CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 12 Tahun Mengigau Sebab Demam, Maut Jatuh Dari Tingkat 11 Rumah Pangsa

30-1-2023 01:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2719| Komen: 36

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki yang terjatuh daripada kediaman keluarganya di tingkat 11 di Rumah Pangsa Larkin di Jalan Garuda di sini semalam dilaporkan telah meninggal dunia tengah malam hari ini.


Mangsa yang berusia 12 tahun itu pada mulanya mengalami kecederaan patah tangan kiri selepas dilaporkan terjatuh daripada tempat tinggi sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa bagaimanapun dilaporkan meninggal dunia pada pukul 12.30 malam tadi ketika sedang menerima rawatan.


Foto: Kosmo

“Polis mengesahkan terdapat kes berkenaan, dan kematian kanak-kanak lelaki berkenaan dilaporkan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut merupakan anak tunggal dan berada dalam keadaan tidak sihat setelah demam beberapa hari.


Dalam kejadian berkenaan, kanak-kanak itu dikatakan sedang tidur sebelum mengigau sehingga menyebabkan dia terjatuh daripada ketinggian itu.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II, Zulkarnain Ariffin memberitahu, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kanak-kanak itu terjatuh pada pukul 7.31 malam, semalam.

“Seramai 10 anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke kejadian bagi operasi menyelamat,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 30-1-2023 02:37 PM
salam takziah buat keluarga
Quote cmf_PariS 30-1-2023 02:50 PM
aduhaiiiii kesian nya
Quote syamzana 30-1-2023 02:55 PM
menjadi-jadi bdk terjun skrg ni.
takziah buat keluarga mangsa.
Quote Simunggu 30-1-2023 03:00 PM
aduh kasian...sakit ditinggal sendirian sekian lama
Quote ulamalu 30-1-2023 03:02 PM
Sleep walking ke.  Demam panas mmg bahaya.  Walaupun rasa dah besar umur 12 tahun, mmg kena pantau.
Quote Prickford 30-1-2023 03:05 PM
Dulu ada kawan sekolah iolls sakit demam panas. Mengigau dalam pukul 2-3 pagi la. Parents tengok takde dalam bilik, pintu buka. Keluar cari, jumpa kat tengah2 jalan. Beberapa hari lepas insiden mengigau tu, dia meninggal.
Quote pekanwoohoo 30-1-2023 03:29 PM
Dahlah anak tunggal. Hmmm...
Quote shernazz 30-1-2023 04:14 PM
Ala wei..sedihnya..
Mmg.ada.budak.jenis.kalau.lalok ubat depa.akan mengigau...panggil2 mak ayah..
Quote kelip2_07 30-1-2023 04:17 PM
tkt 11 xde grill ke?

aduuhaii dlm satu ari 2 kes bdk jth
Quote dekmieDandy 30-1-2023 04:53 PM
Prickford replied at 30-1-2023 03:05 PM
Dulu ada kawan sekolah iolls sakit demam panas. Mengigau dalam pukul 2-3 pagi la. Parents tengok tak ...

kakak iolls cerita, arwah kat atas ni macam ni la jugak

patut pegi sekolah, tapi demam, balik terus tido dengan baju sekolah, stoking pun tak sempat cabut

bangkit time maghrib mamai, masuk dapur

terjatuh ikut dapur, masuk hospital pun dengan baju macam dalam gambar atas tu
Quote dua_chzy 30-1-2023 04:56 PM
Prickford replied at 30-1-2023 07:05 AM
Dulu ada kawan sekolah iolls sakit demam panas. Mengigau dalam pukul 2-3 pagi la. Parents tengok tak ...

