Baru empat hari ditayangkan di pawagam, filem Eva Take Me As I Am didakwa sudah pun dibatalkan tayangan dikebanyakan panggung wayang seluruh Malaysia sejak 30 Januari 2023. Pelakon filem berkenaan, Shamsul Danish, 16, meluahkan rasa kesal dengan tindakan tersebut kerana menyifatkan tempoh empat hari adalah terlalu singkat.
"Kami sangat terkilan selepas empat hari filem Eva ditayangkan, kami dimaklumkan pihak panggung akan membatalkan tayangan di kebanyakan panggung di seluruh Malaysia. "Apa yang kami dapat buat dalam empat hari tayangan? Orang ramai baru mula nak pergi tengok dah kena tarik balik tayangan," katanya. Dalam pada itu, Shamsul juga meluahkan rasa kecewa kerana filem tersebut tidak ditayangkan di kawasan berpotensi seperti di Seremban dan di sebuah panggung di Bandar Sunway, Petaling Jaya. Kata Shamsul, peminat sudah mula memberikan respons positif dan para pelakon juga sedang giat mempromosikan filem tersebut namun hasil karya mereka seperti tidak dihargai.
"Penonton baharu sahaja mula memberikan respon bagi filem ini dan kami juga giat jalankan promosi membawa naskhah Eva untuk mendidik melalui hiburan. "Itu belum isu panggung tak nak beri kami lokasi yang ramai penonton berpotensi. Kami tak minta banyak, bagi masa utk Eva ini ditonton," ujarnya. Sementara itu, Shamsul juga memberitahu dia sudah membuat aduan kepada Setiausaha Sulit Menteri Komunikasi dan Digital untuk tindakan selanjutnya. Pendatang baharu ini turut mengharapkan filem yang mengangkat tentang gangguan kesihatan mental itu dapat memberi peluang kepada penonton memahami isu tersebut. "Saya telah emel juga isu ini kepada setiausaha sulit Menteri Komunikasi dan Digital dan harapnya ada jawapan dan tindakan yang dibuat. Tolong beri kami masa. "Saya juga berharap dengan watak Miqal ini dapat membuka mata masyarakat daripada perspektif seorang anak yang mempunyai seorang ibu yang mengalami gangguan kesihatan mental. "Semoga mesej ini sampai kepada masyarakat dan secara tidak langsung memberi semangat kepada mereka yang mengalami masalah ini dalam kehidupan," katanya. Untuk info, Eva merupakan sebuah filem arahan Suhaiza Aziz yang sudah ditayangkan di pawagam bermula 26 Januari 2023. Selain Shamsul, filem Eva turut dibintangi barisan pelakon popular termasuk Nadia Brian, Nadia Aqilah, Hasnul Rahmat, Jay Iswazir dan Mustaqim Bahadon. -CARI Sumber: mStar Online
|
dudaberhias replied at 1-2-2023 09:47 AM
tengok trailer pun macam tak menarik... entah tiba2 ada scene penyeksaan dan kerat mengerat... tease ...
lolita737 replied at 1-2-2023 12:19 PM
tak silap filem ni yang ada claim menang award di cannes..tapi bila aliff ahmad scrut tengok2 macam ...
pocongkiutss replied at 1-2-2023 02:14 PM
Lorrr .ye ke
lolita737 replied at 1-2-2023 04:19 AM
tak silap filem ni yang ada claim menang award di cannes..tapi bila aliff ahmad scrut tengok2 macam ...
cycra replied at 1-2-2023 02:32 PM
kan,,iols pun baca yg Aliff Ahmad scrut tu..ada kaitan sebab ni ka?
virgocircus replied at 1-2-2023 01:34 PM
Xpernah kuar iklan kat mana2 pun. Suam2 kuku je promo filem. Camner nak laku?
ADVERTISEMENT