CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Duduk Kondo Buat Perangai, Belebas Tingkap Jadi Ruang Letak Barang "Jatuh Ke Bawah Kena Kepala Orang"

31-1-2023 02:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1710| Komen: 15

Tindakan pemilik sebuah kondominium menggunakan belebas tingkap sebagai ruang meletakkan barangan rumah mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

Ia berikutan perkara itu disifatkan berbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan selain mencacatkan pemandangan penghuni yang lain.


Menerusi perkongsian oleh Afiq Fiesal di Facebook, memaparkan kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah bangunan kondominium dekat Kota Warisan, Selangor.


Foto: FB


Sehubungan itu, rata-rata orang ramai mengecam tindakan pemilik rumah tersebut.

“Andai kata angin kuat, barang jatuh dan kebetulan anak awak ada dekat bawah. Barang jatuh kena dekat kepala,” soal Joey.

“Buat laporan kepada pengurusan. Rumah aku pun ramai penghuni ‘bebal’, kalau tak boleh ikut peraturan buat rumah sendiri,” kata Fauzan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 31-1-2023 02:30 PM
Cam core soho suites kat kipmall je ni.  Memang studio apartment kecil je tak tempat nak letak barang2 kut.  
Quote Burong_Hantuk 31-1-2023 02:36 PM
otak letak kat kaki
Quote cupu 31-1-2023 02:39 PM
Serius la...mcm mn la dia blh buat mcm tu..dok kondo jiwa setinggan parah la.
Quote eyansss 31-1-2023 02:39 PM
bodonya…  ni perangai pprt bawak sekali kemana2 je pegi…
Quote MoonRise 31-1-2023 02:41 PM
Asalkan dalam rumah nampak kemas.
Apa dikisah ruang dekat luar
Quote damsel_fiji 31-1-2023 03:03 PM
ni namanya konsep luar pprt dalam kondo kot
Quote Thunderclouds 31-1-2023 03:09 PM
Asal usul flat la tu.
Culture flat dh dipupuk dr kecik.
Upgrade dok kondo mindset tetap pprt.
Bukan suma, kebanyakan gitu lah.
Quote cikatilia 31-1-2023 03:29 PM
mmg boleh jatuh anytime
Quote asamfish 31-1-2023 03:43 PM
Gosh!!!!  Takde kesedaran sivik lansung!  And selfish!
Quote antikorok 31-1-2023 05:28 PM
Edited by antikorok at 31-1-2023 05:49 PM

Teringat kes budak lelaki meninggal kena hempap kerusi yg org lempar dari tingkat atas. Puaka betol yg tukang baling tu
Quote gekkou 31-1-2023 05:40 PM
mesti dalam umah bersepah
Quote airfilterkotor 31-1-2023 05:48 PM
Kalau barangan pun boleh diletakkan di luar tingkap,
tidak hairan suatu hari akan ada budak duduk main kat tepi tu.
Quote juboqhang 31-1-2023 05:58 PM
Dapat management bodow lemah kalu mmg condo setengah juta pun akn jd flat pkns..
Quote arm_band 31-1-2023 06:05 PM
ewwww pprt nya perangai..... dengan sebakul baju cover ngan towel, baju berhanger lagi. kang angin tiup, semua terjun kebawah terus. apesal ko x letak dalam sangkar ekon tu, at least bertutup gril xde laa jatuh
Quote rosedemon 1-2-2023 08:17 AM
ingt duk kondo sume pangai bagos ka.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.061083 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top