Kuman dah serang otak kot...Dah jadik meningitis? Tu yang mengingau. Kemudian meninggal. Kita yang kertu pun kalau demam terlalu tinggi suhu badan memang meracau2 masa tidur.
Quote Samerosie 30-1-2023 04:56 PM
Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un.  Ya Allah, sedihnya.
Quote Adrif 30-1-2023 05:47 PM
Prickford replied at 30-1-2023 03:05 PM
Dulu ada kawan sekolah iolls sakit demam panas. Mengigau dalam pukul 2-3 pagi la. Parents tengok tak ...

aku masa kecik pun, kalau demam panas, bapak aku tido sebelah, jaga malam. sebab sleepwalking ni la
umo 8 tahun, tengah malam sliding door bergegar. bapak aku ingat pencuri, rupanya aku tendang, nak keluar. mula2 bapak aku nak marah, sekali bila tengok dekat, mata tertutup, tengah tido. tapi mulut boleh soal jawab dengan bapak aku
bapak aku cerita, aku nak keluar rumah, pergi veranda. ada orang panggil
sejak tu, kalau aku demam, bapak aku kepit celah tiak

umo 11 tahun, dah besor sikit. demam panas lagi. kali ni berjalan sampai pintu rumah. tapi tak boleh pukak, sebab dah bubuh selak pintu.
so, setiap kali bukak, gedegang. tutup balik. gedegang. tutup balik. sekali lagi, bapak aku terbangun, bentang tilam kat ruang tamu, kepit celah tiak
kali ni aku dah ingat sikit, aku sembang dengan bapak aku, kereta kuda dah sampai kat depan  

kadang2 terfikir jugak. kalau la malam tu kitorang lupa lock sliding door, kalau la bapak tak tambah selak pintu kat rumah tu,
entah2 aku ni pun dah masuk berita macam ni


Quote sailormars 30-1-2023 08:30 PM
Allah...kesiannye...salam takziah untuk keluarga mangsa...
Quote stingergrumpy 30-1-2023 08:31 PM
dua_chzy replied at 30-1-2023 04:56 PM
Kuman dah serang otak kot...Dah jadik meningitis? Tu yang mengingau. Kemudian meninggal. Kita yang ...

Baksin?

Mana @blastoff?
Quote stingergrumpy 30-1-2023 08:32 PM
shernazz replied at 30-1-2023 04:14 PM
Ala wei..sedihnya..
Mmg.ada.budak.jenis.kalau.lalok ubat depa.akan mengigau...panggil2 mak ayah..
:' ...

Kalo laki yang ngigau ada pangil panggil nama selain nama ko tak?

Skandal perhaps?

Kahkahkahkahkah
Quote stingergrumpy 30-1-2023 08:34 PM
Takziah buat ahli keluarga......

Quote asfaz 30-1-2023 08:37 PM
dua_chzy replied at 30-1-2023 04:56 PM
Kuman dah serang otak kot...Dah jadik meningitis? Tu yang mengingau. Kemudian meninggal. Kita yang ...

Nampak arwah budak ni pakai stoking. Cousin ai doktor ,dia ckp kalau demam sebaiknya jangan pakai baju tebal2 or stoking. Sb haba terperangkap kat situ.
Anak buah ai hmpir kena sawan sb kawan adik ai(dia bawak balik jaga sekejap) dia pakai kan anak buah ai baju tebal siap berstoking masa demam panas.  Bawak hospital kena mrah dgn doktor sb hmpir sawan
Quote Beribear 30-1-2023 08:50 PM
Pernah kena demam panas time tingkatan brp tah takde siapa nak jaga. Tengah² malam terbangun sbb badan panas sgt. G kat peti ais ambik ais letak kat kepala terus cair ais tu. Nasib nampak ada ais dlm plastik yg salu org bungkus air ukar tepi tu iolss ambik letak atas kepala sambil tidur baru selesa. Baru ni pon adik iolss kena demam panas, malam² ambik tangan iolss letak kat dahi dia terus tersedar sbb badan dia panas sgt. Cepat² ambik towel basah dgn isi air sejuk dlm besen pastu lap² kepala, badan dgn ketiak dia

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.043226 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top