CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Macam Tempat Pelupusan Sampah, Rupa-Rupanya Rumah Milik Peniaga Makanan! "Loya Bayangkan Makanan Yang Dijual Kepada Orang Ramai"

31-1-2023 02:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3744| Komen: 42

Melalui satu ciapan tular di laman Twitter, Alice Azuria berkongsi pemandangan laman sebuah rumah yang mirip seperti tempat pelupusan sampah di kawasan kejiranannya.

Berdasarkan gambar yang disertakan Alice dalam ciapannya, dapat dilihat banyak perkakas dapur seperti periuk, kuali dan sudip bertaburan bersama timbunan sampah di atas lantai di luar rumah.


Lebih memeranjatkan apabila Alice mendakwa pemilik rumah itu merupakan seorang pengusaha gerai makanan.



Foto: Twitter

"Tadi pergi jogging, lepas tu nampak rumah ni. Tak silap aku rumah ni orangnya berniaga tapi aku tak tahu dekat mana.

"Boleh ke daripada sisi undang-undang... masak dan beri makan orang awam dengan tempat kotor macam ni?

"Kalau saya jadi pelanggan gerai tu pun akan terus loya apabila tengok keadaan tempat dia masak dan sediakan makanan macam ni," luah Alice melalui ciapannya.


Tambah Alice, sampah yang bertimbun di hadapan rumah terbabit terdiri daripada bekas plastik makanan yang sudah digunakan dan kesemuanya dipenuhi sisa makanan.


Foto: twitter

"Bekas tu semua mesti dah dicemari bakteria, tak dapat bayangkan kalau waktu malam macam mana, mesti banyak haiwan perosak, lipas dan tikus mesti ada.

"Apabila pagi diorang akan pakai bekas-bekas tu juga untuk letak makanan kita. Jijiknya rasa apabila fikir.

"Tak dapat nak bayangkan keadaan dia macam mana, nak muntah," ujar Alice yang mual melihat keadaan rumah itu.

Ketika dihubungi mStar, Alice memberitahu pemilik rumah itu kini sudah mengambil tindakan drastik untuk membersihkan halaman rumahnya selepas ciapan Alice mendapat perhatian ramai.

"Sejak tweet saya viral sampai ke Facebook, ada orang direct message saya beritahu rumah ni dah kecoh dekat dalam group taman perumahan di sini.

"Ada orang dah inform tuan badan dan hari ini apabila saya lalu nak check, dia dah kemas," ujar Alice.

Lokasi rumah tersebut tidak didedahkan kerana Alice mengatakan perkara itu akan mengaibkan tuan rumah dan tujuan utama ciapannya adalah hanya untuk memberikan peringatan.

Dakwa Alice lagi, isu kebersihan rumah tersebut sudah berlarutan agak lama namun beberapa hari lalu dia memutuskan untuk menggunakan kuasa viral bagi memberikan teguran kepada tuan rumah tersebut.

"Saya prihatin dengan nasib pelanggan gerai yang diusahakan mereka dan kejiranan setempat, tak sampai hati nak biar. Bayangkan bekas-bekas makanan yang kotor tu dia cuci dan digunakan semula berulang kali, kembang tekak.

"Kawasan rumah dia yang kotor tu memang jadi lubuk lipas, tikus dan lalat. Tak dapat bayangkan macam mana tempat sediakan makanan boleh jadi jijik macam tu.

"Nak tegur depan-depan takut boleh jadi gaduh. Saya tak nak kena tumbuk jadi saya tegur daripada jauh je," kata Alice.

Alice sempat menambah bahawa dalam penyediaan makanan terutamanya untuk pengusaha restoran, aspek kebersihan harus diutamakan.

"Saya terima banyak reply menceritakan pengalaman mereka berjiran dengan peniaga. Rata-rata menceritakan pengalaman yang sama macam apa yang saya kongsikan.

"Maksudnya orang-orang seperti ini bukan seorang tapi masih ramai yang tak sedar kebersihan ketika penyediaan makanan itu perlu dititikberatkan.

"Lagi-lagi kita jaga perut orang lain. Kawan saya pernah beritahu saya, makanan yang halal itu bukan saja tiada khinzir atau tiada alkohol.

