Seorang wanita berhijab bertindak biadab menunjukkan isyarat lucah jari tengah sebanyak beberapa kali kepada seorang pemandu di jalan raya. Melalui satu video papan pemuka (dashcam) yang tular di TikTok, seorang wanita dilihat terkejut apabila ada sebuah kenderaan menghampirinya dari bahagian sisi kanan ketika sedang keluar dari lot parkir bawah tanah untuk memasuki jalan utama.
Reaksi spontan yang diberikan wanita itu adalah dengan mengangkat isyarat jari tengah dari dalam keretanya berkemungkinan bengang kerana pemandu itu tidak memperlahankan kenderaan untuk memberikan laluan kepadanya. Tidak cukup sekadar itu, wanita tersebut kemudiannya dilihat membuka tingkap dan menghulur keluar tangannya untuk sekali lagi menunjukkan jari tengah. Kemudian wanita yang memandu kereta Proton warna gelap itu memasuki barisan kenderaan yang sedang menunggu lampu isyarat seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.
Pemilik hantaran video di TikTok menzahirkan rasa kecewa dengan apa yang ditonjolkan wanita berkenaan kerana sepertinya penampilan yang dibawa tidak sepadan dengan akhlak. "Yang tertutup belum tentu baik, sedih tengok manusia zaman sekarang," tulis pemilik hantaran video itu di TikTok. Menjengah ke ruangan komen, sebahagian warga maya sempat berjenaka kerana tidak menyangka akan menerima 'jari hantu' daripada seorang wanita bertudung. "Ingatkan dah bagi laluan dapat mini love tapi lain yang dapatnya. "Siapa pun tak kira jantina, mungkin ada paras rupa tapi kalau sekali tunjuk attitude buruk macam ni memang terus turn off. "Berani betul dia bagi jari tengah terus, saya kalau ada orang bagi laluan, saya akan siap tarik turun ke bawah mask ni untuk senyum lebar sebagai tanda terima kasih," kata sebahagian warga maya. Ada juga netizen yang mengatakan kedua-dua belah pihak bersalah dalam hal ini. "Yang owner dashcam pun nampak kereta nak keluar lagi dia bawa laju macam tak nak bagi laluan, tak bertimbang rasa untuk gilir-gilir beri laluan. "Yang perempuan tu pula, kan lagi bagus kalau guna tangan tu untuk bagi isyarat supaya diberi laluan, tunjuk jari tengah nak achieve apa sebenarnya? "Tapi yang record ni pun macam tak nak bagi laluan, orang dah keluar muncung kereta yang kau lagi tekan minyak nak buat apa," ujar sebilangan warga maya. Tidak kurang juga netizen yang berasa terkilan dengan kenyataan yang ditulis dalam video tersebut. "Memakai tudung tu tuntutan agama dan apa yang berlaku ni di atas individu tu sendiri, semua orang boleh buat benda yang sama. "Tidak ada kena mengena tudung dengan kelakuan perempuan tu, pakai tudung tu suruhan agama," ujar netizen tersebut. Semoga perkongsian ini menjadi peringatan kepada semua pihak agar sentiasa bersabar dan bertolak ansur dalam apa jua situasi termasuk ketika berada di jalan raya. -CARI Sumber: mStar Online
|
noor2 replied at 30-1-2023 11:58 AM
Semoga berjodohan.....
green~tea replied at 30-1-2023 12:45 PM
tergelak baca komen ni.. hahahhahahahah
kot ye perangai deme sama level, takyah la doa berjodohan ...
Decaffeinated replied at 30-1-2023 01:45 PM
Pengalaman aku yg susah bagi jalan ni perempuan. Lagi ko minta lagi dia tak bagi aku dah sahka ...
Decaffeinated replied at 30-1-2023 01:45 PM
Pengalaman aku yg susah bagi jalan ni perempuan. Lagi ko minta lagi dia tak bagi aku dah sahka ...
Decaffeinated replied at 30-1-2023 01:45 PM
Pengalaman aku yg susah bagi jalan ni perempuan. Lagi ko minta lagi dia tak bagi aku dah sahka ...
ADVERTISEMENT