CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki 70 Tahun Senyap-Senyap Kahwin Dengan Menantu Sendiri

1-2-2023 08:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1747| Komen: 10

Dalam satu insiden yang agak 'luar biasa', seorang lelaki berusia 70 tahun baru-baru ini melangsungkan perkahwinan dengan bekas menantu perempuannya yang berusia 28 tahun.

Insiden itu dilaporkan berlaku di Kampung Chhapia Umaro, daerah Uttar Pradesh, India.


Kailash Yadav, kehilangan isterinya 12 tahun lalu dan anak ketiganya juga meninggal dunia tidak lama kemudian.


Foto: india.com

Kailash meminta menantunya, Pooja, berkahwin semula tetapi perkahwinan tersebut tidak kekal.

Pooja kemudian pulang semula ke rumah mendiang suaminya dan mula menetap bersama bekas mentuanya itu.

Kailash, tanpa memaklumkan sesiapa di kawasan kejiranan atau kampungnya, secara senyap-senyap mengahwini Pooja.

Hanya selepas gambar perkahwinan mereka menjadi tular, barulah orang kampung mengetahui mengenainya.

Pihak polis dari balai polis Barhalganj akan melakukan soal siasat berhubung perkahwinan berkenaan. -CARI


Sumber: mStar/ India.com

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ketambangkang 1-2-2023 09:09 AM
baguslah begitu
Quote orangbiasaje 1-2-2023 07:05 PM
Mulanya ingat bapak mentua gatal kahwin dgn bekas menantu yang diceraikan, tapi bila baca cerita ni, rasa macam berperikemanusiaan juga:

Isteri dah meninggal, bekas menantu dah kematian suami. Bekas bapak mentua izinkan dan lepaskan bekas menantu untuk berkahwin lain (biasanya budaya mereka balu kena hidup terpencil sampai mati), tetapi perkahwinan baru bekas menantu tak kekal. Bekas menantu pilih balik rumah bekas mentua, bukan rumah ibu bapa sendiri, maknanya dia lagi bahagia dan diterima di rumah bekas mentua berbanding keluarga sendiri. Daripada dibiarkan gantung tak bertali atau gangguan orang luar kerana statusnya janda, bekas mentua kahwin dengan dia, at least kalau ada orang kacau, dia berlaki, dan ada hak sebagai org rumah.

Okaylah. Bahagia hak masing2.
Quote primarikey 1-2-2023 08:08 PM
Cantik menantunya
Quote Belibis 1-2-2023 08:19 PM
orangbiasaje replied at 1-2-2023 07:05 PM
Mulanya ingat bapak mentua gatal kahwin dgn bekas menantu yang diceraikan, tapi bila baca cerita ni, ...

Tapi macam salah jugak dalam agama dan adat mereka.sebab tu kena siasat.
Quote menjad 1-2-2023 08:43 PM
Mudanya menantu. Untonglah pak mentuo aka somi baru menantu... Ehhhhh
Quote orangbiasaje 1-2-2023 09:24 PM
Belibis replied at 1-2-2023 08:19 PM
Tapi macam salah jugak dalam agama dan adat mereka.sebab tu kena siasat.

Itu sis no komen. Sbb x ikut/ belajar agama diorg, and ikut agama diorg (kalau hindu) byk je yg siap kawenkan bapak sedara dgn anak sedara (kakak kawan sis yg India kawin ngan apak sedara diorg). Ikut sis, itu lagi pelik dari bekas bapak mentua dengan bekas menantu (yelah, berapa tahun je kenal bapak mentua, masih asing. Berbanding bapa sedara, membesar anggap mcm bapak sendiri sekali kena kawin bila dh besar).
Quote plywood 1-2-2023 09:31 PM
Belibis replied at 1-2-2023 08:19 PM
Tapi macam salah jugak dalam agama dan adat mereka.sebab tu kena siasat.

oh patutlah.. rasa pelik kenapa kena siasat..




Quote R2D2 1-2-2023 10:12 PM
sebab salah la polis nak siasat dulu aduan
Quote nurkasih74 1-2-2023 10:35 PM
Menantu mentua takde bekas2 kan.. kalau dlm Islam.. agama lain tak tahu.. tp logiknya..kan ada cucu hasil perkahwinan.. dah upgrade jd anak tiri camtu? ????
Quote rosedemon 2-2-2023 08:12 AM
anak merasa, pak merasa. jiyeahhh

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.035006 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top