CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Influencer 'Pening' Di Konsert AR Rahman Tak Sensitif Guna Perkataan ‘K’ Minta Maaf

30-1-2023 10:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5773| Komen: 45

IG


Kira-kira 60,000 penonton di konsert penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu malam terpukau dengan persembahan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Malah, ramai yang memberi penghargaan standing ovation selepas penyanyi nombor satu negara itu selesai menyanyikan lagu Munbe Vaa.




Namun di sebalik kebanggaan peminat muzik daripada pelbagai bangsa yang terhibur pada konsert AR Rahman - Secret of Success - Live in Malaysia 2023, terpalit dengan insiden yang kurang manis.

Apa yang tidak sedap didengar, salah seorang peminat Siti Nurhaliza yang juga merupakan influencer di media sosial, didakwa tidak sensitif dengan masyarakat India.

Dikenali sebagai Amyra, dia yang mempunyai 118,000 pengikut di Instagram menulis perkataan kel*ng di ruangan instagram story.



Ia merupakan perkataan yang dianggap menghina dan menyinggung perasaan masyarakat India di negara ini.

Menurut gadis itu, dia pening mendengar lagu kel*ng dan mahu mendengar lagu yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza.

Klip video instagram storynya tular di media sosial dan rata-rata netizen kesal dengan tindakannya itu, malah menyifatkannya mencemarkan usaha Siti Nurhaliza untuk menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum menerusi persembahan beliau pada malam itu.

"Cuma nak cakap la. Siti Nurhaliza melakukan banyak usaha untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan kita dengan mempersembahkan lagu Tamil. Datang gadis ini cuba merosakkannya seperti adakah anda peminat sebenar Siti? Anda memalukan keluarga Sitizoners.

"Aku salah seorang yang pergi dan tak faham pun. Tapi aku enjoy je. Habis je satu lagu, aku yang bersorak lebih sebab crowd happening gila.

"Datuk Siti kolaborasi dengan AR Rahman supaya orang sedar bahawa tiada jurang kaum. Penat je TokTi hafal lagu yang bukan bahasa dia tapi orang macam ni masih duduk di bawah tempurung," demikian antara komen netizen.

Susulan kecaman yang dilemparkan, influencer berkenaan tampil membuat permohonan maaf, menerusi hantaran di instagram storynya.



Menurut Amyra, dia mengakui tindakannya menggunakan perkataan kel*ng itu sebagai satu kesilapan dan kekhilafannya sendiri.

Tegasnya lagi, tiada unsur penghinaan tetapi mungkin perkara yang berlaku disebabkan keterujaannya hadir ke sebuah konsert gergasi buat pertama kali.




Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Shayang 30-1-2023 10:16 PM
Bodohnya laa dia nih dah tu mmg konsert AR Rahman bkn konsert retis melayu pun

Pastu lagi bertambah bodoh sbb ko guna perkataan k*ling tu.
Heran aku, kat fb pun ramai netizen pangai gini seolah2 dia ingat melayu je dok kat malaysia ni
Selamba badak komen2  gelar org gitu gini.
Quote Fly_over 30-1-2023 10:21 PM
ko dah ckp pening lagu keling pastu ko kata x hina? ko bodoh?? gigih beli tiket org tu pastu nk pening2 la apa la.. gedik
Quote margo20 30-1-2023 10:23 PM
Rasanya sis ada masa lg kot nak fikir sebelum tekan send
Quote Aneem 30-1-2023 10:24 PM
Budaya maaf yg dinormalisasikan.
Buat statement, perkara bodoh, lps tu mintak maaf.
Berckp ikut sedap gigi lps tu taip statement maaf berjela2.
Masa posting tu, tak guna otak ke?
Otak tertinggal dalam freezer kat umah?
Baghal.
Quote suka2 30-1-2023 10:36 PM
Konsert AR Rahman cikki ni ingat konsert A Rahman Hasan kot ?
Quote JunkMail 30-1-2023 10:59 PM
Bodoh 10.0 pada skala Richter kau ni dek? Pekat likat tak dilute dgn air langsung. Kau pergi konsert AR Rahman pastu expect heols nyanyi lagu Melayu ke hanat? Tepu bodoh kau ni
Quote anilanil 30-1-2023 11:02 PM
Sbb tak cerdik la jadi influencer...
Quote orkidorkido 30-1-2023 11:03 PM
Memang bodoh geng ni
Itu memang konsert Tamil. Lagu tamil la.
Kau pergi nak dengar hindustan, memang takkan jumpa la. Pastu nak kutuk lagi. Memang macam katak bawah tempurung betul la geng ni
Quote tahanie 30-1-2023 11:04 PM
Dia pergi untuk tengok tokti je ke? Akaiii

