Suami Fatin Afeeda kembali menjadi bualan selepas didakwa riak ketika membuat sesi Live TikTok baru-baru ini. Menerusi sesi live yang dirakam oleh netizen, Opai teruja apabila mendapat gift ‘ikan paus’ namun mempersoalkan netizen yang memberi gift murah.
“Ada orang bagi gift ke? Haa ini baru gift. Kalau ya pun nak bagi gift, ini namanya gift, ikan paus. Ini gift tak sampai seribu, pastu nak suruh kita cakap thank you, agak-agak laa. I kalau masuk live orang, i bagi gift banyak-banyak.” Dalam masa yang sama Opai turut menjawab soalan peminat mengenai rahsia kejayaannya yang berjaya konsisten selama empat tahun. “Alhamdulillah konsisten laa empat tahun. Nak jaga kekayaan tu bukan senang." Sesi live yang dimuatnaik di laman Twitter telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang menyifatkan suami Fatin Afeefa sebagai individu yang riak, malah ada yang mengungkit kisah lamanya yang pernah bergelut dalam meneruskan kehidupan sebelum menjadi berjaya seperti sekarang.
|
Fly_over replied at 31-1-2023 11:07 AM
hadap gift tiktok jugekkkks ker?
airmineral replied at 31-1-2023 11:12 AM
apa yg dia buat smp jadi kaya xjejak bumi ni?
fadz84 replied at 31-1-2023 11:09 AM
kata kaya kan.. tp hadap gift tiktok.... dia ni xtau apa erti syukur dan menghargai apa yg org bag ...
NazRysha replied at 31-1-2023 11:16 AM
Umur berapa laki Fatin ni?
ADVERTISEMENT