CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nenek Dah Uzur Jaga Suami Sakit- Terpaksa Tanggung Lima Cucu, Berhenti Sekolah Sebab Tak Mampu

31-1-2023 03:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1607| Komen: 19

Alor Setar: Demi kasih sayang, seorang nenek tekad untuk menjaga lima cucunya yang hilang tempat bergantung selepas kematian ibu mereka, Noor Mariani Khamis akibat kanser perut kira-kira tiga tahun lalu.


Jamariah Zakaria, 60, berkata, empat cucunya, Nordini Shafiqah Mohd Noor, 21; Muhammad Amir Daniel, 18; Muhammad Irfan, 17; dan Nurdini Elyana, 15, berhenti sekolah sejak ibu mereka meninggal dunia dan hanya yang bongsu, Nurdini Qalisya, 10, bersekolah ketika ini.


Foto: Harian Metro

"Saya tak ada duit nak teruskan persekolahan mereka. Cuma yang bongsu saja mampu bersekolah dan saya pula menghidap darah tinggi dan kencing manis.

"Tiga daripada cucu terpaksa mencari pekerjaan sendiri iaitu cucu sulungnya, Nurdini Syafiqah bekerja sebagai pembantu kantin di sekolah hadapan rumah dengan pendapatan sekitar RM30 sehari.

"Muhammad Amir Daniel dan Muhammad Irfan pula melakukan kerja membaiki rumah dengan upah RM50 sehari bergantung pada permintaan," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.


Menurut Jamariah, Nordini Syafiqah dan Muhammad Amir Daniel pula adalah anak istimewa kerana lembam sejak dilahirkan manakala Muhammad Irfan, Nurdini Elyana serta Nurdini Qalisya pula dilahirkan normal.

Namun katanya, Muhammad Amir Daniel mempunyai kebolehan dalam melakukan tugas membaiki motosikal.

"Kalau boleh makcik nak bagi semua pelajaran yang sempurna tapi makcik tak cukup duit kerana suami, Khamis Salleh, 65, mempunyai masalah kesihatan selepas menjalani pembedahan di perut, tiga tahun lalu," katanya.

Menurut Jamariah, dia tidak sanggup untuk berpisah dengan kesemua cucunya itu walau ada yang mahu mengambil mereka sebagai anak angkat.

Katanya, biarlah mereka membesar di depan matanya dan akan menjaga mereka sehingga akhir hayat.

"Sekarang ini, tiga cucu saya yang membantu mencari wang untuk menyara kami sekeluarga dengan hasil wang yang diperolehi ketika bekerja.

"Namun, kalau boleh saya nak juga beri mereka belajar bagi membolehkan mereka pekerjaan tetap untuk masa depan mereka," katanya.

Jamariah berkata, dia kemudian menghubungi Cancer Survivors Malaysia (CSM) untuk membantunya kerana buntu memikirkan masalah yang dihidapinya itu selain bimbang kesihatannya terganggu jika terus dibelenggu masalah.

Orang ramai yang berminat untuk membantu Jamariah sekeluarga boleh menghulurkan sumbangan melalui akaun bank milik Jamariah, 152095746692 (Maybank), atau menghubunginya di 014-3490755.

Sementara itu, Pengerusi CSM, Zuraini Kamal membantu keluarga itu dengan menghulurkan sumbangan wang tunai kepada Jamariah untuk membantunya.

Katanya, pihaknya juga akan membantu apa yang diperlukan Jamariah untuk keperluan mereka sekeluarga selepas kematian anaknya yang menghidap kanser. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 31-1-2023 03:17 PM
Sedihnya Ya Allah..moga dipermudahkan
Quote nini_azmi 31-1-2023 03:35 PM
Mohon cucu2 yg besar tu kerja sambil part time belajar. Sian nenek, susah2 pun neneknya mau cucu belajar supaya ada masa depan.
Moga mereka semua di dlm rahmat dan kasih syg Allah
Quote hareeeesah 31-1-2023 04:52 PM
Bole je yg besar tu ambil spm kan.. atleast ada spm boleh la kerja cashier ke admin tgk kawasan.
Nak ckp lebih kt xrasa, yg menanggung lebih tau.
Semoga urusan mereka dipermudahkn.
Quote sarahmirza 31-1-2023 05:13 PM
Maknya dah meninggal sebab kanser.
Tapi bapaknya mana? Hidup lagi atau dah mati?

