CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ustaz Abdullah Khairi Kena Banned Forum Perdana - "Dulu Zaman BN Digam, Kerajaan Madani Pun Sama"

1-2-2023 09:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4774| Komen: 57

Penceramah bebas, Abdullah Khairi Harun mendakwa dihalang dari menyertai program Forum Perdana Ehwal Islam yang akan berlangsung di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Rabu, 1 Februari.

Maklumat tersebut dikongsikan oleh ustaz Abdullah Khairi (UAK) melalui hantaran di Instagram pada awal pagi Selasa namun kini ia sudah dipadam.

"Dua program dah kena gam! Haaaa takut pada bayang-bayang. Dua bulan aku di Makkah.

"Masjid Kampung Baru Kuala Lumpur (KL) dan Masjid Al Najihin KL- bye bye (selamat tinggal)!" tulis Abdullah Khairi dalam hantaran tersebut.


Foto: mStar

Disertakan bersama hantaran itu adalah poster program ceramah terbabit memaparkan tanda ‘X’ pada wajah Abdullah Khairi yang ditafsirkan bahawa dia sudah 'digam' daripada bersuara.

Turut dijemput dalam program itu adalah pendakwah bebas terkemuka seperti Haslin Baharin atau lebih senang disapa sebagai Ustaz Bollywood dan Datuk Mohd Izhar Arif Kashim serta Zakaria Othman sebagai moderator.


Terkini Abdullah Khairi membuat hantaran baharu di Instagram miliknya memberikan penjelasan ringkas mengenai situasi itu dan mendakwa dia 'digam' kerana terpalit unsur politik.

"Haaaaa! Dah viral dah! Bercakap atas tajuk, sekali takut dah. Aku bukan ahli politik atau ahli jawatankuasa (AJK) mana-mana parti! Pilihanraya baru ni aku dua bulan di Makkah.

"Sama saja sapa yang naik pun, dulu zaman Barisan Nasional kena 'gam,' ni Kerajaan Madani lebih kurang juga. Ada yang panas punggung tengok muka aku. Sekarang banyak media sosial la, orang dah tak tengok televisyen.

"Kalau nak batal pun habaq (beritahu) la awal, banyak masjid lain aku boleh pi (pergi). Kedah ada! Terengganu ada! Kelantan lagi ada," tulis Abdullah Khairi di ruangan kapsyen hantarannya.

Abdullah Khairi cuba dihubungi pihak mStar namun masih belum memberikan sebarang maklum balas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan sokongan kepda Abdullah Khairi dan berkata mereka akan mengikuti dakwah Abdullah Khairi melalui platform media sosial.

"Disekat di televisyen je pun ustaz, kami sekeluarga pun dah lama tak tengok televisyen. Banyak sumber lain lagi ustaz boleh bagi kami tengok, don't worry ustaz.

"Semakin mereka nak cuba sekat, semakin membara lagi ceramah-ceramah agama ustaz.

"Mari sini datang Kelantan, kami akan sambut dengan meriah," kata sebilangan warga maya.

Sebelum ini seorang lagi penceramah popular, Ridhuan Tee Abdullah dibatalkan kemunculannya dalam Forum Perdana Ehwal Islam bagi siaran RTM pada Disember tahun lalu.

