View: 3422|Reply: 54
|
Pemandu Kereta Wanita Berhijab Tunjuk Isyarat 'F*ck"! Siap Buka Tingkap Takut Orang Tak Nampak Jari Tengah!
[Copy link]
|
|
Seorang wanita berhijab bertindak biadab menunjukkan isyarat lucah jari tengah sebanyak beberapa kali kepada seorang pemandu di jalan raya.
Melalui satu video papan pemuka (dashcam) yang tular di TikTok, seorang wanita dilihat terkejut apabila ada sebuah kenderaan menghampirinya dari bahagian sisi kanan ketika sedang keluar dari lot parkir bawah tanah untuk memasuki jalan utama.
Reaksi spontan yang diberikan wanita itu adalah dengan mengangkat isyarat jari tengah dari dalam keretanya berkemungkinan bengang kerana pemandu itu tidak memperlahankan kenderaan untuk memberikan laluan kepadanya.
Tidak cukup sekadar itu, wanita tersebut kemudiannya dilihat membuka tingkap dan menghulur keluar tangannya untuk sekali lagi menunjukkan jari tengah.
Kemudian wanita yang memandu kereta Proton warna gelap itu memasuki barisan kenderaan yang sedang menunggu lampu isyarat seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.
Pemilik hantaran video di TikTok menzahirkan rasa kecewa dengan apa yang ditonjolkan wanita berkenaan kerana sepertinya penampilan yang dibawa tidak sepadan dengan akhlak.
"Yang tertutup belum tentu baik, sedih tengok manusia zaman sekarang," tulis pemilik hantaran video itu di TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, sebahagian warga maya sempat berjenaka kerana tidak menyangka akan menerima 'jari hantu' daripada seorang wanita bertudung.
"Ingatkan dah bagi laluan dapat mini love tapi lain yang dapatnya.
"Siapa pun tak kira jantina, mungkin ada paras rupa tapi kalau sekali tunjuk attitude buruk macam ni memang terus turn off.
"Berani betul dia bagi jari tengah terus, saya kalau ada orang bagi laluan, saya akan siap tarik turun ke bawah mask ni untuk senyum lebar sebagai tanda terima kasih," kata sebahagian warga maya.
Ada juga netizen yang mengatakan kedua-dua belah pihak bersalah dalam hal ini.
"Yang owner dashcam pun nampak kereta nak keluar lagi dia bawa laju macam tak nak bagi laluan, tak bertimbang rasa untuk gilir-gilir beri laluan.
"Yang perempuan tu pula, kan lagi bagus kalau guna tangan tu untuk bagi isyarat supaya diberi laluan, tunjuk jari tengah nak achieve apa sebenarnya?
"Tapi yang record ni pun macam tak nak bagi laluan, orang dah keluar muncung kereta yang kau lagi tekan minyak nak buat apa," ujar sebilangan warga maya.
Tidak kurang juga netizen yang berasa terkilan dengan kenyataan yang ditulis dalam video tersebut.
"Memakai tudung tu tuntutan agama dan apa yang berlaku ni di atas individu tu sendiri, semua orang boleh buat benda yang sama.
"Tidak ada kena mengena tudung dengan kelakuan perempuan tu, pakai tudung tu suruhan agama," ujar netizen tersebut.
Semoga perkongsian ini menjadi peringatan kepada semua pihak agar sentiasa bersabar dan bertolak ansur dalam apa jua situasi termasuk ketika berada di jalan raya. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Bro pun dh nmpk kete tu dh separuh keluar lg nk tekan minyak |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya elok dah tu bertembung depa dua. sama peel jah ni |
|
|
|
|
|
|
|
Janji tutup aurat |
|
|
|
|
|
|
|
Menyampah jugak kalau kita nak keluar simpang.. dia punya tak mau bagi masuk tu mcm nak cium kereta depan dia dah.
Aku prihatin dgn org yg nak keluar simpang lebih2 lagi spg susah kluar |
|
|
|
|
|
|
|
tergelak baca komen ni.. hahahhahahahah
kot ye perangai deme sama level, takyah la doa berjodohan
habis berantakan rumahtangga netizen jugak penat nnti.. netizen dah cukup banyak isu nak taip komen ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Right of way.
Sapa kat main road, sapa kat simpang.
Bende boleh gado buatpe nak bincang. |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 30-1-2023 12:45 PM
tergelak baca komen ni.. hahahhahahahah
kot ye perangai deme sama level, takyah la doa berjodohan ...
Haha....ate baca cerita tu mungkin laki tu lajukan keretanya tu yg perempuan tu marah...mcm 2 x 5 je perangai..
Esok ada anak boleh cerita kat anak, mcm tu la bermulanya pertemuan daddy dan mummy ko nak... |
|
|
|
|
|
|
|
Macik kalau setakat orang nak keluar simpang
Macik bagi ajelah
Entah
Takde perasaan luak
Tapi jenis masuk simpang tak bagi signal
Memang dia khinzir |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh sama bodoh..
ni macam exit sg wang low yat ke..
jalan tu memang dah sesak..
jatuh kot maruah kalau mengalah bertimbangrasa sesama driver.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pengalaman aku yg susah bagi jalan ni perempuan. Lagi ko minta lagi dia tak bagi aku dah sahkan banyak kali melalui uji kaji di jalan raya
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha aku rasa mmg betul pon la
driver perempuan mmg susah nk bagi jalan
aku pon salah sorang la kot antra sedar atau tidak
laki aku kalo time nk masuk simpang tp org x bgi jalan
msti dia tgk
ha perempuan patut pon
pastu bila turn dia pulak
dia tgk kalo driver perempuan dia x bagi jalan
laki dia bagi jalan
hahaha kuangajaaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
ya, i pun begitu tapiiiiiiiiii...
........... kalau dia bersopan santun bagi signal, i bagi je laluan. senang hati je nak bagi dia masuk or keluar. tapi kalau tetiba nak masuk dengan signal tak ada, main masuk je tak sabar2, lepastu buat muka tak puas hati, beratur pun tak, main cilok je, memang i tak kasi. lantak kau lah situ nak sagat kereta ke apa, sebab kereta i kereta biasa je pun, tak kisah tersagat atas salah kau, nasiblaaaaah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 30-1-2023 01:45 PM
Pengalaman aku yg susah bagi jalan ni perempuan. Lagi ko minta lagi dia tak bagi aku dah sahka ...
1 vote dr aku
Berdasar kan pengalaman jgk |
|
|
|
|
|
|
|
bagi la laluan org nak keluar, selayaknya dpt jari tengah |
|
|
|
|
|
|
|
Masing² xnak mengalah. Tapi ko pompuan adab mana? Cantek sgt la tu perangai dok tunjuk jari tgh kat org?? Ko kalau kene pembuli jalan raya masak la.. tak fikir keselamatan diri. Hebat sgt la konon dpt middle finger kan org??? |
|
|
|
|
|
|
|
apa kena mengena dgn tudung pula? |
|
|
|
|
|
|
|
PembacaSenyap replied at 30-1-2023 03:10 PM
Masing² xnak mengalah. Tapi ko pompuan adab mana? Cantek sgt la tu perangai dok tunjuk jari tgh kat ...
Masalahnya..apa maksud sign middle finger tu yg sebenarnya....x ke malu kan diri |
|
|
|
|
|
|
| |
|