Rasanya dah tiba masa kerajaan kena adakan satu akta menyaman bapa yang terlupa depa ada anak2 yang perlu diberi makan dan disekolahkan...
Quote nolya 31-1-2023 06:27 PM
Jujur saya bertanya, adakah nenek ini boleh disenaraikan dlm kumpulan asnaf. Mohon jika ada pegawai zakat dlm forum ini beri pencerahan. Mana tau saya boleeh bayarkan sbhgn zakat kpd nenek ini.
Quote Nenolen 31-1-2023 06:34 PM
bapa bdk2 tu mana…atok dan bapa saudara sebelah bapa bdk2 tu mana…kenapa ibu dan keluarga ibu yg harus menanggung segalanya…bab nie tak mo pulak pakai hukum Islam…acik doakan adik2 semua melimpah rezeki dunia dan akhirat, amin.
Quote hasniey 31-1-2023 06:36 PM
Kesiannya.xde yg membantu ke?anak yatim kot
Quote Cokoro 31-1-2023 06:38 PM
Semoga dipermudahkan. Harap ada yg blh bntu cucu2 yg besar tu masuk kursus kemahiran. Xde spm pun blh rasanya skrg.
Quote Hikariful 31-1-2023 06:46 PM
Semoga urusan keluarga nenek ini dipermudahkanNYA...

sepatutnya keluarga beginilah yang betul2 perlu dibantu..

Bukan macam tred sebelah mak bapak pemalas cuma tahu buat anak tiap2 tahun..
Quote nuryakmal 31-1-2023 06:56 PM
Nak budak2 ni besar depan mata. Tapi at the same time menjahanamkan masa depan. Hntr la rumah anak yatim. Dapatlah budak2 ni pg sekolah. Esok mati atuk nenek sapa nak jaga

Quote ekselen 31-1-2023 07:36 PM
Kalau mcm ni boleh la ditolong...sbb yg umo belasan tu pun gigih bekerja jgk utk bantu keluarga sedangkan mereka sepatutnya bersekolah... Harap kerajaan negeri boleh la usahakan apa yg patut selain dr bantuan org ramai jgk dan harap bdk2 ni dpt peluang bersekolah... Semoga dipermudahkan urusan mereka...
Quote ekselen 31-1-2023 07:58 PM
nuryakmal replied at 31-1-2023 06:56 PM
Nak budak2 ni besar depan mata. Tapi at the same time menjahanamkan masa depan. Hntr la rumah anak y ...

Mungkin sbb dah duduk sekali lama, perasaan syg tu jadik kuat... Maybe dia takut susah nk jumpa nanti, dia pun dah tua, x sihat. Tp betul lah, biarlah jabatan kebajikan yg jaga tambah2 yg bersekolah tu.. Terjamin la sikit masa dpn bdk2 tu...ada pelajaran, ada tpt tinggal, mkn minum dijaga... Kalo 3 beradik tu boleh dok satu tpt senang la ahli keluarga lain nk jenguk... Harap ada insan sudi bantu mana2 yg perlu..
Quote jas7512 31-1-2023 08:01 PM
Dah tahu ada keturunan kembam x pyhlah beranak ramai...x faham...dan jantan2 mana dlm keluarga ni..drug addict kah....napalah kahwin dgn jantan melayu x guna
Quote glump 31-1-2023 08:07 PM
Cian budak2 nie .bapa Mana? Waris sebelah bapa Mana? Memjawablah nnti.
Si nenek nie pun dah tak mampu tu jnganlah selfish..berilah peluang cucu itu di pelihara oleh mereka yg dapt memberi kehidupan yg lebih or dok umah ank yatim. Nie sebab nak cucu depan mata..cucu pulak kelam Masa depan. Kejam sungguh
Quote tahanie 31-1-2023 08:21 PM
Mana wali anak2 ni
Quote ajinomotonosuga 31-1-2023 08:23 PM
sarahmirza replied at 31-1-2023 05:13 PM
Maknya dah meninggal sebab kanser.
Tapi bapaknya mana? Hidup lagi atau dah mati?


MNA bleh terlupa buat buat lupa Salu nya..kut pak dah cerai kawin lain

Asik buat aktaaaa je...kuatkuasa bukan ada pun

Akta yg ada punnnn tak terkuatkuasakan

Tak per..sekarang tak sekolah nanti tua bleh sambung..takdak gigi pun bleh dapat degree
Quote kemaruk 31-1-2023 08:25 PM
bagi mereka menu rahmah  
Quote kotakominami 31-1-2023 11:08 PM
Kalau kes mcm ni memang aku ade simpati lah nak compare dgn yg kes atok nenek anak kecik bederet tuh .....takpe dik ade peluang nanti kau belajar jer apa2 kemahiran itu lg berguna sebab ramai jer yg belajar tinggi lastnye bawak grab...cume jgn lah ambik dadah itu jer...miskin boleh ubah tapi kalau dah mendadah memang takleh buat ape..
Quote rosedemon 1-2-2023 08:20 AM
nenek pon satu. lantak la semua diambik jd ank angkt. ko ni penting diri sndiri tak pikir masa depan dak2 tu. ko tu dah tua jap lagi gone la, pastu cucu2 ko jd apa pastu? aduhai

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.071066 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top