REMBAU – Seorang ibu mengandung warganegara Indonesia disahkan meninggal dunia selepas melahirkan anak ketiga di sebuah rumah di Kampung Perigi Jernih. Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, kira-kira pukul 3 petang, si suami berusia 33 tahun telah mendapati isterinya berusia 32 tahun telah tidak sedarkan diri selepas melahirkan anak dalam kandungan secara sendiri.
Menurutnya, pada pukul 6 petang, pihak Klinik Kesihatan Rembau telah datang untuk melihat keadaan mangsa dan telah mengesahkan mangsa meninggal dunia. “Anak perempuan yang telah dilahirkan berada dalam keadaan selamat dan telah ditempatkan di unit jagaan bayi di Hospital Rembau. “Manakala, mayat wanita itu telah di hantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Rembau bagi tujuan bedah siasat esok,” katanya hari ini. Ujar Hazri lagi, si suami telah membuat laporan di Balai Polis Rembau pada pukul 8.20 malam tadi.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati, si suami yang bekerja sebagai buruh binaan dan wanita yang disahkan meninggal dunia itu tidak memiliki sebarang dokumen masuk ke negara ini. – CARI Sumber: Kosmo
|
tidak memiliki sebarang dokumen
sangbara2020 replied at 1-2-2023 08:57 AM
kesian tau sbb duk negara org pastu nak beranak mahei..
duk je la negara sndri mgkin murah...
talapia replied at 1-2-2023 11:07 AM
dekat Indon sana kebajikan lagi tak terjaga rasanya.. banyak je kes kita baca pesakit mati depan h ...
ADVERTISEMENT