Yang aku tahu konsert ni besar and happening gila macam opening sukan2 besar
Quote Miawlover 30-1-2023 11:21 PM
Minah ni sekolah ke tak? Kalau tak tahu google je. Info dihujung jari. Kat konsert tu ada gak lagu Hindi, tapi tak bnyk.
Quote lyshafull 30-1-2023 11:27 PM
Hahahaha lawak la budk nie
Weyh ko nk tgok ct baik ko pi konsert ygdia buat ni konsert AR rahman
Pahtu ko bising ct x keluar lagi
Ct keluar satu lagu je dik
X cerdik nye la hang nie
Quote hidet 30-1-2023 11:32 PM
anilanil replied at 30-1-2023 11:02 PM
Sbb tak cerdik la jadi influencer...

Winnnnn..betull sangatt
Quote Zirara99 30-1-2023 11:41 PM
Seorang kenalan sskjp aku berkata dalam kalangan mereka memang sebut bangsa India sebagai keling.. kau tgk cara dia taip tu pun tahu dia sskjp..
Quote dudaberhias 30-1-2023 11:45 PM
influencer mana ni??? entah2 sendu je pun plus pakej bodoh sekali... fefeeling diri sendiri influencer je macam yang lelain....
Quote Mulotkoyak 31-1-2023 01:16 AM
Ni jenis jenis melayu bodoh yg penyebab kekacauan sbb otak2 mmg tal cukop berfungsi.... Kurang nya DHA dan BHA cmni la hasilnye... Sibuk nk jd influencer bodoh.
Quote kotakominami 31-1-2023 01:46 AM
Manusia paling bodoh terlampau taksub dgn socmed sampai general knowledge pon takde...common sense pon takde....kau pegi tiket sponser ker sampai tak tgok konsert ape kau pegi?
Quote AWEKSAMURAI 31-1-2023 01:51 AM
Shayang replied at 30-1-2023 10:16 PM
Bodohnya laa dia nih dah tu mmg konsert AR Rahman bkn konsert retis melayu pun

Pastu lagi bertambah ...

Btul weh aku dlu sampai left family group aku sbb pasal ni lah ..mmg lah aku kwen dgn mix indian tp depa dok lah keling2 dlm group mcm x respect langsung naseb laki aku xde dlm family group ..lpas yg racist x yah ckp lah .. bangladesh xnk plak dorang racist .. india ke cina ke bukan sume kafir kot ..dh la dlm ic laki aku tulis bangsa Melayu hahaha ..... Berapa banyak urusan kerajaan suka suki letak laki aku bangsa Melayu penat ckp kata India. Kat Malaysia ni masuk islam automatic masuk melayu aku tau lah laki aku tu jenis india kulit cerah tp jgn la tukar bangsa dia ..
Quote clarizsa 31-1-2023 01:52 AM
Minah kepam hanyir tu bangsa K latte kan
Sbb pkataan nustey - hindustan tu i syak dia ummah K latte ,
Mmg bengap skit penulisan itu
I pun pening kalau dgr tamil tp belakang2 je la mengata , tak openly cmtu
Quote AWEKSAMURAI 31-1-2023 01:53 AM
Zirara99 replied at 30-1-2023 11:41 PM
Seorang kenalan sskjp aku berkata dalam kalangan mereka memang sebut bangsa India sebagai keling.. k ...

X jgak klo belah utara pon panggil keling ...kdg buat sambungan HINDU KELING ... kdg org india dorang pamggey hindu .... Sume india depa cop hindu haha x reti beza agama dgn bangsa ...

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.038252 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top