CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berang Diajak Balik Rumah, Isteri Gigit Lidah Suami Sampai Putus

1-2-2023 09:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 912| Komen: 3

Gara-gara berang selepas dipujuk untuk pulang ke rumah, seorang isteri tergamak menggigit lidah suaminya sehingga lelaki itu terpaksa dikejarkan ke hospital.

Menurut laporan, wanita bernama Salma bersama anak-anaknya telah tinggal di rumah ibunya di kawasan Lucknow, India, sejak beberapa lama.


Justeru suami Salma yang dikenali sebagai Munna, pergi ke rumah ibu mentuanya untuk menjemput isterinya itu pulang.


Gambar Hiasan

Bagaimanapun wanita tersebut enggan menurut kemahuan suaminya, menyebabkan pertengkaran tercetus antara pasangan tersebut.

Ketika berlakunya pertengkaran hebat itu, Salma bertindak menggigit lidah suaminya dengan kuat sehingga ia putus dan jatuh ke tanah.

Munna yang rebah akibat serangan tersebut segera dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut, manakala Salma ditahan polis.

Menurut pihak polis, pasangan berkenaan kerap bertengkar sejak beberapa tahun lalu. -CARI


Sumber: mStar/ India.com

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 1-2-2023 02:46 PM
Kalau kerat bawah, leh geng ngan Lorena Bobbit.
Quote kakikuDibibirmu 1-2-2023 02:49 PM
Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang Ayer Keroh, ambil Taman Mini Malaysia lepas tu pergi singgah Taman Buaya
Quote rosedemon 2-2-2023 08:13 AM
kahkah. gila wei. kuat cmane tu smpi boleh putus. gilaa

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.267989 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top