CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Sekolah, Umur Baru 14 Tahun Dah Ketagih Ketum

31-1-2023 03:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1040| Komen: 14

KUANTAN – Remaja berusia 14 tahun antara 450 orang yang ditangkap dalam Ops Tapis Khas SeMalaysia Siri Pertama 2023 Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang yang diadakan pada 25 hingga 27 Januari lalu.


Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, remaja terbabit ditahan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun Berbahaya 1952 atas kesalahan mengambil ketum.

“Remaja terbabit yang sudah tidak lagi bersekolah ditahan di sebuah lokasi penagihan dadah di Jerantut bersama tiga rakannya yang mana seramai 51 orang turut ditahan di bawah akta sama dalam operasi yang dijalankan serentak di 11 daerah di negeri ini,” katanya dalam sidang akhbar di IPK Kuantan hari ini.


Foto: kosmo

Dalam pada itu Ramli berkata, JSJN telah berjaya menggempur 28 lokasi penagihan dadah dengan 287 serbuan serta 532 pemeriksaan dilakukan dalam operasi berkenaan.


Katanya, daripada 450 penagih yang ditangkap, 446 daripadanya adalah lelaki dan empat daripadanya adalah perempuan berusia antara 14 dan ke atas.

“Mereka yang berusia antara 25 hingga 34 tahun antara yang paling ramai ditahan iaitu seramai 170 orang.

“Daripada jumlah itu juga, seramai 35 orang merupakan pengedar dadah, 12 daripada merupakan individu dikehendaki,” katanya.

Tambahnya lagi, daripada tangkapan itu juga, salah seorangnya merupakan seorang penjawat awam dipercayai bertugas sebagai pembantu kesihatan di sebuah hospital di Bentong.

Katanya lagi, sebanyak 57.72 gram syabu, 1,016.8 gran heroin, 17.99 gran ganja, 9.81 gram pil eramine 5, 31.17 gram pil yaba, 9.2 gran pil psikotropik dan 107.63 liter air ketum dengan keseluruhan sebanyak 1,142.69 gram dadah bernilai RM27,014 berjaya dirampas.

“Turut dirampas dalam operasi berkenaan ialah wang tunai bernilai RM470, sebuah motosikal bernilai anggaran RM7,000 di mana ia menjadikan keseluruhan nilai rampasan sebanyak RM34,484,” katanya.

Sementara itu beliau berkata, Ramli juga berkata, seramai 1,470 orang ditangkap atas kesalahan dadah setakat Januari tahun ini di mana berbanding tahun lalu dalam tempoh sama seramai 1,405 orang ditangkap sekali gus menunjukkan peningkatanan seramai 65 orang.

“Ini merupakan operasi pertama bagi tahun jni dan operasi seumpama ini akan diteruskan untuk membasmi permasahan dadah, perlencongan sosial dan substans di negeri ini,” ujarnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 31-1-2023 03:47 PM
ni la penyakit budak2 zaman skrg
Quote atai 31-1-2023 03:51 PM
ketum jadi sampah gak akhinya..ilmuan takde buat research pasal ketum ke? mana pergi lepasan universiti ramai2 tiap tahun..takde nak buat energy drinks ke..
Quote Hoshhi 31-1-2023 07:43 PM
Naya pak karim
Quote pooh~key 31-1-2023 07:44 PM
Burong_Hantuk replied at 31-1-2023 03:47 PM
ni la penyakit budak2 zaman skrg

Penyakit budak dulu2 apa pulak sis?
Quote FOTHER-MUCKER 1-2-2023 06:40 AM
Bagi aja dia minum sampai muntah sampai trauma bila dia tengok air ketum tu. Selepas tu mesti dia tak mau minum lagi
Quote stingergrumpy 1-2-2023 06:48 AM
pooh~key replied at 31-1-2023 07:44 PM
Penyakit budak dulu2 apa pulak sis?

Dah sekolah tadika pun nak ummi ikut sekali....tak boleh berenggang dgn tetek....breastfeed....

Quote noor2 1-2-2023 06:51 AM
Terpengaruh dgn bapak atau kawan2...
Quote rosedemon 1-2-2023 08:21 AM
sukati ko la dek. bukan anak aku
Quote makadek 1-2-2023 08:25 AM
stingergrumpy replied at 1-2-2023 06:48 AM
Dah sekolah tadika pun nak ummi ikut sekali....tak boleh berenggang dgn tetek....breastfeed....

...

Mcm kaulah kecik2 taknak terjun flat dah tua jadi barua anjing tak berguna terbangsat layak tepek taik babi kat muka kau
Quote kiwimasam 1-2-2023 11:37 AM
Soalan jujur, ketum ni memang buat org ketagih ka, dkt kilang ada ja akak operator minum ketum katanya jadi bertenaga ja.. siapa2 boleh bagi pencerahan
Quote wirazam 1-2-2023 02:58 PM
Aduyaiii...muda lagi ni
Quote kakikuDibibirmu 1-2-2023 03:03 PM
Edited by kakikuDibibirmu at 1-2-2023 03:04 PM

Lah, kata nak mendikriminalisasikan, ketum tu kan ubat sebab campur dengan ubat nyamuk
Quote sarahmirza 1-2-2023 03:07 PM
rosedemon replied at 1-2-2023 08:21 AM
sukati ko la dek. bukan anak aku


Nak juga cakap macam tu tapi bila fikir kita setia kat negara (rukun negara la kononnya), rasa tak sedap hati pulak....
Lagi2 kalau budak2 tu sebangsa dan seagama kita...
Rasa macam nak buat law kejam... Kalau miskin dan tak mampu jaga & didik anak, di haramkan beranak.
Quote stingergrumpy 1-2-2023 03:56 PM
sarahmirza replied at 1-2-2023 03:07 PM
Nak juga cakap macam tu tapi bila fikir kita setia kat negara (rukun negara la kononnya), rasa tak ...

Tambah satu lagi...yg nak beranak..pastikheun anak lahir je buat dna test supaya both party happy...bukan hasil sideline...


Aku tak sebut ko kheunz?


Wakahkahkahkahkahkahkah

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.189158 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top