Seorang lelaki menelan kondom berisi pisang gara-gara tidak dapat mengawal kemarahannya. Daily Mail melaporkan, tindakan lelaki berusia 34 tahun itu disifatkan kejadian pertama yang berlaku di dunia.
"Sepanjang pengetahuan kami, kes ini nampaknya pertama kali berlaku di mana kondom yang mengandungi pisang ditelan." Kejadian yang berlaku di Amerika Syarikat itu menyaksikan lelaki berkenaan datang ke jabatan kecemasan hospital berhampiran tempat tinggalnya kerana mengalami sakit perut, loya dan muntah. Tambah doktor, gejala itu dialaminya tujuh jam sebelum tiba di hospital. Malah dia juga menderita sehingga tidak boleh makan atau minum dan tidak pernah ke tandas, sejak hari sebelumnya. Hasil imbasan tomografi berkomputer (CT Scan), mereka mendapati pisang berbalut kondom telah menghalang usus kecilnya.
"Lelaki yang sihat itu mengaku menelan pisang yang dibalut kondom itu semasa kemarahannya memuncak, kira-kira 24 jam sebelum itu. Doktor menyatakan, pesakit mempunyai sejarah kemurungan tetapi menafikan niat mencederakan diri sendiri atau sejarah tertelan benda asing sebelum ini. Lelaki itu juga menegaskan, dia tidak pernah menggunakan dadah pada masa itu atau tidak mabuk." Nasibnya baik apabila pakar bedah berjaya mengeluarkan kondom berisi pisang dari usus kecilnya. Difahamkan dia dibenarkan pulang ke rumah selepas tiga hari menerima rawatan di hospital. -CARI
|
Burong_Hantuk replied at 31-1-2023 07:28 AM
ya ampun.....
ADVERTISEMENT