"Tapi cara penyediaan juga mestilah bersih, bukankah begitu? Tunjukkan contoh yang baik agar kita dapat sama-sama menjadi masyarakat yang pembersih," kata Alice mengakhiri bicara. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 31-1-2023 02:06 PM
Ade peniaga rojak area umah aku tu umah cenggini gak tp dia pandai sikit pagar tu dia tutup dengan kain hitam sape yg tau umah dia tu mmg tak pernah dah beli rojak dgn dia
Quote Supersirap 31-1-2023 02:17 PM
Sangat tidak menyelerakan dengan cara dibiarkan begitu sahaja barang-barang tu
Quote dua_chzy 31-1-2023 02:17 PM
Tu la. Korang ingat Cina ja pengotoq bila niaga makanan.
Quote Samerosie 31-1-2023 02:18 PM
Asalkan melayu osle bertudung litup semua auto halal toyibban.
Quote She-Ra 31-1-2023 02:20 PM
sb tu kalau pegi kedai mkn, suka masuk toilet
kdg bkn nk membuang pn, tp nk sesambil lalu jeling keadaan sekeliling termasuk la tandasnya dan sb tu jgk rajin menapau je masak dr rumah
jimat pun jimat.. cepat sikit nak pegi kaya
Quote Atata 31-1-2023 02:22 PM
Memang mihir...... pernah tidur rumah kawan yg berniaga makanan. Allah seryes rasa mcm tanak masuk dapur dia, melekit berlendiri kotor jijiks ahh semua lahhh. Mereka baik, cuma tu lah. Bab bersih2 ni dorang tak pandai.
Quote vanillaninja 31-1-2023 02:28 PM
I baca tweet asal si Alice ni. Katanya yang meniaga tu couple dengan sorang anak around 4 year-old.

I tak boleh nak imagine macam mana budak tu membesar dalam persekitaran kotor macam ni. Kesiannya la
Quote akies 31-1-2023 02:32 PM
Ada je peniaga makanan rumah bersepah.
Ada kejiranan iols jual nasi lemak pagi2..laman rumah bersepah-sepah. Rumput lalang dibiarkan meninggi
Quote Burong_Hantuk 31-1-2023 02:34 PM
jijikkk...pengotor nak mati
Quote tri-max 31-1-2023 02:34 PM
effort utk meniaga tu ada,
effort utk kebersihan .. zero
tengok laman pon mcm kena attack zombi, kalau area dapur mcm Apocalypse .. total destruction
Quote zamzam 31-1-2023 02:37 PM
Kalau restoran mcm2 peraturan kena ikut tu pun banyak yg kena sita. T yg masak di rumah dan jual di gerai saper nak pantau?
Quote hareeeesah 31-1-2023 02:38 PM
kat area iols ni ada org jual sate dia bukak table kat kedai mamak. Yg cucuk sate byk tgn ada yg bersleeveless, seluar kontot duduk terkangkang kat bangku, besen sate kat kaki dia..
Setiap kali lalu kalau dorg tgh cucuk tu mmg kembang tekak iols.. yg pasti sedara friskies, duduk serumah beramai-ramai. yg cucuk sate pun byk tgn. Masa marinate tu aku xpenah nampak apa pulak la bahan or tangan yg menggaul [em:8:]
Quote MoonRise 31-1-2023 02:44 PM
Allahu, makin banyak la saving iolls lepas ni sebab geli nak makan kt kedai luar
Quote noor2 31-1-2023 02:51 PM
Beli la lagi makanan luar.....euwwww nasib aku rajin masak sendiri
Quote renko 31-1-2023 02:54 PM
tadi baca kat fb
gigih ada sekor tu reply komen suma orang
kata fitnah sbb owner jual barang niaga ni
dia da xniaga
butuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Quote s@s@ 31-1-2023 03:13 PM
macam umah baru kena banjir.
luas gak tanah dia
Quote kucingitam 31-1-2023 03:54 PM
biasanya yang meniaga gini dia bukan pemalas tapi rutin harian padat.. imagine, bangun awal 4 pagi gi pasar borong beli ikan, ayam segala, balik rumah 6-10 masak. 11- 5 meniaga, 7-8 sampai rumah. Ni contoh je la..lebih kurang gitu la packnya dia..
Quote Radzor 31-1-2023 04:37 PM
mcm design perumahan pantai sepang putra. rumah murah je sini. 200k leh dpt kot bungalow_setingkat_taman_sepang_putra_bagan_lalang_2390048674739653008.jpg
Quote pp_gurl 31-1-2023 04:40 PM
mak aku dulu meniaga kedai makan gak..tp dapo mmg tiptop aku kerja kan
lps dia g meniaga mmg aku sental segala ceruk kasi berkilat
nurse yg dtg rumah pun kemain puji bersih sungguh umah cik ni sampai luaq pun bersih

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.243222 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top