Ridhuan Tee Abdullah berkata beliau hanya dimaklumkan oleh pihak RTM berhubung pembatalan itu kira-kira dua hari sebelum siaran berlangsung tanpa menyatakan alasan mereka berbuat demikian. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote totokreturn. 1-2-2023 09:07 AM
kerajaan madani adalah kerajaan suci
Quote Simunggu 1-2-2023 09:12 AM
dia ini cakap tak ada tapis...semua lepas...kurang bijak rasanya...
Quote star_karat 1-2-2023 09:19 AM
Ustaz ni kan klu dengar dia cakap handphone kena bagi slow sikit kan?
Quote jejaka_hensem 1-2-2023 09:27 AM
Ni ustaz mana pulak?
Baru pergi haji,umrah,berketayap putih,belajar sikit pasal agama terus digelar ustaz
Quote pekanwoohoo 1-2-2023 09:35 AM
Butoh lah. Ustaz mende gini. Cakap terpekik-pekik, macam orang hisap gam punya sembang. Asal cakap pasal agama pakai kopiah, terus jadi ustaz.
Quote KamikuP 1-2-2023 09:39 AM
Dia ni dulu org gelar Ustaz Laptop mmg lantang dan keras bila berceramah tak selembut Ustaz kazim pojaan hatiku bila berceramah.. ko mampooo?
Quote VespaSilbe 1-2-2023 09:49 AM
Ustaz ni suka karaoke.. bukak kedai makan memekik sampai sakit telinga.. tobat dah tak p situ
Org nak berniaga deme pun nak berniaga
Makanan below par
Quote mayaHD 1-2-2023 09:52 AM
dia ni kalau call takyah pakai loud speaker, dengar setaman, aku sokong je kena banned ceramah tak best lansung harap jerkah jerkah je kuat

semak kepala sungguh kalau penceramah dapat jenis ckp jerkah2
Quote OsHiN_hOnEy 1-2-2023 09:53 AM
Simunggu replied at 1-2-2023 09:12 AM
dia ini cakap tak ada tapis...semua lepas...kurang bijak rasanya...

bab cerita tentang mak ayah dia
dia lar anak terpaling suci dan mithali
sampai nangis keluar hingus kalo bercerita
dia tu dibayar utk ceramah
bkn syok sendiri suka penuhkan slot dgn gelak ketawa terbahak2
cerita tentang betapa murninya dia
in the end slot ceramah tu nanti jual product harga yahudi
mmg harus digam
Quote opie5662 1-2-2023 10:06 AM
Bagus la... Berdakwah takyah la terpekik terlolong.... Nk dgr ceramah pon tak selera... Mcm xleh bg ceramah elok2...
Quote drivethru 1-2-2023 11:10 AM
Dia dia cakap merapu.
Quote Rdizz 1-2-2023 11:12 AM
Ustaz jenis ckp menjerit bila berceramah, suara kuat mcm loud speaker. Content bkn ada sgt tapi lebih kpd penghibur lara. Elok la ban pun.
Quote DARSITA 1-2-2023 11:20 AM

5 tahun lepas rajin la dengar ustaz ini di Youtube - tapi sebab perwatakkan dia tu terrrrlebih sangat terus tak follow.

Dia ni so loud buat kita rasa menyampah pulak. Kalau dia invite kawan dia yang sukan menyanyi lagi hidustan tu lagi la carca merba ceramah dia.

Quote alesandra 1-2-2023 11:38 AM
x kenai pun.kowser...
Quote axl_bach 1-2-2023 11:42 AM
"Sekarang banyak media sosial la, orang dah tak tengok televisyen."

Dah tu apsal yg buat kecoh Stad oiiii.....Eloklah hang kena gam pun, ni sejenis penglipulara sama ja macam Kazim kalau ceramah byk bercereka jer, bukan bawa ilmu bersandarkan kitab2 karangan Ulama muktabar yg bersumberkan Quran dan Sunnah....
Quote Orix 1-2-2023 12:05 PM
who r yusss konsepnya
Quote plywood 1-2-2023 12:13 PM
nampaknya ustaz ni kena buat refleksi mendalam, itu kalau ikut pemerhatian dithread ni..

test meme

Quote cap_ayam 1-2-2023 12:17 PM
Ada tauliah mengajar ke dia ni? Selalu jerkah menjerkah.. ingat best ke?
Quote sufi^_^ 1-2-2023 12:25 PM
jejaka_hensem replied at 1-2-2023 01:27 AM
Ni ustaz mana pulak?
Baru pergi haji,umrah,berketayap putih,belajar sikit pasal agama terus digelar  ...

Entah, dengar citer asal usulnya cikgu sains kat sekolah.

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.044964 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top