YouTube Les’ Copaque muncul sebagai saluran yang berjaya menjana pendapatan tertinggi di negara sejak diperkenalkan. Menurut senarai yang terbitkan oleh CashNetUSA, saluran YouTube tersebut telah berjaya menjana pendapatan sebanyak $16.73 juta (RM71 juta).
Perkara itu sekali gus menjadikan syarikat berkenaan yang juga pengeluar animasi Upin & Ipin antara lima saluran paling menguntungkan di Asia Pasifik. Selain itu, menurut Saving Spot, saluran YouTube paling menguntungkan ketika ini adalah kandungan yang menyasarkan golongan kanak-kanak. Berdasarkan senarai itu juga, rancangan kanak-kanak Didi & Friends turut berjaya menjana $10.56 juta (RM45 juta) setakat ini. Les’ Copaque telah ditubuhkan pada Disember 2005 dan merupakan salah satu produksi terkemuka dalam industri animasi tempatan dengan penciptaan Upin & Ipin. – CARI
Sumber: Kosmo
|
cupu replied at 31-1-2023 04:56 PM
Mana tak tingginya...dh berapa juta bdk dkt Msia ngan Indon ni..semua dok tgk upin ipin. Tu yg legal ...
kepompong replied at 31-1-2023 08:13 PM
takyah bebudak.. i pun gigih bukak utube upin ipin
ADVERTISEMENT