ko kt pot ...
ADVERTISEMENT