PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-16 dalam istiadat penuh gemilang di Istana Negara.
Istana Negara dalam satu kenyataan di Facebook, menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran berikutan Seri Paduka Baginda pada hari ini, genap empat tahun bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan sebagai Ketua Negara. “Setinggi-tinggi kesyukuran juga dipanjatkan ke hadrat Allah SWT di atas keamanan dan keharmonian meskipun sepanjang empat tahun ini, negara dan rakyat menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Menerusi kenyataan itu juga, turut didoakan supaya Seri Paduka Baginda dianugerahkan keafiatan, kebijaksanaan dan keberkatan bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan.
“Semoga Malaysia, di bawah naungan dan pemerintahan Seri Paduka Baginda sebagai Ketua Negara, sentiasa dilindungi dan diberkati Allah SWT,” katanya. – CARI Sumber: Kosmo
|
tripleid replied at 31-1-2023 03:35 PM
Harap2 sultan perak yg naik jadi agong thn depan..
cikatilia replied at 31-1-2023 04:34 PM
kalau ikut turn johor dulu kan baru perak lepas tu
tripleid replied at 31-1-2023 04:46 PM
Mmm..tak best nya kalo johor yg naik
Orenn1 replied at 31-1-2023 06:24 PM
Teringatt perangaiii makcik @azmee06 masa tok laki mula2 naik pangkatt, mcm kera dpt bunga peghakkkk ...
tripleid replied at 31-1-2023 08:46 AM
Mmm..tak best nya kalo johor yg naik
becir replied at 31-1-2023 06:45 PM
Hahaha .. thread milik oyen nih .
ADVERTISEMENT