CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Koma Dipukul Suami- Adik Mohon Fasakh Buat Jahidah

1-2-2023 08:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3171| Komen: 47

PUTRAJAYA – Wanita yang dipukul suami sehingga koma dan terlantar, Jahidah Nordin, 45, telah membuat permohonan tuntutan fasakh di Mahkamah Syariah Seremban pada Jun tahun lalu.

Permohonan tersebut difailkan menerusi adik mangsa, Fauziah Nordin memandangkan keadaan Jahidah yang masih lagi terlantar dan dijaga olehnya di Sendayan, Negeri Sembilan.


Menurut Fauziah, proses permohonan fasakh itu dibuat menerusi peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) dan fail tersebut telah pun dibuka pada awal Januari ini.


Adik kepada Jahidah, Fauziah Nordin mendukung anak kakaknya yang koma dipukul suami pada majlis sumbangan waris mangsa keganasan rumah tangga di KPWKM, Foto: Kosmo

Katanya, seluruh ahli keluarganya juga tidak mahu Jahidah mempunyai apa-apa hubungan dengan suaminya selepas kejadian tragis yang menimpa kakak sulungnya itu.

“Disebabkan kakak tidak boleh berbuat apa-apa dan masih terlantar, jadi permohonan itu dibuat melalui saya dan ia perlu melalui beberapa proses.


“Dan sekarang ini kita hanya menunggu perkembangan selanjutnya daripada pihak peguam untuk hubungi kami,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sumbangan Tabung Kasih kepada waris mangsa keganasan rumah tangga, Jahidah Nordin yang digerakkan oleh penyanyi, Sufian Suhaimi melalui jenamanya, BabyPian.

Mengulas mengenai keadaan terkini kakaknya, Fauziah berkata, keadaan Jahidah masih sama dan tiada sebarang perubahan atau tindak balas yang ditunjukkan.

Ditanya mengenai inisiatif sumbangan yang disalurkan menerusi Tabung Kasih oleh jenama BabyPian, Fauziah amat berterima kasih dan bersyukur atas keprihatinan penyanyi berkenaan terhadap situasi yang menimpa kakaknya.

“Dapat lah meringankan beban kami untuk menjaga kakak serta untuk membesarkan anak lelakinya sehingga besar dan bersekolah kelak.

“Kakak pun ada pencen tapi itulah kita tak tahu macam mana keadaan di masa hadapan sebab sekarang ini semuanya memerlukan wang termasuk kos penjagaan dan rawatannya,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Meiizu 1-2-2023 08:46 AM
Elok lah cerai..kangg kakak mati tak memasal je dpt kat jantan keparat.
Jgn syariah court drag lama sudah
Quote manehnya 1-2-2023 08:49 AM
cepat laa fasakhnya ... klu jd apa2... suami babi tu dpt duit kak jahidah
Quote kepompong 1-2-2023 09:01 AM
eh masih berkeliaran ke lelaki pembunuh tu
Quote myakayina 1-2-2023 09:08 AM
laki celaka tu masih hidup lagi ke? harap cepatlah settle kes jahidah ni..
Quote umbut 1-2-2023 09:16 AM
Knp jantan tu masih bebas.. memang x perlu tangkap ke
Quote airmineral 1-2-2023 10:12 AM
kesian sgt kr anak dia
moga² mak pak sedara dia ikhlas jaga dia dan didik sebaiknya

Quote mamajawie 1-2-2023 12:09 PM
aku pelik apsal laki tu bebas lagi?sah2 la bini tu smpai koma dibuatnya.
Quote Burong_Hantuk 1-2-2023 12:19 PM
jangan lupa sumbatkan jantan tu kat penjara
Quote shernazz 1-2-2023 01:34 PM
Harap cepat la.settle
Nanti apa apa hal laki tu yang dapat..
Tak acik.la
Quote ina_na 1-2-2023 01:38 PM
X kn tangkap ke jantan X guna tu..setan btl..skit ati bc..
Quote sarahmirza 1-2-2023 01:42 PM
Kenapa fasakh dan bukan taklik?
Lafaz taklik negeri dia nikah tak masukkan dera/pukul dlm taklik ke?
Btw dah lama kes ni pun tak settle eh?
Lembabnya mahkamah syariah.. Patutnya kes mcm ni 1-2 hari dah boleh bubarkan perkahwinan tu..
Quote namieamuro 1-2-2023 02:12 PM
i igtkan dh lame jd janda. jgn la mahkamah buat susah pulak. jantan tu aman2 pulak bebas. hanat btl
Quote Decaffeinated 1-2-2023 02:18 PM
Jun tahun lepas masih tak settle lagi, mahkamah ni sengaja ka?

Quote SalenaGomez 1-2-2023 02:22 PM
umbut replied at 1-2-2023 09:16 AM
Knp jantan tu masih bebas.. memang x perlu tangkap ke

Kan baru keluar penjara
Quote syamzana 1-2-2023 02:25 PM
knp lama sgt kes ni? org tu dah jadi sayur still tak gerak2 perjalanan kes. dari baby dlm perut dah besar bdknya.
mohon fasakh ni pun cepat2 la settle.
hrp jantan jahanam tak guna slowly mereput. yg bininya pun kan main byr jaminan dah tersebar jantan satu sen pun taguna pembohong plak tu
Quote xtinkerbellx 1-2-2023 04:02 PM
Kat dunia bole la lepas..
Quote TabletSusu 1-2-2023 05:13 PM

sekejap je eh jantan tu kena penjara. setan betul!!
Quote sharlenetexas 1-2-2023 05:15 PM
Meiizu replied at 1-2-2023 08:46 AM
Elok lah cerai..kangg kakak mati tak memasal je dpt kat jantan keparat.
Jgn syariah court drag lama  ...

Harap sultan masuk campur utk percepat selesai kes macam ni.


Quote haruslah 1-2-2023 05:30 PM
Laki nya dah jatuh hukum ke?
Xkan kes camni boleh jamin

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.161492 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top