CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Fahmi Fadzil Dilantik Jurucakap Kerajaan Perpaduan Untuk Berdepan Dengan Media

1-2-2023 08:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 506| Komen: 3

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah dilantik sebagai jurucakap bagi Kerajaan Perpaduan untuk berhadapan dengan media.

Jelas Fahmi, dalam mesyuarat Kabinet dua minggu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan arahan supaya beliau dan kementeriannya bertindak sebagai wakil atau jurucakap bagi kerajaan terutama ketika berhadapan dpihak media.


Fahmi berkata, sidang media selepas mesyuarat Kabinet pada setiap hari Rabu akan dikendalikan beliau sekiranya Perdana Menteri tidak dapat hadir.


Foto: kosmo

“Mana-mana minggu sebagai contohnya Perdana Menteri tidak dapat anjurkan sidang media mingguan, maka saya dan KKD akan usahakan,” katanya.

Fahmi berkata, antara peranan sebagai jurucakap kerajaan adalah, pihak media boleh merujuk kepadanya untuk mendapatkan kepastian terhadap isu-isu yang perlu mendapatkan pengesahan.


“Ini bagi memastikan kementerian atau menteri yang tepat untuk dirujuk bagi mendapatkan maklum balas,” katanya. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 1-2-2023 02:48 PM
At least streamline la sket.
Quote rosedemon 2-2-2023 08:11 AM
function kewwwww
Quote Highflyer19 2-2-2023 09:39 PM
Tau ke dia bercakap…

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.034842 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top